e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Similar documents
PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer TWO (2) questions. only.

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

EXAMINATION FOR THE DEGREE OF BACHELOR OF SCIENCE WITH EDUCATION PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

CLASSIFICATION OF MULTIBEAM SNIPPETS DATA USING STATISTICAL ANALYSIS METHOD LAU KUM WENG UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

PENGELASAN SOALAN PEPERIKSAAN BERLANDASKAN TAKSONOMI BLOOM MENGGUNAKAN N-GRAM DAN PENDEKATAN PERATURAN. Dellicia Tan Nazlia Omar

SCES2211/ SCES2241 : KIMIA ANALISIS I/ KIMIA ANALISIS ASAS ANALYTICAL CHEMISTRY I/ BASIC ANALYTICAL CHEMISTRY

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

SAVE MY KIDS: FAMILY LOCATOR AND GPS TRACKER APPLICATION

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

REKABENTUK BAHAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI PELAJAR DISKALKULIA

(This question paper consists of 12 questions on 6 printed pages) (Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan dalam 6 halaman yang dicetak)

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCES2242/ SCES2434/SIC2005 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

APLIKASI PEMPROSESAN IMEJ MENGGUNAKAN SCILAB

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/01. September/Oktober EAL 534/4 Perancangan Dan Dasar Pengangkutan

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

P U A N Z A I N A H B I N T I R U J I H A N ( P E N G A R A H, B A H A G I A N H U B U N G A N I N D U S T R I D A N K E B O L E H PA S A R A N ) P O

Katakunci : perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 9 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 9 printed pages)

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

SULIT 3472/1. Nama:.. Tingkatan: 3472/1 NO. KAD PENGENALAN Matematik Tambahan PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS DAN MATEMATIK 2009

Explain the differences between Geographical Information System (GIS) and other information system as the following:

MATHEMATICAL MODELLING OF UNSTEADY BIOMAGNETIC FLUID FLOW AND HEAT TRANSFER WITH GRAVITATIONAL ACCELERATION

CPT115 Mathematical Methods for Computer Sciences [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 13(2) 2017, Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

PENGGUNAN WEB GIS OLEH PIHAK BERKUASA PERANCANGAN : TINJAUAN KANDUNGAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN HAIZA WAHIDA BINTI HARON

SULIT 3472/1. Answer all questions. Jawab semua soalan.

(Kertas soalan ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 7 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 7 printed pages)

EFFECTS OF Ni 3 Ti (DO 24 ) PRECIPITATES AND COMPOSITION ON Ni-BASED SUPERALLOYS USING MOLECULAR DYNAMICS METHOD

FLOOD MAPPING OF NORTHERN PENINSULAR MALAYSIA USING SAR IMAGES HAFSAT SALEH DUTSENWAI

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI FORMULA MATEMATIK DI DALAM TELEFON PINTAR DI POLITEKNIK MELAKA Siti Farizah Binti Yaakub Politeknik Melaka (farizah@polimelaka.edu.my) Nor Azah Binti Mat Sout Politeknik Melaka Nur Faiizah Binti Ibrahim Politeknik Melaka ABSTRAK Aplikasi formula Matematik yang dibangunkan ini adalah untuk membantu pelajar dan juga pensyarah di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik khususnya bagi kursus Matematik Kejuruteraan dan Matematik Perniagaan di Politeknik. Aplikasi ini terdiri daripada formula Matematik Kejuruteraan dan Matematik Perniagaan yang perlu di muatnaik di dalam telefon pintar pensyarah dan pelajar. Dengan adanya aplikasi ini, ianya dapat membantu pensyarah dan pelajar mencari formula yang ingin digunakan dengan lebih mudah. Selain daripada itu, aplikasi ini juga dapat membantu pensyarah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik kuliah agar lebih menarik dan tidak membosankan pelajar. Di samping itu juga, aplikasi ini dapat membantu memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran mereka di rumah. Hasil daripada penggunaan aplikasi ini, prestasi pelajar dilihat adalah lebih baik. Perbandingan yang dibuat adalah bagi kursus Matematik Perniagaan (DPB 2033) dan Matematik Kejuruteraan 3 (DBM 3013) bagi sesi Disember 2015 dan sesi Jun 2016. Perbandingan yang dibuat adalah keputusan akhir semester (hasiltambah markah peperiksaaan akhir dan markah kerja kursus). Bagi kursus Matematik Kejuruteraan 3 (DBM 3013) sesi Disember 2015, tanpa menggunakan aplikasi ini, daripada 26 orang pelajar, mendapat gred A- hingga A+ adalah 11.5%, gred B- hingga B+ adalah 73.1% dan gred C- hingga C+ adalah 15.4%. Manakala bagi sesi Jun 2016 pula dengan menggunakan aplikasi ini, daripada seramai 36 orang pelajar, mendapat gred A- hingga A+ adalah 27.8%, gred B- hingga B+ adalah 30.6%, gred C- hingga C+ adalah 33.3%, gred D hingga D+ adalah 5.5% dan gred F adalah 2.8%. Manakala bagi kursus Matematik Perniagaan (DPB 2033), sesi Disember 2015 tanpa menggunakan aplikasi ini, daripada 32 orang pelajar, mendapat gred A- hingga A+ adalah 3.1%, gred B- hingga B+ adalah 12.5%, gred C- hingga C+ adalah 37.5%, gred D- hingga D+ adalah 37.5% dan gred E adalah 9.4%. Manakala bagi sesi Jun 2016 pula dengan menggunakan aplikasi ini, daripada seramai 31 orang pelajar, mendapat gred A- hingga A+ adalah 19.4%, gred B- hingga B+ adalah 32.3%, gred C- hingga C+ adalah 41.9%, gred D- hingga D+ adalah 3.2% dan gred E adalah 3.2%. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan aplikasi ini prestasi peperiksaan pelajar yang mendapat skor A adalah lebih baik. Kata kunci: Formula Matematik, Kejuruteraan, Perniagaan.

