PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

Similar documents
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK NADIAH BT MOHD TAHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Katakunci : perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

PENGELASAN SOALAN PEPERIKSAAN BERLANDASKAN TAKSONOMI BLOOM MENGGUNAKAN N-GRAM DAN PENDEKATAN PERATURAN. Dellicia Tan Nazlia Omar

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANITIA BIOLOGI DAERAH SEPANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIOLOGI KERTAS 3 Satu jam tiga puluh minit

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI - KECERDASAN LOGIK MATEMATIK.

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PENGUTARAAN MASALAH MATEMATIK - SATU KERANGKA TEORI

SISTEM LATIHAN MENYELAMAT KETIKA KECEMASAN RENJATAN

ANOLYTE SOLUTION GENERATED FROM ELECTROCHEMICAL ACTIVATION PROCESS FOR THE TREATMENT OF PHENOL

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

SOLUBILITY MODEL OF PALM OIL EXTRACTION FROM PALM FRUIT USING SUB-CRITICAL R134a NUR SYUHADA BINTI ABD RAHMAN

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

ROCK SHAFT RESISTANCE OF BORED PILES SOCKETED INTO DECOMPOSED MALAYSIA GRANITE RAJA SHAHROM NIZAM SHAH BIN RAJA SHOIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pakej E-Learning UPSR Matematik

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PENYUSUAN SUSU IBU SIMANJA.COM

MATHEMATICAL MODELLING OF UNSTEADY BIOMAGNETIC FLUID FLOW AND HEAT TRANSFER WITH GRAVITATIONAL ACCELERATION

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM PENYELESAIAN PERSAMAAN KUADRATIK, PUNCA KUASA DUA DAN PUNCA KUASA TIGA NATASHA BINTI DOLZAKIPI

KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN NORAZMI BIN BAKAR

PENGGUNAN WEB GIS OLEH PIHAK BERKUASA PERANCANGAN : TINJAUAN KANDUNGAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN HAIZA WAHIDA BINTI HARON

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

Proses Pembuatan (Manufacturing Process)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

EEE 208 TEORI LITAR II

EMPIRICAL STRENQTH ENVELOPE FOR SHALE NUR 'AIN BINTI MAT YUSOF

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

Multimedia Laboratory Module in the Learning of Electrochemistry: Needs Assessment Study

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

EFFECTS OF Ni 3 Ti (DO 24 ) PRECIPITATES AND COMPOSITION ON Ni-BASED SUPERALLOYS USING MOLECULAR DYNAMICS METHOD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

FRAGMENT REWEIGHTING IN LIGAND-BASED VIRTUAL SCREENING ALI AHMED ALFAKIABDALLA ABDELRAHIM

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK HASIL SUMBANGAN EUCLID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK JACINTA EMILY ANAK CHARLES RIAM

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

Satu Pengalaman Di Malaysia

THE DEVELOPMENT OF PORTABLE SENSOR TO DETERMINE THE FRESHNESS AND QUALITY OF FRUITS USING CAPACITIVE TECHNIQUE LAI KAI LING

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

Strategi-Strategi Pemahaman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan dalam Kursus Statistik 1 SITI HAJJAR BINTI MOHD KHALID

PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

Transcription:

