PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA

Similar documents
PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK NADIAH BT MOHD TAHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK HASIL SUMBANGAN EUCLID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK JACINTA EMILY ANAK CHARLES RIAM

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM PENYELESAIAN PERSAMAAN KUADRATIK, PUNCA KUASA DUA DAN PUNCA KUASA TIGA NATASHA BINTI DOLZAKIPI

PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI - KECERDASAN LOGIK MATEMATIK.

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

MASALAH STURM LIOUVILLE DAN PENGGUNAANNYA DALAM MASALAH-MASALAH KHUSUS YANG LAIN SOH MEN CHEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK BAGI NOMBOR NEGATIF DI SEKOLAH MENENGAH RENDAH MUHAMMAD ASYRAF BIN ASBULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

ANALISIS ITEM SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2003, 2004, 2005 DAN 2006 MENGIKUT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM MENENTUKAN NILAI PI DAN KEBARANGKALIAN HERLINDA BINTI ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)

MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PENGUTARAAN MASALAH MATEMATIK - SATU KERANGKA TEORI

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

Satu Pengalaman Di Malaysia

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

FRAGMENT REWEIGHTING IN LIGAND-BASED VIRTUAL SCREENING ALI AHMED ALFAKIABDALLA ABDELRAHIM

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

P U A N Z A I N A H B I N T I R U J I H A N ( P E N G A R A H, B A H A G I A N H U B U N G A N I N D U S T R I D A N K E B O L E H PA S A R A N ) P O

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

PENGAKUAN. Tandatangan : : Nurul Fareha binti Ahmad Khairon. No. Matriks : EDMB : Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

Uncertainty Evaluation for the Measurement of Gauge Block by Micrometer.

Strategi-Strategi Pemahaman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan dalam Kursus Statistik 1 SITI HAJJAR BINTI MOHD KHALID

Pakej E-Learning UPSR Matematik

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A. Ini adalah satu kajian bertajuk Penerapan Metakognisi dalam kalangan murid tingkatan empat

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

. PIRPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TAJUK PENGHILANG GELEMBUNG DAN KANCING BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK WAN ROSMARIAH BINTI NIK MUSTAPHA

MUZIUM SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH KAJIAN KES: MUZIUM KOTA TINGGI, JOHOR. Roniza Binti Norrani 39610

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

APLIKASI PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN PENGGUNAAN INTERNET ANAK-ANAK

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. This paper contains two sections, Section A and Section B.

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Answer the questions according to the instructions given in each section.

Faculty of Cognitive Science and Human Development

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

Explain the differences between Geographical Information System (GIS) and other information system as the following:

Ucaptama. Abstrak. Kajian dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca

Proses Pendidikan Muzium: Satu Kajian Awal

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

PENGGUNAN WEB GIS OLEH PIHAK BERKUASA PERANCANGAN : TINJAUAN KANDUNGAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN HAIZA WAHIDA BINTI HARON

Transcription:

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2008

iii Teristimewa untuk insan insan tersayang... Untuk suami tercinta Che Azman Che Zan Yang banyak memahami, berkorban dan memberikan semangat serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini. Untuk almarhum ayahanda tercinta Mat Isa bin Darus. Al Fatihah Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda Amin Untuk bondaku Maimunah binti Md Rejab serta kekanda-kekanda dan adinda-adindaku, Maisandora, Maisarah, Masrina, Muslihah, Mustaqim dan Muntasir Untuk teman teman seperjuangan, Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu. Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku Golongkanlah kami ke dalam golongan orang orang bersyukur Amin

iv PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Illahi dengan limpah dan kurnianya mengizinkan saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Semoga dengan usaha saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkenaan serta mampu memberikan maklumat yang berguna kepada sesiapa jua. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah pembimbing yang dihormati PM Dr. Zaleha binti Ismail dan En. Mohd Khalid bin Kasmin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, teguran yang positif, cadangan dan bimbingan dalam menyiapkan projek ini. Terima kasih juga kepada para pensyarah dan staf UTM yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan. Tanpa bantuan dan sokongan kalian, tidak mampu rasanya untuk saya menyempurnakan projek ini. Kepada suami, ibu serta seluruh ahli keluarga yang tersayang, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Sokongan, tiupan semangat serta iringan doa kalian amat beerti buat saya. Tanpa kalian, adalah mustahil untuk saya berpeluang belajar di UTM serta menyiapkan projek ini. Sekian, terima kasih..

