KAJIAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN : MUZIUM ETNOLOGI

Similar documents
HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUZIUM SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH KAJIAN KES: MUZIUM KOTA TINGGI, JOHOR. Roniza Binti Norrani 39610

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO DR. OTHMAN YATIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

PENGURUSAN PEMBANGUNAN PENGUNJUNG: KAJIAN KES MUZIUM NEGERI KELANTAN.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

KEBERKESANAN PROMOSI MUZIUM KRAFTANGAN DALAM MENARIK LEBIH RAMAl PENGUNJUNG TEMPATAN

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAI3AtAN PI NGA_IIAN MH AYII UNIVI MALAYA KUALA IUMI'UR

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN TAHUNAN ANNUAL REPORT 2002

SCES3362 : TEKNIK-TEKNIK INSTRUMENTASI DALAM KIMIA INTRUMENTAL TECHNIQUES IN CHEMISTRY

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Uncertainty Evaluation for the Measurement of Gauge Block by Micrometer.

Strategi-Strategi Pemahaman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan dalam Kursus Statistik 1 SITI HAJJAR BINTI MOHD KHALID

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

EXAMINATION FOR THE DEGREE OF BACHELOR OF SCIENCE WITH EDUCATION PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

MATERIAL SELECTION IN MECHANICAL DESIGN OF CAR BUMPER NURUL AZWAN BIN ADNAN BACHELOR OF ENGINEERING UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. This paper contains two sections, Section A and Section B.

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

ANOLYTE SOLUTION GENERATED FROM ELECTROCHEMICAL ACTIVATION PROCESS FOR THE TREATMENT OF PHENOL

PENGURUSAN PENJAGAAN KOLEKSI WARISAN ISLAM DI MUZIUM WARISAN ISLAM SARAWAK

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

EME 411 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PEMULIHARAAN TEMBAGA DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU. Nurulnadial Binti Mohamed

CHANGE DETECTION ON KLANG AREA USING LANDSAT 5-TM DATA NURAMALINA BINTI MAT SERAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

(Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 10 questions on 5 printed pages)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENERATING MUTUALLY UNBIASED BASES AND DISCRETE WIGNER FUNCTION FOR THREE-QUBIT SYSTEM

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

Dec 2016/Jan 2017 Time: 2 hours

SCES3311/ SCES3141 : KIMIA ANALISIS II/ KIMIA ANALISIS LANJUTAN ANALYTICAL CHEMISTRY II/ ADVANCED ANALYTICAL CHEMISTRY

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

SCES2250 : SPEKTROSKOPI MOLEKUL & INTERPRETASI MOLECULAR SPECTROSCOPY INTERPRETATION

MASALAH STURM LIOUVILLE DAN PENGGUNAANNYA DALAM MASALAH-MASALAH KHUSUS YANG LAIN SOH MEN CHEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

EMPIRICAL STRENQTH ENVELOPE FOR SHALE NUR 'AIN BINTI MAT YUSOF

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK KOTA SAMARAHAN SARAWAK FIFTH, SIXTH, EIGHTH & NINTH SEMESTER EXAMINATION, 2013 SESSION MTH2033 DISCRETE MATHEMATICS

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

Proses Pendidikan Muzium: Satu Kajian Awal

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

SORPTION OF CHROMIUM(VI) AND COPPER(II) FROM AQUEOUS SOLUTION BY CHEMICALLY-MODIFIED RICE HULL

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 9 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 9 printed pages)

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

PENGAKUAN. Tandatangan : : Nurul Fareha binti Ahmad Khairon. No. Matriks : EDMB : Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)

EEE 208 TEORI LITAR II

MATHEMATICAL MODELLING OF UNSTEADY BIOMAGNETIC FLUID FLOW AND HEAT TRANSFER WITH GRAVITATIONAL ACCELERATION

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

LEAK DETECTION IN PIPELINES USING WAVELET AND CEPSTRUM ANALYSIS ABDUL KADIR BIN SAMTA

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

Explain the differences between Geographical Information System (GIS) and other information system as the following:

PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 KIMIA Kertas 3 1 ½ jam Satu jam tiga puluh minit

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI WARISAN TIDAK KETARA (SENI HALUS) BERASASKAN ONTOLOGI

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

THE DEVELOPMENT OF A HYDRAULIC FLOW METER AZAM BIN AHMAD

PREDICTION OF FREE FATTY ACID IN CRUDE PALM OIL USING NEAR INFRARED SPECTROSCOPY SITI NURHIDAYAH NAQIAH BINTI ABDULL RANI

