APLIKASI MUDAH ALIH PENJAGAAN POSTPARTUM DAN BAYI (emumcare)

Similar documents
APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

APLIKASI WI-FI HOTSPOT BERBAYAR MOHD AKMAL BIN ABDUL RAHIM NOR EFFENDY OTHMAN. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

SAVE MY KIDS: FAMILY LOCATOR AND GPS TRACKER APPLICATION

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

APLIKASI PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN PENGGUNAAN INTERNET ANAK-ANAK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

APLIKASI PENYUSUAN SUSU IBU SIMANJA.COM

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 352 REKABENTUK MEKATRONIK II

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM LATIHAN MENYELAMAT KETIKA KECEMASAN RENJATAN

PORTAL MENGURUS BAHAN PEMBUANGAN KITAR SEMULA. Nur Athirah binti Irham Dr Amirah binti Ismail

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

APLIKASI DIAGNOS PENYAKIT CILI. Tang Hui Bee Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

DEVELOPMENT OF GRAPHICAL USER INTERFACE (GUI) FOR BEARING FAULT DETECTION SYAHIDAH NAFISA BTE ABDUL MALIK

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

APLIKASI PEMPROSESAN IMEJ MENGGUNAKAN SCILAB

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

EMH 211 Thermodynamics [Termodinamik]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

SCES2250 : SPEKTROSKOPI MOLEKUL & INTERPRETASI MOLECULAR SPECTROSCOPY INTERPRETATION

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

PENGELASAN SOALAN PEPERIKSAAN BERLANDASKAN TAKSONOMI BLOOM MENGGUNAKAN N-GRAM DAN PENDEKATAN PERATURAN. Dellicia Tan Nazlia Omar

MAT 223 DIFFERENTIAL EQUATIONS I [Persamaan Pembezaan I]

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

EME 451/3 Computational Fluid Dynamics Pengkomputeran Dinamik Bendalir

EMH 211 Thermodynamics [Termodinamik]

SCES3362 : TEKNIK-TEKNIK INSTRUMENTASI DALAM KIMIA INTRUMENTAL TECHNIQUES IN CHEMISTRY

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

SCES2242/ SCES2434/SIC2005 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

TEORI KETUMPATAN BERFUNGSI

Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

APLIKASI PERANCANGAN PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID (etourism) Nur Fatihatul Jannah Binti Nordin Dr. Ibrahim Mohamed

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

SCES2242/ SCES2434 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

NUMERICAL SOLUTION OF MASS TRANSFER TO MICROPOLAR FLUID FLOW PAST A STENOSED ARTERY NUR SYAFIQAH BINTI A. SAMAD

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

INFLUENCE OF RAINFALL ON THE CAPACITY OF SINGLE CARRIAGEWAY IN MALAYSIA HASHIM MOHAMMED ALHASSAN

MGM551 - Operations Research [ Penyelidikan Operasi]

PANITIA BIOLOGI DAERAH SEPANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIOLOGI KERTAS 3 Satu jam tiga puluh minit

EXAMINATION FOR THE DEGREE OF BACHELOR OF SCIENCE WITH EDUCATION PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

CLASSIFICATION OF MULTIBEAM SNIPPETS DATA USING STATISTICAL ANALYSIS METHOD LAU KUM WENG UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Pembuatan (Manufacturing Process)

MSG 356 Mathematical Programming [Pengaturcaraan Matematik]

Section A [28 marks / markah] Answer all question Jawab semua soalan

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF A SPATIOTEMPORAL DATA MODEL FOR MANAGEMENT AND VISUALIZATION OF SURFACE MOVEMENT DATA

LAPORAN TAHUNAN ANNUAL REPORT 2002

CPT115 Mathematical Methods for Computer Sciences [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

Transcription:

