PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

Similar documents
PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK NADIAH BT MOHD TAHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LEAK DETECTION IN PIPELINES USING WAVELET AND CEPSTRUM ANALYSIS ABDUL KADIR BIN SAMTA

Uncertainty Evaluation for the Measurement of Gauge Block by Micrometer.

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

MATERIAL SELECTION IN MECHANICAL DESIGN OF CAR BUMPER NURUL AZWAN BIN ADNAN BACHELOR OF ENGINEERING UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

ANALISIS ITEM SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2003, 2004, 2005 DAN 2006 MENGIKUT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

CHANGE DETECTION ON KLANG AREA USING LANDSAT 5-TM DATA NURAMALINA BINTI MAT SERAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MASALAH STURM LIOUVILLE DAN PENGGUNAANNYA DALAM MASALAH-MASALAH KHUSUS YANG LAIN SOH MEN CHEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM MENENTUKAN NILAI PI DAN KEBARANGKALIAN HERLINDA BINTI ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK BAGI NOMBOR NEGATIF DI SEKOLAH MENENGAH RENDAH MUHAMMAD ASYRAF BIN ASBULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

P U A N Z A I N A H B I N T I R U J I H A N ( P E N G A R A H, B A H A G I A N H U B U N G A N I N D U S T R I D A N K E B O L E H PA S A R A N ) P O

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK HASIL SUMBANGAN EUCLID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK JACINTA EMILY ANAK CHARLES RIAM

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

II I, II li li I! lil II! Mil II i; ii ;: 3 OOOO /. 7

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM PENYELESAIAN PERSAMAAN KUADRATIK, PUNCA KUASA DUA DAN PUNCA KUASA TIGA NATASHA BINTI DOLZAKIPI

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

Engineering FINAL YEAR PROJECT FACULTY OF ENGINEERING KNS 4222 EFFECT OF FINE CONTENT ON SHEAR STRENGTH OF SAND. Name : Kho Joo Tiong

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI - KECERDASAN LOGIK MATEMATIK.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

A WIDEBAND OMNIDIRECTIONAL PLANAR MICROSTRIP ANTENNA FOR WLAN APPLICATION USING GRAPHENE MOHD REDZUAN BIN SHAKIL AHMAD

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

. PIRPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

SECONDARY BENDING MOMENT OF TRAPEZOID WEB BEAM UNDER SHEAR LOADING FONG SHIAU WEEN

PREDICTING TURBULENT FLOW IN A STAGGERED TUBE MOHD ADIB MUIZZUDDIN BIN MOHLIS

PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

Satu Pengalaman Di Malaysia

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Answer the questions according to the instructions given in each section.

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

EXAMINATION FOR THE DEGREE OF BACHELOR OF SCIENCE WITH EDUCATION PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PENGUTARAAN MASALAH MATEMATIK - SATU KERANGKA TEORI

* * a* iz-tfil

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EXTREME RAINFALL PATTERNS FOR SG. SARAWAK AND SAMARAHAN RIVER BASINS

MUZIUM SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH KAJIAN KES: MUZIUM KOTA TINGGI, JOHOR. Roniza Binti Norrani 39610

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Katakunci : perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)

SCES2211/ SCES2241 : KIMIA ANALISIS I/ KIMIA ANALISIS ASAS ANALYTICAL CHEMISTRY I/ BASIC ANALYTICAL CHEMISTRY

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

ULTRASONIC PULSE VELOCITY (UPV) TEST ON CONCRETE UNDER CO:MPRESSION: A STUDY ON EFFECT OF ASPECT RATIO

Explain the differences between Geographical Information System (GIS) and other information system as the following:

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

PENGAKUAN. Tandatangan : : Nurul Fareha binti Ahmad Khairon. No. Matriks : EDMB : Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

EMH 451 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 7 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 7 printed pages)

(Kertas soalan ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

Strategi-Strategi Pemahaman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan dalam Kursus Statistik 1 SITI HAJJAR BINTI MOHD KHALID

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

EME 411 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

Transcription:

PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya : MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganmalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO. 10, BLOK J, 2/1, RUMAH AWAM AIR MOLEK 2, (TANDATANGAN PENYELIA) PM. DR. ZALEHA ISMAIL (NAMA PENYELIA) 75460 MELAKA. Tarikh : Tarikh : CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PENGAKUAN Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Tandatangan:.. Nama Penyelia I: PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL Tarikh: Tandatangan:.. Nama Penyelia II: EN. MOHD KHALID KASMIN Tarikh:

PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK. MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2010

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang mana tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama pelajar : MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI Tarikh :...

iii Teristimewa buat insan-insan tersayang Buat ayah dan bonda yang tercinta Abd Ghani Hj Mansor dan Noraini Hj Abu Yang banyak berkorban dan memberikan semangat serta iringan doa buat kejayaan anaknya Terima kasih di atas segala-galanya... Buat kekanda dan adindaku Terima kasih di atas sokongan yang diberikan... Buat sahabat baikku Mohd Syerwan Mohd Sani Terima kasih diatas segala pertolongan yang dihulurkan... Buat teman-teman seperjuangan Semoga diriku sentiasa berjaya dengan kehadiran kalian semua... AMIN

iv PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-nya, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dengan sempurnanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat PM DR. ZALEHA BINTI ISMAIL, selaku penyelia projek ini. Berbekalkan bimbingan dan teguran beliau sepanjang proses pembangunan, barulah projek Sarjana Muda ini dapat direalisasikan. Tidak ketinggalan juga penghargaan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut sama memberi tunjuk ajar, idea dan sumbangan dalam usaha untuk menyiapkan projek ini. Tanpa bantuan dan sokongan daripada kalian, sudah pasti projek ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih turut dipanjangkan kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas kerjasama dan sumber rujukan yang telah diberikan sepanjang proses projek berjalan. Akhir sekali diharapkan Projek Sarjana Muda ini dapat dimanfaatkan dan memberikan maklumat yang berguna kepada mereka yang memerlukannya. Sekian, terima kasih.

v ABSTRAK Penggunaan medium teknologi dalam bidang pendidikan masa kini sudah tidak asing lagi. Bidang pendidikan perlu seiring dengan pembangunan teknologi negara. Majalah elektronik (e-majalah) adalah merupakan antara majalah atas talian yang berkonsepkan majalah multimedia yang melibatkan beberapa elemen media seperti audio, video, text, gambar dan hyperlink. Majalah web Dunia Matematik dibangunkan bertujuan menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah agar pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan. Dunia Matematik ini dibangunkan menggunakan gabungan perisian pengurusan kursus dan pengurusan maklumat. Bagi tujuan pembangunan majalah web Dunia Matematik ini, model ADDIE digunakan sebagai panduan rekabentuk manakala majalah web berasaskan Sosial Konstruktivisme. Model ARCS pula diterapkan dalam setiap artikel dan aktiviti yang meliputi elemen Perhatian, Perkaitan, Keyakinan, dan Kepuasan agar mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Majalah web Dunia Matematik diterbitkan setiap bulan merangkumi ruangan seperti Fokus, Kerjaya, Tokoh, Isu Semasa, Kesenian, Statistik, Sejarah, Aplikasi, Tahukah Anda, Pelajari Matematik, Perisian Matematik, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Namun, fokus projek ini lebih mengkhusus terhadap membincangkan dua ruangan iaitu Kerjaya Matematik dan Tokoh Matematik. Dalam dua belas isu yang diterbitkan, ruangan Kerjaya Matematik berkisarkan mengenai kerjaya yang mengaplikasikan penggunaan matematik di dalamnya, kelayakan yang diperlukan dan institusi yang menawarkan pengajian dalam bidang ini. Selain itu, tokoh-tokoh matematik yang banyak memberi sumbangan dipilih dan diketengahkan untuk menjadi sumber inspirasi dan idola kepada pembaca bagi ruangan Tokoh Matematik. Elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video turut diterapkan di dalam majalah web ini agar ianya menjadi lebih interaktif dan menarik. Diharapkan majalah web Dunia Matematik ini dapat dimanfaat dan membantu para pelajar mengetahui bidang matematik ini sehingga menjangkau ke luar bilik darjah.