1. PENGENALAN Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini khususnya dalam bidang pendidikan. Dunia pendidikan hari ini tidak lagi bersifat konvensional malah berada di luar kotak dan menjangkau jauh ke hadapan serta dikelilingi persekitaran yang lebih terarah kepada teknologi maklumat dan telekomunikasi. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru mahupun pensyarah. Kini, teknologi mudah alih telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Perkembangan drastik dalam teknologi mudah alih telah menghasilkan satu revolusi baru dalam bidang pendidikan. Menurut DigitalBuzz (2011), 57% daripada penduduk dunia atau 1.08 bilion merupakan pengguna telefon pintar. Secara tidak langsung, peningkatan penggunaan telefon pintar masa kini menyumbang kepada peningkatan drastik terhadap jumlah aplikasi telefon pintar. Aplikasi telefon pintar adalah aplikasi yang dibangun dalam telefon pintar, tablet dan peranti mudah alih. Kebanyakan pembangun sistem operasi telefon pintar telah menyediakan platform yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi. Antara platform pengedaran aplikasi yang mencatat jumlah muat turun aplikasi tertinggi adalah Apple Store, Google Play, Blackberry, App World dan Windows Phone Store. Platform pengedaran aplikasi di Google Play mengkategorikan kepada 24 jenis aplikasi termasuklah pendidikan, sosial dan permainan. Dengan adanya aplikasi bagi kategori pendidikan, kini kaedah pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik dan efisyen selaras dengan perkembangan teknologi. Melalui perkembangan ini, aplikasi yang dibangunkan terutamanya dalam bidang pendidikan mula mendapat tempat dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar di pelbagai peringkat pengajian kerana ianya bukan sahaja memudahkan dan cepat malah dapat menjimatkan masa. Hal ini seiring dengan kehendak generasi muda hari ini yang dikenali sebagai golongan digital natives iaitu mempunyai tarikan semulajadi kepada teknologi (Prensky, 2001). 2. PERNYATAAN MASALAH Pada masa sekarang pembelajaran secara kuliah adalah satu cara yang membosankan pelajar. Dengan adanya aplikasi yang dapat membantu pembelajaran di dalam bilik kuliah dapat memudahkan pelajar mendapatkan maklumat dengan cepat dan proses pembelajaran yang berlaku dapat berjalan dengan lebih baik. Oleh yang demikian, kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu diterapkan di semua institusi pendidikan di negara ini agar dapat memberi impak yang baik kepada prestasi pelajar. Menurut kajian Zaidatun & Yap (2000), penggunaan bahan multimedia interaktif mampu menjadikan pembelajaran lebih mudah dan diminati. Dalam pemanfaatan aplikasi android di bidang pendidikan, tentunya dapat menguntungkan semua pihak termasuk pensyarah dan pelajar. Menurut Moore (2012), sejak peranti mudah alih ipad mula digunakan sebagai alat bantu pembelajaran interaktif di beberapa wilayah di Amerika, pembinaan aplikasi pembelajaran dan buku-buku digital menjadi semakin popular. Banyak aplikasi yang sudah dibuat dengan tujuan dijadikan sebagai bahan rujukan yang diperlukan oleh para pelajar. Namun begitu, aplikasi pendidikan dalam matematik masih kurang dibangunkan sedangkan permintaan semakin meningkat oleh pengguna telefon pintar. Oleh yang demikian, situasi ini memberikan inspirasi dan peluang kepada pengkaji melakukan inovasi untuk membangunkan aplikasi Matematik. Aplikasi Matematik dibangunkan untuk membantu memberi panduan kepada pelajar dan pensyarah untuk mendapatkan rumus dan