APLIKASI MUDAH ALIH PENJAGAAN POSTPARTUM DAN BAYI (emumcare) NUR SYAHIRAH AZMI IBRAHIM MOHAMED Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Perkataan postpartum atau postnatal atau lebih dikenali sebagai proses berpantang sering diambil ringan. Kesan daripada penjagaan yang tidak sempurna itulah yang mendorong kepada gangguan emosi yang teruk juga dikenali sebagai meroyan atau postpartum depression. Imunisasi adalah sangat penting dalam pertahanan tubuh bayi yang baru lahir. Masalah timbul apabila sesetengah ibu bapa sering lupa atau terlepas suntikan imunisasi yang telah dijadualkan oleh kerana kesibukan bekerja. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi mudah alih di mana pengguna boleh menjadikan aplikasi ini sebagai satu panduan mengenai penjagaan dari minggu pertama hingga ke minggu terakhir tempoh berpantang dan juga menyediakan maklumat mengenai jadual suntikan imunisasi. Berdasarkan situasi pada masa kini, kebanyakan ibu-ibu muda selalu mengharapkan golongan tua untuk memberikan panduan kepada mereka untuk melalui proses penjagaan selepas bersalin. Selain itu, kes terlepas jadual suntikan untuk bayi juga sering berlaku. Oleh itu, untuk menangani masalah tersebut sebuah aplikasi penjagaan postpartum dan bayi, emumcare dibangunkan. Projek ini mencadangkan sebuah aplikasi yang mempunyai maklumat dan juga panduan buat ibu selepas bersalin dan juga jadual imunisasi bayi yang boleh diikuti oleh ibu bapa supaya tidak terlepas. Tambahan pula, projek ini juga berperanan sebagai tempat semakan samada ibu mempunyai temujanji bersama doktor pada tarikh-tarikh tertentu. Ini kerana doktor juga terlibat dalam penggunaan aplikasi ini. Di mana doktor boleh menetapkan temujanji bersama ibu yang terlibat pada lokasi, masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Pembangunan aplikasi ini melibatkan penggunaan perisian Android Studio dan pangkalan data MySQL dalam membangunkan aplikasi penjagaan postpartum dan bayi (emumcare) dan hasil produk aplikasi ini akan dipersembahkan di dalam telefon pintar. 1 PENGENALAN Postpartum atau postnatal adalah satu proses penjagaan ibu selepas bersalin. Penjagaan ini sangatlah penting dalam perkembangan tumbesaran anak dan juga kesihatan ibu. Ramai yang memandang enteng mengenai perkara ini dan memikirkan bahawa ianya hanya melibatkan penjagaan biasa. Penjagaan untuk para ibu yang melahirkan secara biasa atau secara pembedahan juga berbeza. Menurut (Zubaidi Ahmad 2012) wanita yang baru melahirkan secara pembedahan cesarean perlu menunggu antara 18-24 bulan untuk hamil semula bagi membolehkan proses penyembuhan pada rahim dan proses penggantian semula darah yang hilang semasa pembedahan ini.