PANITIA BIOLOGI DAERAH SEPANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIOLOGI KERTAS 3 Satu jam tiga puluh minit

Transcription:

KAJIAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN : MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK MOHAMAD NAZRI BIN ABU BAKAR (31060) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2014

KAJIAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN : MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK MOHAMAD NAZRI BIN ABU BAKAR (31060) Penyelidikan ini merupakan salah satu keperluan untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (2014)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick ( ) Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day 20 of..2014. Jun Student s Declaration: I, ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MOHAMAD NAZRI BIN ABU BAKAR, 31060, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled KAJIAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN : MUZIUM is ETNOLOGI NEGERI SARAWAK my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. 20 Jun 2014 Mohamad Nazri Bin Abu Bakar (31060) Date submitted Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration : I,..., Mr. Alexander Ak Chelum hereby certifies that the work entitled. KAJIAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN : MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/full fulfillment for the conferment of... BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS., (ARTS MANAGEMENT) and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. i

Received for examination by: Mr. Alexander Ak Chelum Date: 20 Jun 2014 (Name of the supervisor) I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: ( 20 Jun 2014 ) ( 20 Jun 2014 ) Current Address: T-1, Felda Sungai Nerek, 28030, Temerloh, Pahang Darul Makmur Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services] ii

Penyelidikan yang bertajuk Kajian Pengurusan Kaedah Pameran : Muzium Etnologi Negeri Sarawak ini telah disediakan oleh Mohamad Nazri Bin Abu Bakar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima untuk diperiksa oleh:... (En. Alexander Ak Chelum) Tarikh:. iii

PENGAKUAN PENYELIDIK Saya mengakui tiada bahagian daripada penyelidikan yang dipamerkan dalam Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain. Yang benar,.. MOHAMAD NAZRI BIN ABU BAKAR 31060 Pelajar Program Pengurusan Seni iv

Penyelidik : Mohamad Nazri Bin Abu Bakar PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-nya dapat saya menyiapkan penyelidikan dan projek tahun akhir saya selama tiga tahun berada di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, En. Abu Bakar Bin Khalid dan Puan Asma Binti Morat yang telah banyak membantu saya dalam memberikan bantuan kewangan dan sentiasa memberikan katakata semangat untuk saya meneruskan sesi pembelajaran di UNIMAS. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia bagi penyelidikan tahun akhir saya iaitu En. Alexander Ak Chelum. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar untuk saya terus berusaha dalam menyelesaikan penyelidikan ini. Selain daripada itu, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua informan iaitu Cik Liliana Ubong Petrus dan Puan Nor Lailawati Binti Haji Ahmad yang banyak memberikan kerjasama dalam membantu saya mendapatkan maklumat dan data berkaitan objek dan subjek penyelidikan saya. v

Akhir kata, tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada para sahabat, khususnya Nor Fazilah Binti Abd Majid. Beliau secara langsungnya telah menyokong saya dan memberi semangat kepada saya sepanjang saya menjalani sesi pembelajaran di UNIMAS. Beliau juga menjadi perangsang kepada saya untuk menghadapi segala kesulitan yang dihadapi sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tidak lupa juga sahabat lain yang turut memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya untuk menyiapkan penyelidikan ini. Setiap bantuan yang anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung, amat saya hargai. Terima kasih semua. vi

ABSTRAK Kajian deskriptif ini merupakan sebuah penyelidikan berkaitan Pengurusan Kaedah Pameran di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Penyelidikan ini memfokuskan kepada bidang pengurusan pameran seperti kaedah serta prosedur bagi melakukan pameran di sesebuah muzium. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan ini berlandaskan tiga (3) objektif utama yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, pertama, mengenalpasti keberkesanan pengurusan kaedah pameran di Muzium Etnologi Negeri Sarawak, kedua, mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah pameran koleksi di Muzium Etnologi Negeri Sarawak, dan akhir sekali mengetahui kaedah pengurusan pameran yang diaplikasikan oleh kurator untuk melakukan pameran di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Penyelidikan ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada golongan pengkaji yang lain pada masa akan datang. Selain itu, penyelidikan ini penting kepada masyarakat untuk dijadikan sebagai medium bagi memungut bukti kepada keraguan dan memberi jawapan kepada keraguan yang timbul berkaitan objek dan subjek kajian. Muzium Etnologi Negeri Sarawak, muzium-muzium yang lain, serta pihak kurator, dapat menjadikan penyelidikan ini sebagai alat untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pameran yang dilakukan supaya mampu memperbaikinya ke tahap yang lebih baik. vii