vi ABSTRACT Nowadays the uses of medium technology in education are no longer unfamiliar. Education must be aligned to the technological development of the country. The electronic magazine (e-magazine) is an online magazine that uses the concept of multimedia magazine which collaborated with elements such as audio, video, text, pictures, and hyperlink. The web magazine, Dunia Matematik is created to provide students with mathematical knowledge that is both comprehensive and beyond school mathematics thus students can explore mathematics without extensive boundaries. Dunia Matematik was developed by using the combination of course and information management software. It emphasizes ADDIE s model for development, and also implement the Social Constructivism through web-base instructional web magazine design. For each activity and articles, ARCS s model being applied include elements such as Attention, Relevance, Confidence, and Satisfaction, to create an effective learning environment. The web magazine, Dunia Matematik published once in a month contains section, Focus, Career, Expertise, Current Issues, Arts, Statistics, History, Applications, Did You Know, Learning Mathematics, Mathematics Software, Games, IQ Test, and Quiz. However, this writing is focused on two sections only which are Career in Mathematics and Mathematics Expertise. In the twelve issues of Dunia Matematik published, the Career section indicate upon career that applied mathematics in it, the qualifications required and institutes that offer courses for entering this field. In addition, mathematicians that have given many contributions are focused on to become a source of inspiration and idol to the reader as in Mathematicians Expertise section. There is multimedia elements such as graphics, animation and videos incorporated in this web magazine so it is more appealing to reader. It is hoped that with the presence of this web magazine, it will gladden and help students learn mathematics field exist beyond the classroom.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Pernyataan Masalah 9 1.4 Objektif Projek 10 1.5 Kepentingan Projek 11 1.5.1 Pelajar 11 1.5.2 Guru 12 1.5.3 Sekolah 13 1.5.4 Ibu-bapa Dan Masyarakat 13

viii 1.6 Skop Dan Batasan Projek 14 1.7 Kerangka Teori Projek 15 1.8 Definisi dan Istilah 16 1.8.1 Internet 16 1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) 16 1.8.3 Laman Web 17 1.8.4 Majalah Web 17 1.8.5 Kerjaya Matematik 17 1.8.6 Tokoh Matematik 17 1.8.7 E-Pembelajaran 18 1.8.8 Pelajar 18 1.9 Penutup 18 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 E-Pembelajaran 21 2.2.1 E-Buku 23 2.2.2 E-Majalah 25 2.2.3 Kelebihan e-pembelajaran 26 2.2.4 Kekurangan e-pembelajaran 29 2.3 Keberkesanan Pembelajaran Matematik 30 2.4 Pendekatan Konstruktivisme Sosial 31 2.5 Perisian Bebas 33 2.6 Perisian Sumber Terbuka 35 2.6.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 40 2.7 Kerjaya Matematik 42 2.8 Tokoh Matematik 43 2.9 Penutup 45 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 46

ix 3.2 Kaedah Pelaksanaan 47 3.2.1 Analisis (Analysis) 48 3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 48 3.2.1.2 Ruangan Topik 50 3.2.1.3 Strategi Pelaksanaan 50 3.2.1.4 Kelebihan Laman Web 51 3.2.2 Rekabentuk (Design) 53 3.2.2.1 Perhatian (Attention) 54 3.2.2.2 Perkaitan (Relevance) 55 3.2.2.3 Keyakinan (Confidence) 55 3.2.2.4 Kepuasan (Satisfaction) 56 3.2.3 Pembangunan (Development) 56 3.2.3.1 Pembangunan E-Majalah Dunia 61 Matematik 3.2.3.2 Pembangunan Ruangan Kerjaya 71 3.2.3.3 Pembangunan Ruangan Tokoh 72 3.2.4 Perlaksanaan (Implementation) 72 3.2.5 Penilaian (Evaluation) 73 3.3 Penutup 75 4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB 4.1 Pengenalan 76 4.2 Bahan Majalah Web Dunia Matematik 77 4.3 Majalah Web Dunia Matematik 77 4.3.1 Pendaftaran dan Daftar Masuk 78 4.3.2 Paparan Home 79 4.3.3 Kerjaya 82 4.3.4 Tokoh 87 4.3.5 Paparan Skrin Edisi Lepas 89 4.3.6 Paparan Skrin Komen 90 4.3.7 Paparan Skrin Komuniti 92