Oleh itu, penjagaan selepas bersalin atau postnatal amatlah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan juga perkembangan bayi tersebut. Di Malaysia, penjagaan selepas bersalin pada gologan ibu muda agak dipandang ringan. Ada diantaranya yang tidak mengetahui cara untuk menguruskan diri selepas bersalin dan itu antara salah satu penyebab kaum ibu mengalami tekanan postnatal atau dikenali sebagai meroyan. Ada sesetengah kes di mana kaum ibu yang selepas bersalin tiada tempat untuk dirujuk dan akhirnya memilih untuk menggunakan khidmat selepas bersalin yang ditawarkan di pasaran yang tujuan asalnya hanya untuk mengaut untung tanpa mengetahui implikasi yang mungkin akan timbul dalam jangka masa yang lama. Imunisasi juga adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio (Khoo Yoong Khean 2015). Sering dilaporkan bahawa ada sesetengah ibu bapa yang menolak anak mereka daripada menerima suntikan imunisasi ini dan tindakan tersebut boleh membahayakan kesihatan bayi mereka. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. 2 PERNYATAAN MASALAH Kesedaran dalam penjagaan postnatal amatlah penting untuk mengelakkan daripada berlakunya tekanan postpartum atau dikenali sebagai meroyan. Antara punca terjadinya meroyan adalah daripada tekanan penjagaan anak, tiada sokongan masyarakat dan status ekonomi sosial yang rendah. (O hara, & Swain 1996) Ibu bapa muda kini kebanyakannya kurang pendedahan dan juga tiada tempat rujukan secara terus dan sahih berkaitan dengan penjagaan selepas bersalin bagi ibu dan juga bayi tersebut. Antara salah satu strategi yang diperlukan untuk menangani tekanan postpartum ini adalah dengan mencari sokongan dari segi sokongan emosi atau sokongan peralatan. (Goldberg 2016) Selain itu, kebanyakkan kes berlaku dimana bayi yang berumur setahun ke bawah lebih terdedah kepada jangkitan penyakit atau bakteria kerana antibodi mereka masih lemah oleh itu suntikan imunisasi sangat diperlukan tetapi malangnya ramai ibu bapa yang terlupa temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor atau kadangkala terlepas suntikan imunisasi yang harus dilakukan secara berkala dan ianya penting untuk melindungi kesihatan bayi tersebut.

3 OBJEKTIF KAJIAN Pembangunan aplikasi ini adalah bertujuan untuk membantu para ibu baru atau golongan ibu yang berada jauh dari orang tua untuk mendapatkan panduan penjagaan selepas bersalin secara teliti. Selain itu, aplikasi ini juga bertujuan memudahkan golongan ibu dan bapa menyemak temujanji yang ditetapkan oleh doktor dan juga untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual suntikan imunisasi untuk bayi. Kertas ini membincangkan mengenai pembangunan projek aplikasi mudah alih penjagaan postpartum dan bayi dan meneliti setiap proses yang berlaku sepanjang proses pembangunan. Penjagaan ibu selepas bersalin dari minggu pertama hingga minggu terakhir dan senarai jadual imunisasi dan juga aplikasi ini dpat menunjukkan senarai temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. 4 METOD KAJIAN Model pembangunan yang digunakan untuk membangunkan projek ini adalah berdasarkan Mobile Application Development Lifecycle (MADLC). MADLC ini sama dengan System Development Lifecycle (SDLC) tetapi MADLC lebih tertumpu kepada pembangunan aplikasi mudah alih. Model MADLC ini sesuai dijadikan sebagai methodologi untuk pembangunan aplikasi ini kerana MADLC mengambil kira penggunaan bateri, meminimakan antara muka fizikal dan penggunaan memori untuk aplikasi tersebut. (Tejas Vithani,Member 2014) 4.1 Fasa pengenalpastian Dalam fasa pengenalpastian ini, berlakunya proses analisis dan pengumpulan data berdasarkan penggambaran masalah dan perubahan yang dicadangkan oleh pengguna. Keperluan pengguna dan keperluan aplikasi antara element yang penting dalam fasa ini. Melalui fasa ini, kesemua keperluan samada dalam bentuk temubual atau soal selidik dan juga jangka masa yang diperlukan untuk membangunkan aplikasi ini direkodkan.