ABSTRACT This descriptive study is a relevant research method Exhibition Management at the State Museum of Ethnology. This research focuses on the management of exhibitions such as the methods and procedures for doing the show in a museum. The researcher conducting this research is based on three (3) main objectives that have been set. Among them are, first, determine the effectiveness of management methods exhibition at the State Museum of Ethnology, second, examines the factors that influence the method of collection exhibition in the State Museum of Ethnology, and finally discover the exhibition management methods applied by the curator to do an exhibition at Museum of Ethnology State. This research could be used as a reference to the other researchers in the future. In addition, this research important to the community to serve as a medium for collecting evidence to doubt and give answers to the doubts arise related objects and subjects. State Museum of Ethnology, other museums, and the curator, can make this research as a tool to identify the weaknesses and strengths of the show is done to be able to improve it to a better level. viii

KANDUNGAN PENGESAHAN PENYELIDIKAN.i-iii PENGAKUAN PENYELIDIK.....iv PENGHARGAAN........v-vi ABSTRAK/ABSTRACT..vii-viii BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN.1 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN......1-2 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN....3 1.3 OBJEKTIF KAJIAN....3 1.4 PERSOALAN KAJIAN......4 1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN.. 4-6 1.5.1 Kepentingan Kepada Golongan Pengkaji...4 1.5.2 Kepentingan Kepada Masyarakat...5 1.5.3 Impak Kepada Muzium Etnologi Negeriii Sarawak.5 1.5.4 Kepentingan Kepada Muzium Lain 5 1.5.5 Kepentingan Kepada Kurator Muzium 5-6 ix

1.6 SKOP KAJIAN....6-7 1.7 LIMITASI KAJIAN....7-8 1.8 LOKASI KAJIAN...8-9 1.9 KERANGKA KAJIAN...9 1.10 SISTEM PENYAMPAIAN KAJIAN...10 1.11 RUMUSAN...10 BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.0 PENGENALAN....11 2.1 PENGENALAN KEPADA MUZIUM NEGERI SARAWAK 11-14 2.2 MISI JABATAN MUZIUM NEGERI SARAWAK 14 2.3 DEFINISI MUZIUM.....15-16 2.4 DEFINISI PENGURUSAN.. 17 2.5 FUNGSI PENGURUSAN...17 2.6 PERANAN PENGURUSAN MUZIUM...18 2.7 DEFINISI KOLEKSI....18 2.8 PENGURUSAN KOLEKSI MUZIUM... 18-22 2.9 PROSES PENDOKUMENTASIAN KOLEKSI...22-23 2.9.1 Dokumentasi/Borang Kemasukan.22 2.9.2 Dokumentasi/Borang Perolehan...22 2.9.3 Dokumentasi/Borang Koleksi...22 x

2.9.4 Dokumentasi/Borang Keluar.23 2.10 DEFINISI ETNOLOGI.23 2.11 PAMERAN..23-24 2.12 KAEDAH PAMERAN YANG BERKESAN...24-26 2.12.1 Kaedah Pameran Hands-on (Hands-on exhibition)...25-26 2.13 KURATOR..26-27 2.14 RUMUSAN...27 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENGENALAN...28 3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA..28 3.1.1 Data Primer......29 3.1.1.1 Kaedah Kualitatif... 29-30 3.1.1.2 Kaedah Kuantitatif 30 3.1.2 Data Sekunder...31 3.2 INSTRUMENT KAJIAN 31-32 3.3 RUMUSAN...32-33 xi

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 PENGENALAN..34-35 4.1 INFORMAN KAJIAN...35-36 4.2 DEMOGRAFI RESPONDEN.36-40 4.3 MENGENALPASTI KEBERKESANAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN KOLEKSI MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK..... 40-62 4.4 MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KAEDAH PAMERAN KOLEKSI DI MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK.63-68 4.5 MENGETAHUI KAEDAH PENGURUSAN PAMERAN YANG DIAPLIKASIKAN OLEH KURATOR UNTUK MELAKSANAKAN PAMERAN DI MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK...68-83 4.6 DAPATAN KAJIAN...84-87 4.7 RUMUSAN...87 xii