x 4.3.8 Paparan Skrin Dunia Matematik 93 4.4 Hasil Penilaian Soal Selidik 94 4.4.1 Sikap Pelajar Terhadap Dunia Matematik 94 4.4.2 Sikap Pelajar Terhadap Ruangan Kerjaya 95 4.4.3 Sikap Pelajar Terhadap Ruangan Tokoh 96 4.4.4 Dunia Matematik Memberikan Maklumat 97 Tambahan 4.4.5 Majalah Dunia Matematik Menarik Minat 98 4.5 Penutup 99 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 101 5.2 Perbincangan 101 5.3 Kelebihan Majalah Web Dunia Matematik 103 5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 104 5.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 105 Membangunkan Majalah Web Dunia Matematik 5.5.1 Pemilihan Tema Bulanan 105 5.5.2 Bahan Rujukan Untuk Artikel 105 5.5.3 Pemilihan Tokoh Yang Sesuai 106 5.5.4 Kekangan Masa 106 5.5.5 Capaian Internet 106 5.6 Cadangan 107 5.7 Kesimpulan 108 RUJUKAN 109 LAMPIRAN 110

xi SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 15 3.1 Rekabentuk Pembangunan Berdasarkan 47 Model ADDIE 3.2 Paparan Ruangan User Manager 62 3.3 Paparan Bahagian Menu Manager 63 3.4 Paparan bahagian Language Manager 64 3.5 Pemilihan Ikon Media Manager 65 Pada Panel Kawalan 3.6 Paparan Bahagian Media Manager 65 3.7 Langkah untuk penulisan dalam Section Manager 67 3.8 Langkah-langkah penulisan sinopsis dalam 69 Category Manager 3.9 Cara-cara memasukkan artikel dalam 71 ruangan Add New Article 3.10 Prosedur Penilaian 74 4.1 Skrin paparan home 78 4.2 Skrin paparan Register 79 4.3 Skrin Paparan Home 80 4.4 Carta Alir Dunia Matematik 81 4.5 Skrin Paparan Kerjaya Edisi Julai 2009 84 4.6 Skrin Paparan Kerjaya Edisi Januari 2010 85 4.7 Skrin Paparan Kerjaya Edisi Mei 2010 86 4.8 Skrin Paparan Tokoh Edisi Julai 2009 88 4.9 Skrin Paparan Tokoh Edisi Januari 2010 88 4.10 Skrin Paparan Tokoh Edisi Mei 2010 89

xii 4.11 Skrin Paparan Keluaran Lepas 90 4.12 Skrin Paparan Ruangan Menulis Komen 91 4.13 Skrin Paparan Komen 91 4.14 Skrin Paparan Komuniti 92 4.15 Skrin Paparan Dunia Matematik 93 4.16 Paparan Peratus Sikap Pelajar 94 4.17 Paparan peratus ruangan kerjaya membantu 95 pemilihan kerjaya dewasa kelak 4.18 Paparan peratus ruangan tokoh memberikan 96 inspirasi 4.19 Paparan Peratus Dari Sudut Memberi Maklumat 97 4.20 Paparan Peratus Majalah Dunia Matematik Menarik Minat 98 SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Perbezaan Laman Web Matematik 52 4.1 Tajuk Topik bagi Kerjaya berserta tema bulanan 83

xiii SENARAI SINGKATAN ADDIE - Analysis Design Development Implementation Evaluation ARCS - Attention Relevant Confidence Satisfaction BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan CMS - Content Management System ICT - Information and Communication Technology KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia MSC - Multimedia Super Corridor OSS - Open Source Software OSI - Open Source Initiative PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan P&P - Pengajaran dan Pembelajaran RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9 R&D - Research and Development SPM - Sijil Pelajaran Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dewasa kini kita dapat melihat negara sedang mengalami banyak perubahan lebih-lebih lagi dalam usaha ke arah mencapai sebuah negara maju seperti yang telah termaktub dalam Wawasan 2020. Bagi mencapai status sebuah negara maju dalam tempoh yang ditetapkan, pelbagai keperluan baru terpaksa dipenuhi. Oleh itu, komponen-komponen baru telah digubal serta diterapkan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah. Ekoran daripada perkembangan era teknologi kini, kerajaan telah memperkenalkan Sekolah Bestari bagi menyahut Wawasan 2020 di samping merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia. Pembinaan objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana salah satu objektifnya ialah meningkatkan mutu pendidikan di semua institusi pendidikan samada sekolah, kolej, ataupun universiti dengan perkembangan teknologi maklumat terkini (Hamidah, 2000).