Proses pengenalpastian termasuklah dengan mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai cara berpantang jika proses kelahiran dijalankan secara biasa atau secara pembedahan melalui pengalaman ibu selepas bersalin. Mendapatkan maklumat mengenai jadual dan jenis suntikan imunisasi yang diberikan pada bayi berusia 0-2 tahun mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia. Akhir sekali, mengenalpasti perisian yang akan digunakan untuk membangunkan aplikasi emumcare ini. 4.2 Fasa mereka bentuk Fasa ini lebih menumpukan kepada fungsi utama pembangunan aplikasi berdasarkan data dan analisis yang telah dikenalpasti di fasa sebelumnya. Pada fasa ini yang paling penting adalah penghasilan papan cerita untuk interaksi antara muka pengguna yang menceritakan mengenai aliran aplikasi emumcare ini. Dengan adanya papan cerita untuk aliran aplikasi ini boleh memudahkan lagi kefahaman bagi pihak pelanggan. 4.3 Fasa pembangunan Di dalam fasa ini, berlakunya pengekodan untuk aplikasi emumcare dengan menggunakan java sebagai bahasa pengaturcaraan dan XML sebagai mark-up language. Manakala perisian yang digunakan adalah Android Studio dan Genymotion. Berdasarkan papan cerita yang telah dihasilkan, aturcara untuk fungsi-fungsi dan antara muka pengguna dijalankan secara serentak. 4.4 Fasa prototaip Apabila berada di fasa prototaip kesemua fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi dianalisis. Kemudian, prototaip ini akan diuji dan dihantar kepada pelanggan untuk maklum balas. Jika terdapat sebarang penambahan daripada maklum balas tersebut akan dilaksanakan melalui sebelumnya iaitu fasa pembangunan. Apabila prototaip yang kedua dihasilkan, diuji dan dihantar semula kepada pelanggan. Proses pembangunan, prototaip dan pengujian berulang sehingga prototaip terakhir diterima oleh pelanggan untuk maklum balas terakhir.

4.5 Fasa pengujian Fasa pengujian adalah fasa yang paling penting dalam semua model pembangunan kitar hayat. Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti. Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong pembangunan projek aplikasi mudah alih emumcare. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak tepat boleh menjejas hasil projek. Senarai spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadang untuk menghasil aplikasi mudah alih emumcare adalah seperti berikut: i) Sistem Pengoperasian: Microsoft Windows 7 Ultimate ii) Pemprosesan : Intel Core i3 iii) Ruang Cakera Keras (Harddisk): 3GB atau ke atas iv) Ingatan Cakera Rawak (RAM) : 4GB atau ke atas v) Kad Grafik : NVIDIA GeForce GT 720M atau ke atas vi) Telefon pintar berplatform Android yang menggunakan API 23 dan ke atas. Pembangunan aplikasi emumcare ini memerlukan penghasilan yang lancar dan menepati keperluan pengguna oleh itu perisian Android Studio telah diplih untuk membangunkan aplikasi emumcare ini. Android Studio adalah sebuah IDE untuk Android Development yang diperkenalkan google pada acara Google I/O 2013. Android Studio merupakan pengembangan dari Eclipse IDE, dan dibuat berdasarkan IDE Java popular, iaitu IntelliJ IDEA. Android Studio merupakan IDE rasmi untuk pengembangan aplikasi Android. (Company 2010) 4.6 Fasa penyelenggaraan Fasa penyelenggaraan adalah fasa terakhir dalam model ini dan maklum balas yang diterima daripada pengguna iaitu kaum ibu dan jika memerlukan perubahan samada dalam bentuk antara muka terbaru, keselamatan dan penambahan fungsi dibuat dalam bentuk bug fixed atau penambahbaikan.

5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan aplikasi mudah alih emumcare. Penerangan yang mendalam mengenai pembangunan aplikasi dan reka bentuk aplikasi mudah alih emumcare akan dibincangkan. Fasa pembangunan adalah fasa yang penting dalam pembangunan projek. Dalam projek ini, perisian Android Studio digunakan untuk membangunkan aplikasi yang berdasarkan platform Android. Setiap rekabentuk yang direka diberikan fungsi-fungsi yang bersesuaian untuk menepati keperluan pengguna. Reka bentuk dan fungsi aplikasi emumcare oleh diuji di telefon pintar yang mempunyai platform Android. Secara umumnya aplikasi emumcare ini mempunyai 2 pengguna utama iaitu Ibu dan juga Doktor. Ibu boleh melihat panduan penjagaan postpartum hingga minggu terakhir, menyemak jadul imunisasi bayi dan juga semakan jadual temujanji. Manakala, Dr boleh menetapkan temujanji dan menyemak temujanji yang telah ditetapkan. Antaramuka utama bagi aplikasi emumcare adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2 merupakan antaramuka untuk Log Masuk dan Pendaftaran. Pemilihan pengguna diperlukan supaya tidak menelirukan pengguna.