BAB 5 RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN...88 5.1 RUMUSAN KAJIAN.. 88-89 5.2 CADANGAN KEPADA MUZIUM ETNOLOGI NEGERI SARAWAK....89-90 5.2.1 Hands-on Exhibition....90 5.2.2 Pelayanan Umum.....90-91 5.3 CADANGAN KEPADA MUZIUM LAIN.. 91 5.3.1 Bidang Teknikal.......91-92 5.3.2 Bidang Artistik......92 5.3.3 Bidang Pelayanan Umum......93 5.4 CADANGAN KEPADA PENGKAJI AKAN DATANG....93 5.4.1 Mengkaji Prosedur Kemasukan Dan Pengeluaran Koleksi Di Jabatan Muzium Sarawak. 93 5.4.2 Mengkaji Teknik Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Artifak Di Muzium Etnologi Negeri Sarawak 94 5.4.3 Mengkaji Organisasi Muzium Etnologi Negeri Sarawak Dari Aspek Pengurusan Seni.....94 5.5 RUMUSAN...95 xiii

BIBLIOGRAFI....96 Buku......96 Jurnal.....97 Laman Sesawang....97 Sumber Lain.....97 LAMPIRAN...98-105 Gambar 14 dan Gambar 15 : Maklumat Informan....98 Gambar 16 Pengkaji Bersama Informan Serta Beberapa Rakan Lain Setelah Selesai Sesi Temubual.,,,,,,...98 Gambar 17 Hingga Gambar 24 : pameran koleksi artifak di Muzium Etnologi Negeri Sarawak.....99-102 Soalan Temubual Bersama Informan 103-04 Borang Kaji Selidik.....105-109 xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Bab satu (1) ini merangkumi latar belakang kajian yang menjelaskan kepada pembaca berkaitan objek dan subjek kajian. Bab ini juga mengandungi permasalahan kajian yang mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Pada bahagian ini, pembaca akan memahami tentang masalah atau isu yang dilihat oleh pengkaji dan membuatkan pengkaji menetapkan beberapa objektif kajian bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Bagi menyelesaikan permasalahan kajian tersebut dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, pengkaji telah menimbulkan beberapa persoalan kajian bagi membantu memudahkan lagi kajian dijalankan. Melalui bab satu (1) ini juga, pembaca akan dijelaskan berkaitan kepentingan kajian ini kepada beberapa pihak yang terlibat. Selain itu, pada bab ini juga pengkaji telah menjelaskan tentang skop dan lokasi kajian serta kerangka kerja yang digunakan bagi menjalankan kajian ini. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Objek bagi kajian ini adalah Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Muzium Negeri Sarawak mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Muzium ini merupakan salah sebuah 1

muzium yang terbaik di seluruh Asia. Ia juga merupakan sebuah muzium yang mempunyai koleksi artifak arkeologi dan etnologi Borneo yang sangat baik. Muzium ini terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, 93566, Kuching, Sarawak. Muzium Negeri Sarawak merupakan sebuah muzium yang tertua dan terkenal di Asia Tenggara. Walaupun muzium ini tidaklah secanggih muzium-muzium lain yang terdapat di Malaysia, namun ianya mampu menggambarkan semangat pengasasnya iaitu Raja Putih Sarawak, Charles Brooke. Muzium ini dibina oleh Charles Brooke sendiri atas galakan sahabatnya, Alfred Russel Wallace yang terkenal dengan Wallace Line yang memisahkan Bali dari Lombok. Bangunan asal Muzium Negeri Sarawak telah dibina pada tahun 1891 dan diperluaskan pada tahun 1911. Ia mempamerkan kesenian asli dan kraf tempatan serta koleksi spesimen fauna tempatan yang dikumpul oleh Wallace. Muzium ini berkembang perlahan-lahan dan berjaya menggambarkan identiti dan tradisi tempatan. Muzium Sarawak memperoleh pengiktirafan antarabangsa bukan sahaja sebagai muzium yang hebat tetapi juga sebagai pusat penyelidikan Borneo di mana Muzium Jurnal Sarawak yang diterbitkan setiap tahun untuk edaran dunia sejak tahun 1910. Ia kaya dengan kesenian, kebudayaan dan warisan Sarawak serta repositori kelas pertama budaya Borneo dengan koleksi flora dan fauna di Borneo yang terbesar di dunia. Bagi menghargai kewujudannya, Muzium Sarawak telah ditubuhkan sebagai sebuah jabatan sepenuhnya di bawah Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak. Manakala subjek bagi kajian ini pula adalah pengurusan kaedah pameran yang diamalkan di muzium berkenaan. Pelbagai kaedah yang digunakan bagi menjayakan pameran di sana. Kaedah yang digunakan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah saiz koleksi, tahap sensitiviti koleksi terhadap suhu dan suasana persekitarannya, bilangan koleksi dan sebagainya. 2