2 Dalam era perkembangan teknologi yang pesat kini, terdapat pelbagai pendekatan kreatif dan kritis yang mempengaruhi dan menyumbang dalam bidang kehidupan manusia. Dengan ini, aspek teknologi telah diadunkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha ke arah memupuk dan menyemai minat serta sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi. Rohani Abdul Hamid (1999) menyatakan bahawa Sekolah Bestari bertujuan melakukan perubahan sistemik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seharusnya berlaku perubahan dengan menggunakan teknologi terkini. Latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan kepada guru Sekolah Bestari. Bagi menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional, sistem pendidikan Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini seperti internet akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad, 2001). Ahli pendidik, ibu bapa, dan pelajar percaya, sekolah seharusnya mengasimilasikan teknologi dalam kurikulum sekolah kerana ianya membantu dalam meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Roblyer, Edwards dan Havriluk, 1997). Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat satu saluran maklumat terkini melalui Internet perlu diwujudkan. Justeru itu, ini menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat. Sehubungan itu, satu

3 portal pendidikan iaitu MySchoolNet dibangunkan hasil lanjutan daripada idea berkenaan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network merupakan satu projek yang berkonsepkan Pendidikan Melalui Internet. Portal ini menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan. Selain menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am, pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web adalah fokus utama portal ini diwujudkan. Antara bahan yang disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti tutoran, maklumat pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan sembangsembang, forum dan lain-lain lagi. Contoh-contoh portal pendidikan yang ada di Malaysia adalah MySchoolNet, Mytutor dan sebagainya. Kesimpulannya, menurut Davis dan Crowther (1996) tujuan pembelajaran berbantukan teknologi adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan internet dan komputer dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan. Menurut Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan dalam silibus matematik. Konsep kelas matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan melalui penggunaan elemen seperti e- pembelajaran malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e- pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

4 rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara (Jaya Kumar, 2003). Penggunaan alat elektronik terutamanya internet dan sistem rangkaian merupakan konsep e-pembelajaran dianggap sebagai satu pengaruh dalam membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Justeru itu, terdapat banyak kewujudan laman web dalam internet yang merupakan sumber ilmu baru yang semakin penting dalam pendidikan maya. Ia bersifat global dan boleh dicapai atau dilayari di mana-mana sahaja. Ini merupakan suatu dimensi baru dalam dunia pendidikan sejagat. Justeru itu, pembangunan majalah web Dunia Matematik ini akan menggalakkan interaksi antara murid, guru dan ibu bapa serta masyarakat secara berterusan.

5 1.2 Latar Belakang Masalah Pelajar seringkali merasakan matematik adalah mata pelajaran yang sukar difahami. Keadaan ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang baik terutamanya bagi pelajar di luar bandar. Perkara ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan pendidikan di peringkat awal persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah. Lantaran itu, kesannya dapat kita lihat para pelajar merasa takut dan tidak yakin untuk mempelajari matapelajaran ini di peringkat institusi pengajian tinggi. Selain itu juga menurut Mohammad Khatim, (2003) masalah-masalah dalam pendidikan Matematik di Malaysia yang telah dikenalpasti ialah : Kekurangan perisian pembelajaran matematik Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi Kaedah pembelajaran agak membosankan Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini Kini, situasi yang lebih hebat ialah para pelajar hanya belajar untuk meluluskan diri mereka dalam peperiksaan sahaja. Jelas disini, sistem pendidikan kita adalah lebih tertumpu kepada peperiksaan semata-mata. Perkara ini sama sekali bercanggah dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan pembelajaran inilah seharusanya dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan menyelesaikan masalah di samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang.

6 Selain itu juga, guru sering kali mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Penglibatan yang aktif hanyalah kepada guru yang hanya menyampaikan maklumat tanpa menglibatkan pelajar. Maka terjadilah proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan agak membosankan pelajar. Ini juga akan mengakibatkan pelajar menjadi kurang minat dan kurang prihatin semasa sesi pengajaran. Pelajar perlu didedahkan kepada teknik-teknik atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan agar perkara ini dapat diatasi. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk mewujudkan komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian, penggunaan elemen seperti e- pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan sebagainya. Salah satu bahan e-pembelajaran ialah majalah web Dunia Matematik. Para pelajar boleh belajar mengikut cara mereka sendiri dengan menggunakan majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan pendidikan. Pelajar juga bebas daripada terikat dengan masa dan tempat apabila menggunakan laman web ini. Pelajar boleh belajar bila-bila masa, di mana-mana dan mengikut kadar masing-masing (Faisal, 2002). Penggunaan majalah web Dunia Matematik ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran menggunakan majalah web Dunia Matematik ini juga boleh berlaku di luar waktu kelas dan ianya kaya dengan maklumat dan media.