formula dengan tepat dalam pembelajaran matematik terutamanya bagi kursus matematik kejuruteraan serta kursus matematik perniagaan di Politeknik Melaka. 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah bagi: (a) Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan aplikasi formula Matematik dalam kalangan pelajar. (b) Mengenalpasti aplikasi ini dapat memudahkan pelajar untuk mencapai formula yang dikehendaki semasa proses P&P di dalam dan di luar kelas. (c) Mengenalpasti kesan aplikasi formula Matematik di dalam proses P&P. 4. KAJIAN LITERATUR Penggunaan telefon pintar semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar juga merupakan salah satu gajet telefon yang terkenal di seluruh dunia. Majoriti masyarakat dunia khususnya di negara maju dan membangun sudah mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar kerana harganya semakin murah. Terdapat empat jenama atau aplikasi telefon pintar yang ada di pasaran iaitu android, iphone, blackberry dan windows. Setiap jenama utama telefon pintar ini, menawarkan aplikasi yang berbeza dalam pelbagai bentuk, jenis dan citarasa. Antara fungsinya ialah pengaksesan maklumat, penghantaran data, penerimaan data, inframerah telefon ke telefon, keupayaan input abjad, permainan dan utiliti. Menurut kajian Chen (2014), sistem pengoperasian dalam telefon pintar bukan sahaja membolehkan pengguna membuat panggilan tetapi ia membolehkan pengguna memuat turun pelbagai jenis aplikasi. Stor aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar mempunyai pelbagai kategori aplikasi yang boleh dimuat turun. Pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing. Android adalah sistem operasi untuk peranti skrin sesentuh seperti telefon pintar atau komputer tablet yang berbasis Linux. Android menyediakan platform terbuka bagi para pengguna menciptakan aplikasi mereka sendiri yang memenuhi keperluan masing-masing. Justeru itu, ianya memberikan dimensi baru kepada bidang pendidikan di mana kaedah pengajaran dan pembelajaran akan lebih fleksibel. Namun begitu, menurut kajian yang dilakukan oleh Chong et. al (2005) guru-guru masih memerlukan banyak masa untuk belajar aplikasi yang lebih maju dan bagaimana untuk mengintegrasikan alatan ICT dalam pengajaran mereka. Salah satu halangan utama yang dihadapi oleh guru-guru matematik di Malaysia ialah tidak mencukupi masa dalam jadual waktu mereka untuk projek-projek yang berkaitan dengan ICT. Masalah ini boleh diselesaikan dengan adanya aplikasi dalam alat mudah alih yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih fleksibel dan menyediakan peluangpeluang baru untuk interaksi.

Melalui beberapa dapatan kajian juga mendapati bahawa ipad telah meningkatkan masa berkualiti pelajar dalam menyelesaikan tugasan (Benton, 2012), meningkatkan motivasi pelajar-pelajar yang lemah (Lisa, A.M., 2012), serta meningkatkan kemahuan untuk terus belajar (Sung & Mayer, 2013) terutama dalam kalangan generasi muda (Chen, 2013). 5. LATAR BELAKANG PROJEK Aplikasi ini mengandungi formula Matematik yang mengandungi formula-formula bagi Matematik Kejuruteraan dan Matematik Perniagaan. Antara formula yang terdapat di dalam formula Matematik Kejuruteraan adalah formula bagi Pembezaan, Pengamiran, Statistik dan Kebarangkalian, Matriks dan banyak lagi. Manakala bagi Matematik Perniagaan, formula yang terdapat di dalam aplikasi ini adalah Persamaan, Faedah dan Kalkulus. Formula ini amat berguna sebagai rujukan pelajar dan penyarah semasa proses pembelajaran berlangsung samada di dalam kelas atau di rumah. Rajah 1: Paparan Depan Aplikasi Rajah 2: Laman Utama Aplikasi

Rajah 3: Paparan Formula Matematik Kejuruteraan Rajah 4: Paparan Formula Matematik Perniagaan