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Menurut Piaw. C.Y (2006), masalah kajian merupakan isu yang timbul, yang menarik perhatian atau menjadi penggerak serta dorongan untuk melakukan kajian ke atasnya. Terdapat beberapa perkara atau isu yang timbul yang telah menarik perhatian pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Antaranya adalah masyarakat kurang jelas tentang kaedah pengurusan pameran yang betul. Kerap kali masyarakat melawat sesebuah pameran hanya ingin melihat koleksi artifak yang dipamerkan dan tidak mengambil tahu mengenai pengurusan kaedah pameran yang betul. Pengkaji melihat, pengurusan kaedah pameran di Muzium Etnologi Negeri Sarawak dipengaruhi faktor-faktor dan ciri-ciri koleksi yang tertentu, sebagai permasalahan bagi kajian ini. Antara faktor yang mempengaruhinya adalah faktor saiz koleksi dan tahap sensitivitinya terhadap suhu dan persekitaran. Akhir sekali, pengkaji mendapati bahawa kaedah pameran yang diaplikasikan oleh kurator Muzium Etnologi Negeri Sarawak kurang didedahkan kepada masyarakat. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan tiga (3) objektif kajian. Antara objektifnya adalah : i. Mengenalpasti keberkesanan pengurusan kaedah pameran koleksi di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. ii. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah pameran koleksi di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. iii. Mengetahui pengurusan kaedah pameran yang diaplikasikan oleh kurator untuk melakukan pameran di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. 3

1.4 PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan pemerhatian sendiri pengkaji di lokasi kajian, pengkaji mendapati beberapa persoalan dapat ditimbulkan bagi menjalankan kajian ini. Antaranya adalah : i. Adakah pengurusan kaedah pameran koleksi di Muzium Etnologi Negeri Sarawak berkesan? ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah pameran koleksi di Muzium Etnologi Negeri Sarawak? iii. Bagaimanakah kaedah pengurusan pameran yang diaplikasikan di Muzium Etnologi Negeri Sarawak? 1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan mampu memberi impak kepada pelbagai pihak. Antaranya adalah : 1.5.1 Kepentingan Kepada Golongan Pengkaji. Setiap kajian yang dilakukan di dunia ini mempunyai signifikan atau kepentingannya yang tersendiri. Kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji yang ingin melakukan kajian pada masa akan datang. Pengkaji lain dapat menjadikan kajian ini sebagai satu rujukan untuk memperoleh sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai samada sumber pengetahuan yang saintifik atau logik berkaitan pengurusan kaedah pameran di sesebuah muzium atau galeri. 4

1.5.2 Kepentingan Kepada Masyarakat. Kajian ini juga penting kepada masyarakat. Ia dapat dijadikan sebagai alat untuk memungut bukti kepada keraguan dan memberi jawapan kepada keraguan dan masalah yang timbul berkaitan objek dan subjek kajian. Selain itu, kajian ini dapat memperbetulkan stereotaip, tradisi dan kepercayaan yang tidak benar serta dapat dijadikan sebagai alat penerangan, iaitu untuk menerangkan keadaan sebenar dalam suatu fenomena, sperti perbezaan, perhubungan dan sebagainya berdasarkan aspek yang dikaji. 1.5.3 Kepentingan Kepada Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Kajian ini juga akan memberi impak kepada pihak Muzium Etnologi Negeri Sarawak sendiri. Muzium berkenaan boleh menjadikan kajian ini sebagai alat untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengurusan kaedah pameran mereka. Dalam masa yang sama mereka dapat memperbaiki pengurusan kaedah pameran yang diaplikasikan sekarang kepada yang lebih baik. 1.5.4 Kepentingan Kepada Muzium Lain. Kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pihak muzium yang lain. Kajian ini mampu menyalurkan maklumat-maklumat dan data-data yang sahih untuk dijadikan sebagai rujukan pihak muzium yang lain. 1.5.5 Kepentingan Kepada Kurator Muzium. Bagi pihak kurator Muzium Etnologi Negeri Sarawak serta muzium-muzium yang lain, kajian ini mampu membantu mereka mengenalpasti pengurusan kaedah pameran yang bersesuaian dengan jenis dan ciri-ciri koleksi tertentu. Kajian ini juga akan membantu pihak kurator untuk mengadakan pameran menggunakan sistem pengurusan yang betul supaya 5