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK Zaleha Binti Ismail Mohd Khalid Bin Kasmin Normi Rosidar Binti Abdul Hadi Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Majalah web matematik merupakan salah satu bahan e-pembelajaran yang dilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek majalah web ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus mata pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian terbuka Joomla! dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina semasa aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Berteraskan sistem Joomla! dan model ADDIE, sebanyak lima keluaran majalah Dunia Matematik telah dihasilkan. Dunia Matematik dikeluarkan pada setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan Pelajari matematik. Namun penulisan ini hanya tertumpu pada dua ruangan utama Dunia Matematik, iaitu Sejarah dalam Matematik dan Statistk. Sejarah matematik merupakan satu bidang yang perlu diberikan keutamaan di mana di dalam Dunia Matematik, pembangun cuba membawa pelajar meneroka sendiri tentang sejarah perkembangan matematik dunia. Manakala ruangan statistik pula akan membawa pembaca mengenali rahsia aplikasi statistik dalam kehidupan. Selain kepelbagaian artikel, Dunia Matematik turut menyediakan ruang komen dan chat sebagai ruang interaksi sesama pembaca. Diharapkan Dunia Matematik ini dapat dijadikan bahan pembacaan untuk meningkatkan kefahaman dalam matematik kepada pembaca. Abstract: The mathematics web magazine is considered as a type of e-learning material that has potential as an effective alternative in learning. The web magazine project emphasizes on open learning that goes beyond the mathematics course syllabus in schools. In creating this dynamic web magazine, an open source system called Joomla! was chosen as its medium of presentation because it is easy to be used and it is free. The ADDIE model is chosen as its design model because it is suitable with the features of the web magazine that lay emphasize on teaching and learning. This system is fitting because its design supports the principles of social constructivism which is that knowledge is constructed during social activities such as discussions, exchange of opinions between group members as well as interaction with friends. With the basis of Joomla! and ADDIE, five issues of Dunia Matematik have been produced, one for each month and it contains sections that expose readers to the many branches of mathematics. But, this work is focused on two main sections of Dunia Matematik, which are Sejarah dalam Matematik and Statistik. The history of mathematics is a field that needs to be highlighted where in Dunia Matematik, the writer tries to encourage students to explore for themselves the history of the development of mathematics in the world. The Statistik section has brought the many secrets of the application of statistics in life. Dunia Matematik also provides a section for comments or chat as an interaction section between readers. It is hoped that Dunia Matematik will be a major source to enhance the understanding of mathematics to readers.

Katakunci: e-pembelajaran, majalah web, Sejarah dalam Matematik, Statistik Pengenalan Aplikasi penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pendidikan matematik merupakan satu inisiatif pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang semakin diberikan penekanan. NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Sehubungan itu, pelajar perlu diberikan lebih pendedahan terhadap penggunaan komputer dan teknologi maklumat bagi memastikan kemahiran dan kefahaman dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisyen. Selain itu, pendidikan matematik yang berteraskan komputer ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta dapat memperkayakan lagi kemahiran generik pada diri setiap pelajar. Di samping pelajar berpeluang dapat belajar secara individu, pelajar juga mampu mengukur kadar pembelajaran dan kebolehan diri sendiri. Penyataan Masalah Matematik masih dianggap matapelajaran yang sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Walaupun pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan matematik negara namun perkembangan pendidikan matematik masih berada ditahap yang sederhana. Pelajar sering menganggap pembelajaran matematik amat membosankan kerana ia hanya lebih memfokuskan kepada pengiraan, penggunaan rumus-rumus yang komplek. Bidang-bidang matematik sebenarnya sangat meluas dan bukan hanya berorientasikan pengiraan semata-mata namun ia turut meliputi keindahan sejarah matematik dan aplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplin yang perlu dipatuhi. Seiring dengan perkembangan teknologi yang menongkah arus pemodenan, maka pembelajaran berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu inisiatif bagi menangani masalah tersebut. Perkembanagan epembelajaran dalam dunia pendidikan merupakan satu cabang teknologi maklumat yang mampu memperbaiki lubanglubang dalam sistem pendidikan matematik negara pada hari ini. Oleh itu Dunia Matematik merupakan satu projek majalah web matematik dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Objektif Projek Objektif projek pembangunan majalah web matematik ialah: i. Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan topik Sejarah dalam Matematik. ii. Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan topik Statistik. Kepentingan Projek Pelajar Para pelajar dapat menggunakan majalah web matematik yang disediakan bagi memperolehi pelbagai variasi maklumat tentang matematik dan pelajar juga boleh membuat aktiviti-aktiviti menarik yang terkandung dalam majalah ini. Melalui bahanbahan bercetak, pelajar tidak mampu untuk menerima maklum balas dengan segera. Dan ini tidak mampu menarik minat pelajar untuk membaca atau membuat aktiviti melalui bahan-bahan bercetak. Pelajar dapat belajar secara aktif dan dapat meningkatkan kemahiran secara kreatif dan kritis serta memperkayakan ilmu pengetahuan yang baru tanpa mengira tempat dan masa.