Rajah 5: Paparan Formula Bagi Nombor Kompleks dan Skalar serta Vektor 6. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bahawa aplikasi yang dibangunkan oleh pengkaji dapat meningkatkan prestasi keputusan akhir pelajar dalam kursus Matematik, membantu pensyarah Matematik menjalankan proses P&P dengan lebih mudah dan berkesan semasa di dalam bilik kuliah dan memudahkan pelajar untuk mencapai formula yang dikehendaki semasa proses P&P di dalam dan di luar kelas. Rekabentuk kajian yang dijalankan ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan dokumen berekod sebagai alat kajian iaitu dengan menganalisis keputusan akhir pelajar di Politeknik Melaka. Selain itu, kaedah pemerhatian juga turut dilakukan di dalam kelas semasa sesi kuliah. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka bagi sesi Disember 2015 dan sesi Jun 2016. Kajian dijalankan dengan melihat prestasi keputusan akhir semester (hasil tambah markah peperiksaaan akhir dan markah kerja kursus) bagi kursus Matematik Kejuruteraan 3 (DBM3013) untuk pelajar Jabatan Mekanikal manakala kursus Matematik Perniagaan (DPB2013) untuk pelajar Jabatan Perdagangan. Bagi sesi Disember 2015 keputusan diambil bagi 26 (DKM) dan 32 (DPI) orang pelajar manakala bagi sesi Jun 2016 adalah seramai 36 (DKM) dan 31 (DPI) orang pelajar. Aplikasi formula Matematik ini digunakan hanya pada pelajar bagi sesi Jun 2016. 7. ANALISIS DAN KEPUTUSAN Hasil perbandingan yang dibuat adalah keputusan peperiksaan akhir (hasiltambah markah peperiksaan akhir dan markah penilaian berterusan) bagi modul dimana keputusan akhir sesi Disember 2015 dan Jun 2016 dibandingkan. Keputusan peperiksaan akhir (hasiltambah markah peperiksaan akhir dan markah penilaian berterusan) ini amat sesuai di buat perbandingan kerana tahap soalan adalah sama dan mengikut course learning outcome (CLO) yang sama setiap semester. Bagi sesi Disember 2015 proses P&P bagi modul ini tidak menggunakan aplikasi

PERATUSAN e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 formula Matematik, manakala bagi sesi Jun 2016 proses P&P menggunakan aplikasi formula Matematik. Hasilnya, terdapat perbezaan dari segi keputusan dimana terdapat penambahbaikkan seperti yang tertera di jadual bawah. Jadual 1: Jadual Perbandingan keputusan akhir (DBM3013) sesi Dis 2015 dan Jun 2016 SESI PENGAJIAN DIS 2015 JUN 2016 A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F TOTAL 0 0 3 5 8 6 4 0 0 0 0 0 0 0 26 0% 0% 12% 19% 31% 23% 15% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 100% 1 3 6 2 3 6 5 5 2 2 0 0 0 1 36 3% 8% 17% 6% 8% 17% 14% 14% 6% 6% 0% 0% 0% 3% 100% Jadual 2: Jadual Perbandingan keputusan akhir (DPB2013) sesi Dis 2015 dan Jun 2016 SESI PENGAJIA N DIS 2015 JUN 2016 A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F TOTA L 0 0 1 0 1 3 6 4 2 5 7 3 0 0 32 0 0 19 13 6 16 22 9 0 0 0% 3% 3% 9% % % % % % % % % % % 100% 0 3 3 2 4 4 4 7 2 1 0 1 0 0 31 0 10 10 6 13 13 13 23 6 3 0 0 3% 0% % % % % % % % % % % % % 100% PERBANDINGAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS DBM3013 MENGIKUT SEMESTER 35% 30% 31% 25% 23% 20% 15% 10% 5% 0% 19% 17% 17% 15% 14% 14% 12% 8% 8% 6% 6% 6% 3% 3% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F GRED DIS 2015 JUN 2016 Rajah 6: Perbandingan keputusan peperiksaan akhir (DBM3013) sesi Dis 2015 dan Jun 2016