7 Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini adalah berpusatkan pelajar dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif (Faisal, 2002). Fokusnya adalah kepada keupayaan pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web Dunia Matematik kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendapat konstruktivisme menyatakan proses pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusof, 1999). Dalam mengharungi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru juga perlu bersedia selain daripada pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan sama ada dalam situasi bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru memainkan empat peranan dalam pembelajaran berasakan web iaitu : i. Peranan sebagai fasilitator ii. Peranan sebagai pengurus iii. Peranan sosial, dan iv. Peranan sebagai penasihat teknikal. Kualiti dan mutu pengajaran seseorang guru akan menjadi lebih baik melalui penggunaan teknologi yang sesuai. Proses pengajaran yang menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik merupakan pengajaran yang berkesan. Jika media ini digunakan dengan perancangan yang teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan sesuatu maklumat pelajaran dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi seperti e-pembelajaran ini dapat meringankan beban guru disamping menjimatkan masa. Masa yang diperlukan adalah lebih singkat untuk menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan

8 bahan e-pembelajaran. Kesannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat diwujudkan. Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini diwujudkan untuk membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan matematik serta kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu alat yang penting dalam aktiviti pengurusan maklumat dan kehidupan harian seperti perniagaan, perubatan, perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Matematik juga merupakan alat kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web Dunia Matematik ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan berkesan seterusnya membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran matematik ini dengan baik. Pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya yang meluas dalam bidang matematik juga merupakan tujuan majalah web Dunia Matematik. Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Bahana, situasi kini yang telah membuatkan para graduan memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya mereka. Namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam bidang lain seperti perubatan, sains komputer, kejuruteraan dan sebagainya. Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang Matematik sangat meluas dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Selain itu juga, peranan yang ingin ditonjolkan dalam majalah web Dunia Matematik ini ialah untuk memperkenalkan tokoh-tokoh Matematik yang ada di negara ini dan negara-negara lain. Ini membolehkan para pelajar melihat dengan

9 lebih dekat kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh tokoh-tokoh ini berdasarkan pencapaian mereka. Lantaran itu ianya dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokohtokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut bersyukur kerana mempunyai tokoh-tokoh yang hebat, berjiwa besar dan berpandangan jauh di negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk mencapai kejayaan (Mingguan Malaysia, 11 November 2007). 1.3 Pernyataan Masalah Dalam mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam matematik, ia tidak hanya melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada murid semata-mata, tetapi pelajar juga mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Penegasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melalui KBSM bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif kefahaman matematik mereka. Faktor penting dalam mempengaruhi kerjaya pelajar ialah tahap pendidikan atau pencapaian akademik pelajar. Menurut kajian yang dijalankan oleh Ooi Kok Hai dalam Rohany Nasir (2003), kebanyakan pelajar sekolah menengah kurang mendapat pendedahan mengenai kerjaya. Jadi pelajar ini tidak dapat menilai kepentingan sesuatu matapelajaran terutamanya matematik dalam membina kerjaya mereka. Menurut Dr. Ismail Ibrahim dalam Utusan Malaysia, 9 Mac 2003, generasi muda kita mungkin hanya akan berfikir bahawa orang yang bernama

10 tokoh itu adalah orang yang berlakon filem, yang menjadi penghibur dan penyanyi, yang bersukan dan sebagainya sahaja, sedangkan orang yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan itu merupakan tokoh yang harus dipuja sebenarnya. Jika kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai matlamat untuk berjaya dan mencintai ilmu matematik ini maka gambaran-gambaran seperti ini seharusnya ditonjolkan. Diharapkan dengan kewujudan majalah web Dunia Matematik ini, ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif supaya pelajar dapat mendalami bidang Matematik yang pelbagai termasuk bidang Kerjaya dan Tokoh Matematik. 1.4 Objektif Projek Objektif projek bagi Majalah Web Matematik ini ialah : i. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik Kerjaya Dalam Matematik. ii. iii. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik Tokoh Matematik. Mengenalpasti prespektif guru pelatih terhadap ruangan Tokoh dan Kerjaya.