Rajah 1 Antaramuka utama aplikasi emumcare Rajah 2 Antaramuka Log Masuk dan Pendaftaran

Log masuk adalah satu komponen yang penting untuk memastikan maklumat yang disimpan di dalam aplikasi itu selamat dan tidak terdedah kepada sesiapa. Pengekodan di bahagian pendaftaran dan log masuk pengguna adalah rumit dan mengambil masa yang panjang. Setelah pendaftaran berjaya, pengguna perlu log masuk ke dalam aplikasi untuk mengesahkan bahawa akaun baru telah dicipta. Rajah 3 merupakan halaman utama pengguna, ibu (a) dan doktor (b). a) Ibu b) Doktor Rajah 3 Antaramuka halaman utama pengguna Fungsi utama apliksi emumcare ini adalah memaparkan modul penjagaan, jadual imunisasi dan juga penetapan temujanji oleh doktor. Rajah 4 menunjukkan antaramuka pengguna untuk fungsi tetapan temujanji manakala Rajah 5 menunjukkan antaramuka untuk fungsi paparan jadual imunisasi dan tindakan samada sudah mendapatkan suntikan tersebut atau belum.

Rajah 4 Antaramuka pengguna tetapan temujanji Rajah 5 Antaramuka modul imunisasi

6 KESIMPULAN Aplikasi mudah alih emumcare ini dijangka dapat membantu masalah tiada maklumat yang sahih dalam penjagaan postpartum atau terlepas jadual suntikan imunisasi atau tetapan temujanji bersama doktor. Aplikasi ini memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan ibu dan bayi. Aplikasi ini dapat memudahkan lagi para ibu untuk mencari rujukan yang mudah dan tepat ini kerana semua info yang terdapat di dalam aplikasi ini dirujuk terus dengan doktor pakar sakit puan yang bertauliah. Oleh itu, diharapkan dengan adanya aplikasi ini dapat mengurangkan penyakit-penyakit yang tidak dijangka semasa tempoh selepas bersalin dan juga dapat mebantu ibu bapa dalam memastikan jadual penerimaan suntikan imunisasi bayi sentiasa dipatuhi. Penggunaan Android Studio dalam projek ini dapat memudahkan kerja pembangunan dan rekabentuk aplikasi emumcare. Fungsi yang mesra pengguna di dalam perisian Android Studio mencepat dan memudahkan lagi proses pembangunan aplikasi mudah alih ini. Kekurangan pengetahuan dalam penggunaan perisian ini menyebabkan banyak tutorial dan latihan dilakukan untuk menyempurnakan projek ini.

RUJUKAN Company, G. 2010. Android Studio Overview Android Developers. Google,. http://developer.android.com/tools/studio/index.html Goldberg, F. J. 2016. Postpartum Depression: Symptoms, Risks, Types. http://www.webmd.com/depression/guide/postpartum-depression#3-9 [10 October 2016]. Khoo Yoong Khean. 2015. Program Imunisasi di Malaysia Lai Siew Shyuan The Malaysian Medical Gazette. http://www.mmgazette.com/program-imunisasi-di-malaysia-lai-siewshyuan/ O hara, M. W. & Swain, A. M. 1996. Rates and risk of postpartum depression a meta-analysis. International Review of Psychiatry, 8(1), 37 54. doi:10.3109/09540269609037816 Tejas Vithani,Member, I. and A. K. 2014. Modelling the Mobile Application Development Lifecycle. Proceedings of the International MultiConference of Engineers and Computer Scientists, Vol I(March 12-14), 1 5. Zubaidi Ahmad. 2012. Kehamilan Semula Selepas Pembedahan Caesarean Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis. http://drzubaidi.com/blog/kehamilan-semula-selepas-pembedahancaesarean/ [10 October 2016].