Pelajar juga boleh berinteraksi sesama mereka serta dengan guru di dalam ruangan forum dan chat yang disediakan bagi membincangkan masalah yang dihadapi dalam matematik. Pelajar juga boleh melakukan semua aktiviti serta latihan yang disediakan dan seterusnya mendapat maklumbalas dengan serta merta. Melalui ini, pelajar dapat menilai tahap penguasaan mereka serta seterusnya berusaha memperbaiki kelemahan diri mereka. Guru Majalah web matematik ini sebenarnya turut memberikan manfaat kepada guru. Ia dapat meringankan beban tugas guru kerana pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan. guru-guru hanya perlu memantau aktiviti yang dialkukan oleh pelajar. Guru-guru juga boleh berkomunikasi dengan pelajar serta dapat membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam matematik pada bila-bila masa sahaja. Di samping itu, guru-guru juga boleh memperolehi perlbagai maklumat tambahan tentang matematik dan ini sekali gus dapat membantu memperluaskan ilmu pengetahuan mereka. Sekolah Projek ini dapat membantu pihak sekolah dalam mewujudkan iklim pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini turut dapat membantu pihak sekolah meningkatkan penguasaan ICT dikalangan guru-guru serta pihak pengurusan. Ibu Bapa dan Masyarakat Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang penggunaan teknologi ini bagi menghasilkan masyarakat yang celek IT. Dengan majalah web ini, ibu bapa dapat memastikan anakanak mereka memperolehi maklumat serta aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kognitif anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh memantau prestasi anak-anak mereka dalam pembelajaran matematik. Dengan ini ibu bapa boleh mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dalam pembelajaran. Skop dan Batasan Projek Projek ini merupakan sebahagian daripada satu projek besar yang bertujuan untuk menyediakan lima keluaran majalah web matematik ini serta memuatkan ruang berikut:- i) Fokus ii) Isu Semasa iii) Tokoh iv) Kerjaya Matematik v) Sejarah vi) Kesenian vii) Statistik viii) Aplikasi ix) Permainan x) Pelajari Matematik xi) Quiz (Kuiz) xii) Forum dan Chat Bahagian projek ini hanya menyediakan dua ruang untuk lima isu berkaitan bagi lima keluaran majalah iaitu:-

a. Bahan pembelajaran bagi majalah web matematik bagi Sejarah dalam Matematik. b. Bahan pembelajaran bagi majalah web matematik bagi Statistik. Metodologi Kaedah Pelaksanaan Media pengajaran merupakan satu elemen penting dalam proses merancang sesuatu topik atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan keberkesanannya. Pemilihan media pengajaran yang sesuai dapat menjamin perancangan aktiviti pengajaran yang sistematik dan efektif. Dalam proses membangunkan epembelajaran berasaskan Joomla!, media pengajaran yang dipilih ialah Model ADDIE oleh Rosset (1987) yang melibatkan lima komponen penting yang menjadi panduan bagi membangunkan majalah web matematik ini. Model ADDIE dipilih adalah kerana ia merupakan model rekabentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model-model instruksi yang lain. Seterusnya, menurut Rosset, bagi membangunkan sebuah perisian yang bermutu, lima fasa penting perlu dilaksanakan secara sistematik. Dunia Matematik juga turut menekankan lima fasa utama ini. Analisis (Analysis) Fasa ini merupakan fasa pertama yang perlu dilaksanakan oleh perekabentuk perisian. Dalam fasa ini masalah yang ingin diselesaikan akan dikenalpasti secara keseluruhannya. Perekabentuk perlu menganalisis punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Ini adalah bertujuan memastikan rekabentuk instruksi atau pengajaran yang akan dibangunkan menepati dan memenuhi keperluan pengguna. Sebelum membangunkan sesuatu majalah web, seseorang perekabentuk perlu terlebih dahulu melakukan analisis terhadap beberapa faktor yang mempengaruhi rekabentuk projek. Ia termasuklah: Kumpulan sasaran Pelajar Sebelum membangunkan majalah web ini, seseorang perekabentuk perlu terlebih dahulu membuat analisis terhadap pelajar yang akan menggunakan majalah web ini dari segi ciri-ciri umum seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual serta juga gaya pembelajaran pelajar. Dalam penggunaan majalah web ini, sasaran utamanya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Gaya persembahan yang dipaparkan mestilah menepati peringkat sekolah rendah, menengah bawah dan menengah atas. Ini dapat menarik minat pelajar serta mampu memberikan kesan yang lebih efektif kepada pelajar. Pembangun juga mengambil kira beberapa gaya pembelajaran di kalangan pelajar termasuklah pembelajaran berbentuk secara terarah kendiri dan bekerja secara berkumpulan. Guru / sekolah Persekitaran pembelajaran mempunyai implikasi yang besar dalam menentukan bentuk persembahan pengajaran yang perlu dibangunkan. Sumber dan kekangan yang wujud di sekolah atau organisasi yang berkenaan seperti alatan, kos, masa dan kemudahan infratruktur kepakaran akan menentukan kaedah persembahan dalam majalah web ini. Selain pelajar, guru juga merupakan sasaran pengguna yang akan menggunakan majalah web yang akan dibangunkan ini. Rekabentuk dan kandungan di dalam majalah web ini turut mengambil kira kemudahan yang disediakan untuk guru-guru.