v ABSTRAK Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti audio, video dan hiperlink. Majalah web Dunia Matematik dibangunkan bertujuan menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan. Dunia Matematik ini dibangunkan menggunakan perisian Joomla! 1.5 sebagai perisian utama dan proses pembangunannya berteraskan model ADDIE dan menggunakan pendekatan Sosial Konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina semasa aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Dunia Matematik diterbitkan sekali pada setiap bulan dan mengandungi ruang utama iaitu Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan Pelajari matematik. Namun begitu, fokus projek ini membincangkan dua ruang utama Dunia Matematik iaitu Kerjaya dalam Matematik dan Tokoh Matematik. Dalam lima isu yang telah diterbitkan, ruangan kerjaya berkisar tentang kejuteraan aeroangkasa, arkitek, perguruan dan aktuari serta kelayakan yang diperlukan untuk menceburi bidang ini. Selain itu, tokoh tokoh matematik yang banyak memberi sumbangan dipilih dan diketengahkan untuk menjadi sumber inspirasi kepada pembaca. Kedua-dua ruangan ini mempunyai ruangan komen yang memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi sesama rakan, guru dan pembangun. Terdapat pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video diterapkan di dalam majalah web ini supaya ia menjadi lebih menarik. Diharapkan dengan wujudnya majalah web matematik ini ia dapat memupuk semangat menghargai matematik dan memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada pelajar.

vi ABSTRACT The electronic magazine, (e-magazine) is an online magazine that holds the concepts of open learning in which the materials provided can be shared with readers without the limits of time and place. The e-magazine also allows its media to be shared and collaborated with other media such as audio, video and hyperlink. The web magazine, Dunia Matematik is created with the aim of providing students with mathematical knowledge that is both comprehensive and beyond school mathematics so that students can explore mathematics without borders. Dunia Matematik is constructed using the 1.5 Joomla! as its main software and its foundation model is the ADDIE model using the Social Constructivism approach which emphasizes that knowledge is built during social activities such as discussions and exchange of opinions with group members as well as interaction with friends. Dunia Matematik is published once a month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permainan, Kuiz and Pelajari Matematik. However, this writing is focused on two major sections in Dunia Matematik which are Kerjaya dalam Matematik and Tokoh Matematik. In the five issues of Dunia Matematik published, the Kerjaya section centres upon aerospace engineering, architecture, educators, and actuary as well as the prerequisites in entering this field. Other than that, mathematicians that have given many contributions are focused on to become an inspiration to all readers. Both sections have a comment segment that gives oppurtunities to readers to interact with other readers, teachers and the web magazine crew. There are many multimedia elements such as graphics, animation and videos incoporated into this web magazine so it is more appealing.to readers It is hoped that with the presence of this web magazine, it will instill an appreciation to mathematics and will benefit students all around.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xiii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Penyataan Masalah 9 1.4 Objektif Projek 10 1.5 Kepentingan Projek 10 1.5.1 Pelajar 10 1.5.2 Guru 11 1.5.3 Sekolah 11 1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 11 1.6 Skop Dan Batasan Projek 12

viii 1.7 Kerangka Konsep 13 1.8 Definisi Istilah 15 1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 15 1.8.2 Internet 15 1.8.3 E-Pembelajaran 15 1.8.4 Laman Web 15 1.8.5 Pelajar 16 1.8.6 Pengajaran 16 1.9 Penutup 16 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 17 2.2 E-Pembelajaran 18 2.2.1 E-Buku 19 2.2.2 E-Majalah 21 2.2.3 Kebaikan E-Pembelajaran 22 2.2.4 Keberkesanan Pembelajaran Matematik Melalui E-Pembelajaran 24 2.2.5 Pendekatan Konstruktivisme Sosial dalam E-Pembelajaran 25 2.3 Kerjaya dalam Matematik 27 2.4 Tokoh Matematik 28 2.5 Perisian Sumber Terbuka 29 2.5.1 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 32 2.5.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 33 2.5.3 Sistem Pengurusan Kandungan Joomla! 35 2.6 Penutup 36 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 3.1 Pengenalan 37 3.2 Kaedah Pelaksanaan 38