pameran tersebut berjaya dilaksanakan, dalam masa yang sama mampu menarik minat lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke muzium berkenaan. 1.6 SKOP KAJIAN Kajian ini tertumpu kepada bidang pengurusan kaedah pameran artifak muzium di mana ianya melibatkan individu-individu yang berkerjaya sebagai kurator muzium. Aspek yang ingin dikaji adalah pengurusan kaedah pameran di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Pengkaji menitikberatkan aspek pengurusan kaedah pameran, pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi, penyimpanan koleksi, kaedah mendapatkan koleksi serta cara mendokumenkan koleksi yang terrdapat di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Kajian ini juga akan mengkaji faktor-faktor dan ciri-ciri yang mampu mempengaruhi pengaplikasian pengurusan kaedah pameran di muzium berkenaan. Akhir sekali, kajian ini menumpukan kepada aspek kaedah pameran yang diaplikasikan oleh kurator muzium terbabit bagi mempamerkan koleksi artifaknya kepada umum. Dari aspek respondan, pengkaji menfokuskan kepada kakitangan Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Pengkaji sengaja menjadikan kakitangan muzium sebagai respondan bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan aktivi pameran yang dijalankan di muzium berkenaan. Selain itu, pengkaji juga menfokuskan golongan pelajar yang terdiri daripada siswa siswi Universiti Malaysia Sarawak yang mendaftar dalam program Pengurusan Seni. Pelajar program Pengurusan Seni lebih terdedah kepada bidang pengurusan acara termasuklah pameran di muzium. Dengan ini, pengkaji dapat menerima maklum balas akademik berkaitan pengurusan kaedah pameran di muzium dari mereka. 6

Dari aspek lokasi kajian pula, skop bagi lokasi kajian ini tertumpu kepada Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Hal ini kerana muzium berkenaan telah lama ditubuhkan dan banyak melakukan pameran yang melibatkan koleksi etnologi yang dikumpulkan. Pengkaji dapat mengumpulkan maklumat dan data berkaitan pengurusan kaedah pameran yang telah diaplikasikan di muzium berkenaan. 1.7 LIMITASI KAJIAN Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengahadapi beberapa cabaran dan limitasi yang tertentu. Cabaran atau limitasi yang bakal dihadapi oleh pengkaji adalah kekurangan sumber maklumat dan data berkaitan objek kajian. Maklumat dan data berkaitan objek kajian tidak banyak didokumenkan dalam bentuk buku, artikel atau jurnal. Hal ini menyebabkan pengkaji perlu mengumpul maklumat dan data berkaitan objek kajian melalui sumber lain seperti internet dan merujuk kepada kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji yang lain. Perkara ini sedikit sebanyak telah membataskan sumber maklumat dan data yang mampu diperoleh oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini. Permasalahan dari aspek masa. Kakitangan Muzium Etnologi Negeri Sarawak kebanyakannya sibuk dengan tugas masing-masing sepanjang masa. Jadi ianya menyukarkan pangkaji untuk mengatur sesi temubual bersama informan yang disasarkan seperti kurator muzium dan kakitangan yang lain. Pengkaji tidak dapat mengatur sesi temu bual mengikut kelapangan masa pengkaji, sebaliknya perlu mengikut kelapangan masa kakitangan muzium berkenaan. Hal ini menyukarkan pengkaji untuk mendapatkan maklum balas dari informan. Pengkaji juga akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan data sekunder. Hal ini kerana, lokasi kediaman pengkaji berada agak jauh dengan beberapa lokasi 7

pengumpulan maklumat dan data sekunder seperti Pustaka Negeri Sarawak. Pengkaji perlu mencari inisiatif yang relevan untuk pergi ke lokasi berkenaan. Akhir sekali, pengkaji akan menghadapi masalah untuk merujuk kepada kajian lepas. Hal ini disebabkan masa bilik tesis Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dibuka berselisih dengan masa kelas pengkaji. Selain itu, bilik tesis berkenaan hanya dibuka untuk jangka masa yang agak singkat iaitu dua (2) jam. 1.8 LOKASI KAJIAN Kajian ini dilakukan di Muzium Etnologi Negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, 93566 Kuching, Sarawak. Jarak antara Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak ke Muzium Negeri Sarawak adalah sejauh 23.1 Kilometer (KM) dan mengambil masa selama 29 minit untuk sampai. Gambar 1 : Peta Lokasi Kajian. 8