Ibu bapa/ masyarakat Ibu bapa juga merupakan sasaran pengguna majalah web yang akan dihasilkan ini. Oleh itu, pembangun turut mengambil kira bentuk persembahan yang memberi peluang kepada ibu bapa untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka. Serta boleh menilai setiap pencapaian anak-anak mereka. Rekabentuk (Design) Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia merangkumi pandangan keseluruhan mengenai rekabentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. (Jamaluddin Harun, et. al, 2001). Pembangun perlu merekabentuk gaya penyampaian bahan pengajaran dan aktiviti berdasarkan teori pembelajaran sosial konstruktivisme serta pendekatan pengajaran yang bersesuaian. Sebelum merekabentuk, pembangun mestilah mengambil kira segala data-data analisis pada fasa pertama. Pembangunan (Developement) Projek ini perlu dibangunkan berdasarkan rekabentuk yang telah ditetapkan melalui fasa rekabentuk. Pembangunan ini merujuk kepada proses membangunkan web dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti perisian sumber terbuka Joomla!, pengarangan dan grafik. Bagi membangunkan laman web ini, pembangun menekankan penggunaan perisian bahasa pengarangan dan perisian grafik yang bersesuaian serta berupaya untuk memberi hasil yang diharapkan. Gabungan perisianperisian ini dapat menjadikan perisian yang dibangunkan lebih menarik, dinamik, interaktif dan efektif. Pelaksanaan (Implementation) Pelaksanaan merupakan fasa yang keempat menurut Rosset. Laman web yang telah dibangunkan perlu dipersembahkan untuk diuji keberkesanannya atau mengenalpasti masalah-masalah yang timbul secara tidak disedari sewaktu fasa rekabentuk dan pembangunan dalam fasa ini. Biasanya fasa pelaksanaan ini dilaksanakan dengan menggunakan sekumpulan pengguna yang menepati kriteria yang telah ditetapkan dalam fasa analisis. Daripada pemerhatian yang dilakukan, proses pembaikan atau pemulihan dapat dilaksanakan sebelum perisian yang sebenarnya dikeluarkan atau dibangunkan secara rasmi. Walaubagaimanapun untuk projek ini pembangun hanya menjadikan penyelia projek dan rakan-rakan sebagai pemerhati kepada projek ini. Penilaian (Evaluataion) Fasa ini melibatkan proses mendapatkan maklum balas daripada pengguna berkaitan isi kandungan, strategi, grafik, rekabentuk antaramuka dan sebagainya.. Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat manakala bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilai dari aspek kesan courseware terhadap pembelajaran dan maklum balas tentang penggunaan majalah web ini, pelbagai respons pelajar sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan atau apa sahaja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran. Penilaian formatif yang dilaksanakan. adalah berbentuk pemerhatian iaitu ulasan daripada penyelia dan juga rakan-rakan. Berdasarkan penilaian yang dibuat maka pembangun akan dapat membuat penyesuaian sekiranya perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa akan datang. Penilaian formatif dijalankan secara berterusan supaya perisian dapat dibaiki dari masa

