TA N G G U N G J AWA B S O S I A L KO R P O R AT I N S T I T U T B I O S A I N S
LATAR BELAKANG CSR UNIT BIODIVERSITI Secara umumnya tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. CSR mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada Unit Biodiversiti,IBS dalam mempromosi produk. Menerusi program-program CSR yang akan dilaksanakan, usaha untuk memperkenalkan Unit Biodiversiti dan juga Taman Konservatori, IBS sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta mempelopori gerakan hijau dan mesra alam dapat dilaksanakan. Beberapa aktiviti kesedaran akan dianjurkan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam.
Beberapa modul telah dirangka bagi memperkenalkan Taman Konservatori, Institut Biosains sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta membudayakan amalan hijau dalam kehidupan sekaligus menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) untuk mengimbangi pelepasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus. Program penghijauan Taman Konservatori ini juga adalah sebahagian usaha menyokong aktiviti Go Green@UPM. Penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan turut akan mendapat kerjasama daripada badan-badan korporat gergasi tempatan mahupun antarabangsa serta institusi pengajian tinggi tempatan.
Jawatankuasa induk Penasihat Projek Pengerusi Ketua Projek Tim. Ketua Projek I Tim. Ketua Projek II
Jawatankuasa PELAKSANA Setiausaha Pengacara Majlis J/K Logistik/Infrastruktur J/K Promosi J/K Jemputan J/K Jamuan J/K Hadiah & Protokol J/K Kewangan J/K Senamrobik J/K ICT & Rakaman J/K Hiasan Pentas
AKTIVITI CSR UNIT BIODIVERSITI PROGRAM PENANAMAN POKOK PENAJAAN
PROGRAM PENANAMAN POKOK Taman Konservatori, IBS adalah sebuah kawasan pemuliharaan tumbuhan ex-situ yang mengumpulkan koleksi tumbuhan asli Malaysia. Berkonsepkan taman botani, taman ini mengandungi 11 zon utama yang dibahagikan kepada koleksi tumbuhan aroma, tumbuhan ubatan, ulaman, halia, periuk kera, orkid hutan, keladi, rempah ratus, aquatik, buahbuahan hutan dan paku-pakis. Dengan adanya koleksi-koleksi sebegini ianya membantu universiti untuk memajukan penyelidikan dalam sektor pertanian, farmaseutikal dan hasilan semulajadi sekaligus memulihara spesies asli daripada kepupusan. Atas konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) Unit Biodiversiti berhasrat menjalinkan jaringan kerjasama bersama syarikat korporat dan agensi yang berminat membangunkan Taman Konservatori, Institut Biosains dengan menjadikan taman tersebut sebagai taman angkat atau pokok angkat. Dalam Program Penanaman Pokok ini, pihak kami telah membangunkan beberapa Modul yang boleh dipilih sebagai salah satu aktiviti CSR iaitu UBD Floral Calendar.
Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti. Meraikan kepelbagaian dan kekayaan biodiversiti yang terdapat di Malaysia. Menerapkan nilai dan semangat pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti Mendekatkan program dan penyelidikan IIBS serta UPM kepada warga universiti, masyarakat setempat dan orang awam.
Meraikan kepelbagaian flora UBD Floral Calendar akan meraikan kepelbagaian Flora yang terdapat di dalam Taman Konservatori sebagai salah satu usaha untuk menghargai dan memulihara sumber biodiversiti tersebut. TEMA BULANAN Kepelbagaian Flora ini akan menjadi tema sambutan bulanan di dalam kalendar UBD Aktiviti Setiap flora yang dipilih menjadi tema bulanan UBD akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti kerja-kerja penanaman semula tumbuhan, membaikpulih habitat semulajadi, pemuliharaan tumbuhan, penanaman pokok secara gotong royong (Go Green), Kursus dan Bengkel berkaitan Tumbuhan, Jualan anak pokok, produk hasil ladang dan sebagainya. Aktiviti ini merupakan sebagai salah satu usaha UPM untuk memastikan kelestarian sumber semulajadi tersebut terpelihara.
01 Januari Tacca 07 Julai 02 Februari Rosa 08 Ogos Hibiscus 03 Mac Nephenthes 09 September Arundina 04 April Eurvcoma 10 October Vallaris 05 Mei Labisia 11 November Polianthes 06 Jun Jasminum 12 Disember Magnolia Cananga
Green 4 life Green theraphy Green exotic Menanam atau menyulam pelbagai spesis pokok bagi menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) iaitu untuk mengimbangi pelepasan karbon dioksoda sebanyak 40 peratus. Pokok yang akan ditanam melalui modul ini adalah tumbuhan umum. Menanam atau menyulam spesis tumbuhan wangian atau aromatik bagi tujuan memanfaatkan aroma tersebut (penghasilan minyak pati) selain dapat mewujudkan persekitaran yang menyenangkan dan menenangkan. Pokok yang akan ditanam melalui modul ini adalah pokok kenanga, kemboja, melati, nilam, sundal malam, serai wangi, limau purut dan sebagainya. Menanam atau menyulam spesis tumbuhan liar yang mana spesisnya sukar ditemui dan diancam kepupusan. Pokok yang akan ditanam melalui modul ini adalah seperti periuk kera, orkid hutan, paku pakis, dan sebagainya..
penajaan +603-8947 2175 / 2130 / 2198 +603-8947 2101 Hazwani_ar@upm.edu.my, julia_a@upm.edu.my
T e r i m a k a s i h