ix 3.2.1 Analisis 39 3.2.2 Rekabentuk 42 3.2.3 Pembangunan 44 3.2.4 Pelaksanaan 53 3.2.5 Penilaian 54 3.3 Penutup 55 4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB 4.1 Pengenalan 56 4.2 Carta Alir Majalah Web yang Matematik Dibangunkan 57 4.3 Bahan Pembelajaran 58 4.4 Paparan Hasil Majalah Web Dunia Matematik 59 4.4.1 Paparan login 59 4.4.2 Paparan Home 61 4.4.3 Paparan Bahan Pembelajaran 63 4.4.3.1 Kerjaya dalam Matematik 63 4.4.3.2 Tokoh matematik 67 4.4.4 Paparan video 70 4.4.5 Paparan Komen 70 4.4.6 Paparan Keluaran Lepas 72 4.4.7 Paparan Dunia Matematik 73 4.4.8 Paparan e-forum 74 4.4.9 Paparan Komuniti 75 4.4.10 Paparan Logout 76 4.5 Ciri ciri Majalah Web Matematik 78 4.5.1 Interaktif 78 4.5.2 Mesra pengguna 78 4.5.3 Grafik 79 4.5.4 Teks 79 4.5.5 Animasi 80 4.5.6 Video 80

x 4.6 Penutup 80 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 82 5.2 Perbincangan 82 5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik Berasaskan Objektif 83 5.2.2 Pembinaan perisian Berasaskan Model ADDIE 83 5.2.3 Pembinaan Berasaskan Teori Sosial Konstruktivisme 84 5.3 Kelebihan Majalah Web Dunia Matematik 84 5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 85 5.5 Masalah masalah yang Dihadapi 85 5.5.1 Kekurangan kepakaran dan pengalaman 86 5.5.2 Kekangan masa 86 5.5.3 Bahan dan Sumber Rujukan 87 5.5.4 Capaian Internet 87 5.5 Cadangan 87 5.7 Penutup 89 RUJUKAN 90 LAMPIRAN 95

xi SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 13 2.1 Laman Utama JOOMLA! 35 3.1 Aliran fasa berdasarkan Model ADDIE 39 3.2 Carta Alir Penulisan Artikel 45 3.3 Paparan untuk memasuki ruangan penyedian artikel 46 3.4 Paparan pautan article manager 46 3.5 Paparan pautan butang new 47 3.6 Paparan ruangan untuk memasukkan artikel 47 3.7 Carta Alir memasukkan Grafik/Video 48 3.8 Paparan pautan butang media manager 49 3.9 Paparan pautan folder stories 49 3.10 Paparan pautan folder pembangun 50 3.11 Paparan pautan butang browse dan start upload 50 3.12 Carta Alir memasukkan Grafik/Video ke dalam Artikel 51 3.13 Paparan ruangan untuk memilih artikel 52 3.14 Paparan pautan butang image 52 3.15 Paparan pautan butang insert 4.1 Carta alir majalah web Dunia Matematik yang dibangunkan 57 4.2 Paparan Login 60 4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna Baru 60 4.4 Paparan Home 62

xii 4.5 Paparan Pautan Read More 62 4.6 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Pertama 65 4.7 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Kedua 65 4.8 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Ketiga 66 4.9 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Keempat 66 4.10 Paparan Artikel Tokoh Matematik Keluaran Pertama 68 4.11 Paparan Artikel Tokoh Matematik Keluaran Kedua 68 4.12 Paparan Artikel Tokoh Matematik Keluaran Ketiga 69 4.13 Paparan Artikel Tokoh Matematik Keluaran Keempat 69 4.14 Paparan Video 70 4.15 Paparan Ruangan Komen 71 4.16 Paparan Contoh contoh Komen oleh Pengguna 72 4.17 Paparan Keluaran Lepas 73 4.18 Paparan Dunia Matematik 74 4.19 Paparan e-forum 75 4.20 Paparan Komuniti 76 4.21 Paparan Butang logout 77 4.22 Paparan Laman logout 77

xiii SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Artikel Kerjaya dalam Matematik Keluaran Pertama 95 B Artikel Kerjaya dalam Matematik Keluaran Kedua 97 C Artikel Kerjaya dalam Matematik Keluaran Ketiga 101 D Artikel Kerjaya dalam Matematik Keluaran Keempat 104 E Artikel Tokoh Matematik Keluaran Pertama 109 F Artikel Tokoh Matematik Keluaran Kedua 114 G Artikel Tokoh Matematik Keluaran Ketiga 119 H Artikel Tokoh Matematik Keluaran Keempat 123 I Tahap Pandangan Pelajar Sekolah Menengah Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik Dalam Aspek Sosial 128 J Tahap Pandangan Pelajar Sekolah Menengah Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik Dalam Aspek Pembelajaran 130