ke semasa sebelum ianya siap sepenuhnya. Aspek yang dinilai secara formatif ini adalah berkaitan dengan isi kandungan, strategi penyampaian maklumat, penggunaan grafik, serta rekabentuk antaramuka laman yang digunakan. Penilaian ini juga bertujuan untuk memastikan segala unsur yang terdapat di dalam perisian ini adalah bersesuaian dengan tajuk yang dipilih atau tidak Penilaian sumatif juga dilaksanakan melalui satu soal selidik kepada pelajarpelajar sekolah menengah di dua buah sekolah di negeri Johor. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar setelah mereka menggunakan Dunia Matematik. Penilaian ini dilakukan oleh seorang pengkaji dari UTM yang ingin mengkaji keberkesanan majalah web ini. Lampiran I, J dan K menunjukkan jadual hasil soal selidik yang menggambarkan sokongan padu daripada pelajar sekolah menengah. Perbincangan Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan topik Sejarah dalam Matematik. Pembangun telah berjaya membangunkan majalah web matematik Dunia Matematik dalam topik Sejarah dalam Matematik sebanyak lima keluaran di mana pembangun telah meyediakan lima buah artikel tentang sejarah matematik. Walaupun pelbagai kekangan yang perlu dihadapi pembangun namun berkat tunjuk ajar pembimbing dan rakan-rakan, serta usaha dan doa yang berterusan, majalah web topic sejarah ini dapat dihasilkan dengan sepenuhnya. Dengan menggunakan perisian sumber terbuka sistem pengurusan kandugan Joomla!, majalah web ini mampu dihasilkan dengan lebih mudah. Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan topik Statistik Pembangun juga turut berjaya menghasilkan lima keluaran bagi topik Statistik. Segmen ini mempunyai banyak kekangan yang perlu dihadapi kerana masalah memperolehi sumber yang sangat terhad. Jadi pembangun perlu lebih berusaha gigih memperolehi maklumat yang sahih. Akhirnya pembangun berjaya menghasilkan lima artikel yang diperlukan untuk dimuatkan dalam majalah web matematik menggunakan perisian sumber terbuka Joomla!. Rumusan Di dalam bab ini telah membincangkan hasil kajian yang diperolehi secara ringkas mengenai majalah web inii. Majalah web ini akan menempa kejayaan sekiranyan hasil perancangan yang sempurna. Kualiti majalah yang baik dapat menjamin keberkesanan dalam menggalakkan pembelajaran yang aktif di kalangan pelajar. Masalah dan kekangan yang dihadapi perlu diatasi bagi memastikan produk yang lebih bermutu dan menepati kehendak pengguna dan seterusnya membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha penggunaan perisian terbuka Joomla! ini perlu dipergiatkan untuk menghadapi dunia penggunaan teknologi yang semaikin pesat membangun. Rujukan Abdul Latif Samian (1990), Sejarah Matematik. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd aziz Kulop (2000), Keberkesanan Penggunaan Bahan Pengajaran Multimedia Interaktif (BPMI) dalam Pengajaran. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin & Manimegalai Sulaiman (2001), Rekabentuk Pengajaran dan Pembangunan Perisian: Siri Modul Pembelajaran. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Boukottaya A. et. All (2003), A Layered Approach To Make Interoperable Web Based Learning Environments. ICOOL 2003: International Conference on Open and Online Learning. DABBAGH, N. dan Brenda B. R, (2005). Constructivist Based Pedagogical Models in Online Learning, Pearson Prentice Hall, US. Faisal Mohamad, Zuraidah Abdul Rahman dan Zarina Samsudin (2002), Epembelajaran: satu Pendekatan Inovatif dalam Instruksi. Kedah: Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Darulaman 2002. Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Venton Publishing Jaya Kumar C. Koran (Dis 2001), Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia : Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan: Siri 3. 21-31. Joomla! (Copyright 2005-2008). All Rights Reserved Web Hosting provided by Rochen Ltd.: Joomla! Accessibility Statement http://www.joomla.org/ Kelly L. (2000), A Mathematical History Tour. Mathematics Teacher: Vol. 93 Issue 1 Mohammad Khatim Hasan (2001). Pembelajaran Matematik Di Era Digital: Pendekatan dan Cabarannya. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan: Siri 3. 80-90. Mohammad Zaki b Hj Awang Mat (2001). Pemilihan dan Penilaian Sumber di Internet Universiti Putra Malaysia: Kursus Multimedia dan Teknologi Komunikasi, Mohini Mohamed (1976), Penggunaan Sejarah Matematik Bagi Pengajaran Matematik KBSM di Malaysia. Skudai: Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti Pendidikan Mohd Faizal bin Wahidin (2004), pembinaan Bahan Pengajaran Guru Yang Menyepadukan Unsur Sejarah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik KBSM. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Projek Sarjana Muda