7 6 5 4 3 2 1 0 7 7 6 5 4 4 4 4 3 3 3 3 2 2 2 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F Rajah 7: Perbandingan keputusan peperiksaan akhir (DPB2013) sesi Dis 2015 dan Jun 2016 Daripada keputusan peperiksaan membuktikan bahawa penggunaan aplikasi formula Matematik ini telah meningkatkan kualiti keputusan yang diperolehi pelajar. Ini dapat dilihat dari segi peratusan pelajar yang mendapat skor A di dalam kursus DBM3013 iaitu meningkat dari 12% kepada 28%. Manakala bagi kursus DPB2013, pelajar yang mendapat skor A di dalam kursus ini meningkat dari 3% kepada 20%. Selain daripada itu, dari pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati pelajar dan pensyarah dapat menggunakan aplikasi formula Matematik ini dengan baik di dalam kelas. Pelajar juga tidak perlu mencari formula yang dikehendaki dari sumber yang lain semasa sesi P&P. Disamping itu, pelajar juga dilihat dapat mengakses aplikasi ini dengan mudah kerana hampir semua pelajar memiliki telefon pintar. Pelajar juga dapat menggunakan aplikasi ini bagi kursus-kursus lain yang menggunakan pengiraan matematik. Ini dilihat bahawa aplikasi ini dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam P&P mereka agar lebih cekap dan efisien. Penggunaan aplikasi ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kreatif dan inovatif. 8. KESIMPULAN DIS 2015 JUN 2016 Hasil dari keputusan peperiksaan akhir menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian keputusan pelajar bagi kursus DBM3013 dan DPB2013. Prestasi pelajar yang mendapat keputusan A didapati menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada sesi Jun 2016 berbanding pada sesi Dis 2015. Penggunaan aplikasi Formula Matematik dilihat memberikan impak yang positif kepada pelajar. Hal ini menunjukkan, penggunaan aplikasi Formula Matematik dapat membantu mereka khususnya ketika mencari bahan rujukan terutamanya formula yang ingin digunakan dalam sesi pembelajaran. Penggunaan aplikasi ini juga dapat membantu pelajar ketika membuat ulangkaji pelajaran di dalam bilik kuliah atau di rumah. Di samping itu, aplikasi ini wajar dilihat dari perspektif positif supaya pelajar mendapat lebih banyak manfaat untuk kejayaan dalam akademik terutamanya dalam pendidikan matematik di peringkat Politeknik Melaka.

RUJUKAN Auzar, (2012) Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 12(2): 629-644 Benton, B. K. (2012). The IPad as an instructional tool: An examination of teacher implemention experiences. University of Arkansas. Chen X.Y (2014). Pembangunan Aplikasi Tugasan Sistem Berasaskan Platform Android : Presoft(M) Sdn Bhd. Universiti Kebangsaan Malaysia. Chong C. K., S. Horani and J. Daniel, A Study on the Use of ICT in Mathematics Teaching, Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), vol. 2, No. 3, pp. 43-51, December 2005. DigitalBuzz., 2011. Infographic: Mobile statistics, stats & facts 2011. (online). Available from http://www.digitalbuzzblog.com/2011-mobile-statistics-stats-facts-marketing-infographic/. Lisa, A.M., W. (2012). The Motivational Effects of Using Mobile Devices in Mathematics Classroomsby Students with Exceptionalities. University of Ontario Institute of Technology. Moore, A. F. (2012). Piloting the ipad : A Case Study Evaluation in a K-12 School District by.wilmington University. Prensky, M. (2001). Digital Natives, Digital Immigrants Part 1. On the Horizon, 9(5), 1 6. Slavin, G.W. (1990). Effect of Computer Based Teaching on Secondary School Student. Journal of Educational Psychology. 75(1) 19-26 Sung, E., & Mayer, R. E. (2013). Online multimedia learning with mobile devices and desktop computers: An experimental test of Clark s methods-not-media hypothesis. Computers in Human Behavior, 29(3), 639 647. Traxler, J. (2007). Defining, Discussing and evaluating mobole learning: the moving writes and having writ. International Review of Research in Open and Distance Leraning, 8(2): 1492-3831 BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS 1. Siti Farizah Binti Yaakub berasal dari Melaka. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2004 dan Ijazah Sarjana Sains (Matematik Kejuruteraan) juga dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2015. Mempunyai kepakaran di dalam bidang matematik di Politeknik dan telah mengajar lebih dari 10 tahun di Politeknik.

2. Nor Azah binti Mat Sout berasal dari Selangor. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2008. Mempunyai kepakaran di dalam bidang kejuruteraan elektrik di Politeknik dan telah mengajar lebih dari 8 tahun di Politeknik. 3. Nur Faiizah Binti Ibrahim berasal dari Negeri Sembilan. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Matematik Komputasi) dari Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2006 dan sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Operational Research) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Mempunyai kepakaran di dalam bidang Matematik Perniagaan di Politeknik dan telah mengajar selama 10 tahun di Politeknik.