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Era pembangunan teknologi masa kini telah banyak mempengaruhi manusia dalam aspek kehidupan termasuklah gaya hidup dan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain. Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di seluruh pelusuk dunia. Sama ada sedar atau tidak, manusia kini hidup dalam era yang penuh dengan penggunaan teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia. Teknologi ini telah merubah cara kita belajar, bersosial, bergaul dan sebagainya. Pendidikan merupakan salah satu bidang di mana teknologi multimedia mampu memberi kesan yang amat besar. Perkembangan sistem pendidikan pada zaman kini telah menjurus kepada kecanggihan teknologi maklumat. Kemunculan ICT merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekad yang lalu (Chan, 1998). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. Selaras dengan itu, penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan wawasan 2020 serta perkembangan ICT. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan

2 menghadapi cabaran masayarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) (Utusan Malaysia, 3 Mei 2003). Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat yang pesat ini, Sekolah Bestari telah ditubuhkan pada tahun 1999. Sekolah Bestari merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses pengurusan sekolah (Abd. Aziz, Azlida, 2000). Sekolah ini diwujudkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah sekolah sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini (Hamidah, 2000). Guru di Sekolah Bestari diberikan latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan dalam Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisional. Sekolah Bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini seperti internet akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad, 2001). Selain itu, seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat juga, Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa satu saluran maklumat yang terkini melalui Internet dan menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia perlu diwujudkan. Lanjutan daripada idea berkenaan, satu portal pendidikan iaitu MySchoolNet telah dibangunkan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network merupakan satu projek yang berkonsepkan Pendidikan Melalui Internet yang menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan. Portal ini menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am. Fokus portal ini kepada pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web. Bahan yang

3 disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti tutoran, maklumat pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan sembang sembang, forum dan lain lain lagi. Kesedaran yang timbul akan kemajuan teknologi maklumat, menyebabkan pihak kerajaan mengambil langkah untuk menggabungkan aspek aspek teknologi ke dalam kurikulum sekolah dianggap sebagai satu usaha yang komited ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi maklumat di sekolah di samping mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang mana lebih bersifat efektif dan global. Justeru itu, dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan dengan menerapkan penggunaan internet dan komputer. Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003) juga menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu dalam silibus matematik. Melalui penggunaan elemen seperti e-pembelajaran, konsep kelas matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e-pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara ( Jaya Kumar, 2003). Penggunaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik membolehkan pelajar yang pelbagai mengambil bahagian dalam tugas pembelajaran yang secara langsung akan meningkatkan interaksi sosial, berkongsi pengalaman dan sumber sumber pembelajaran dengan cara yang selesa. Justeru itu,

4 pembangunan majalah web Dunia Matematik ini akan menggalakkan interaksi antara murid, guru dan ibu bapa serta masyarakat secara terus. 1.2 Latar Belakang Masalah Seperti yang kita sedia maklum, matematik seringkali dikatakan matapelajaran yang sukar difahami oleh pelajar. Pelajar menghadapi pelbagai masalah dengan matematik sehingga mereka menganggap matematik adalah satu matapelajaran yang sukar. Hal ini menyebabkan pelajar gagal untuk mendapat keputusan yang baik terutamanya pelajar di kawasan luar bandar. Sehubungan dengan itu, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan usaha dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Kemudahan pendidikan yang serba kekurangan di peringkat awal pendidikan (sekolah rendah dan menengah) mungkin menyebabkan pelajar fobia dan sukar menguasai matematik di institusi pengajian tinggi. Menurut Mohammad Khatim, (2003) masalah masalah dalam pendidikan matematik di Malaysia yang telah dikenalpasti ialah : Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi Kaedah pembelajaran agak membosankan Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini Pada masa kini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik lebih menumpukan kepada isi kandungan dan peperiksaan. Pelajar mempelajari matematik hanya sekadar untuk lulus peperiksaan. Ini bercanggah dengan hasrat falsafah pendidikan negara yang bertujuan membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan

5 menyelesaikan masalah di samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga kerap dilakukan secara tradisional dimana prosesnya berpusatkan guru. Guru bertindak sebagai pembawa dan penyampai maklumat tanpa melibatkan pelajar secara aktif. Ini mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan kebanyakan pelajar tidak menunjukkan minat dalam sesi pembelajaran. Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini, pelajar pelajar seharusnya didedahkan dengan teknik yang lebih menarik dan berkesan. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk mewujudkan komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian, penggunaan elemen seperti e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan sebagainya. Majalah web Dunia Matematik merupakan satu daripada bahan e- pembelajaran. Oleh itu, pembangunan majalah web Dunia Matematik ini dapat meningkatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Penghasilan bahan e-pembelajaran di negara kita yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah didapati agak berkurangan. Walaupun terdapat pelbagai bahan e-pembelajaran, namun jumlahnya agak terhad dan kebanyakannya tidak memenuhi kurikulum pendidikan negara. Oleh yang demikian, pembangunan bahan e- pembelajaran matematik oleh golongan pendidik sendiri adalah perlu kerana ianya bersesuaian dengan kurikulum pendidikan negara. Perkembangan teknologi memberi satu cabaran kepada kita untuk memikirkan tentang perubahan pendekatan pembelajaran. Perubahan perlu dari pendekatan yang konvensional yang lebih tertumpu kepada guru kepada pendekatan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar. E-pembelajaran adalah satu inovasi pendidikan yang perlu

6 diberi perhatian. Melalui penggunaan e-pembelajaran ini, pelajar perlu berdikari pada masa masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran menggunakan e-pembelajaran ini akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, inisiatif sendiri. Penggunaan e- pembelajaran ini membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta halatuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang mempelajari topik yang susah berulang kali sehingga pemahaman di capai. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk bebas meneroka dan seterusnya membina konsep, makna dan kefahaman sendiri. Dengan menggunakan majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan pendidikan, para pelajar boleh belajar mengikut rentak mereka sendiri. Dengan menggunakan laman web, pelajar bebas daripada konkongan masa dan tempat. Pelajar boleh belajar bila bila masa, di mana mana dan mengikut kadar masing masing ( Faisal, 2002 ). Selain itu, penggunaan majalah web Dunia Matematik ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya. Pembelajaran menggunakan majalah web Dunia Matematik ini boleh berlaku di luar waktu kelas dan ianya kaya dengan maklumat dan media. Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini adalah berpusatkan pelajar dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori konstruktivisme. Menurut Faisal (2002) konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif. Fokusnya adalah kepada keupayaan pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web Dunia Matematik kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendapat konstruktivisme menyatakan proses pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusof, 1999).

7 Melalui penggunaan laman web ini, pelajar akan terlibat secara interaktif. Dr Papayah Guruvadoo (icool, 2003) mengatakan bahawa : Students work interactively on the web. They can email their difficulties or queries about their work to their teachers, classmates or anybody, and get replies within a short time; they can chat or engage in group discussions; they can access digital libraries and other resources and carry on their research; they can submit their assignments online and in time because they are time-stamped. They can access anytime and from anywhere their grades in confidentiality. Walaubagaimanapun, selain pelajar guru juga perlu bersedia untuk mengharungi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan sama ada dalam situasi bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru memainkan empat peranan dalam pembelajaran berasakan web iaitu : Peranan sebagai fasilitator Peranan sebagai penurus Peranan sosial, dan Peranan sebagai penasihat teknikal. Melalui penggunaan teknologi yang sesuai, mutu pengajaran seseorang guru akan menjadi lebih baik. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik. Jika media ini digunakan dengan perancangan yang teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan sesuatu maklumat pelajaran dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Selain itu, penggunaan teknologi seperti e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meringankan beban guru di samping menjimatkan masa. Ini kerana kebanyakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan e-

8 pembelajaran mengambil masa yang lebih singkat untuk menjelaskan sesuatu konsep dengan bantuan teknologi yang digunakan. Selain itu, dengan adanya e-pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Oleh yang demikian, fokus utama majalah web Dunia Matematik ini adalah untuk membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan matematik serta kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu alat yang penting dalam ativiti pengurusan maklumat dan kehidupan harian seperti perniagaan, perubatan, perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Malahan, matematik banyak bertanggungjawab kepada kebanyakan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web Dunia Matematik ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan berkesan seterusnya membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran matematik ini dengan baik. Selain itu, majalah web Dunia Matematik ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya yang meluas dalam bidang matematik. Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Walaupun di negara kita, kebanyakan graduan graduan matematik memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya, namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam bidang lain seperti sains komputer, perubatan, geologi dan sebagainya. Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang matematik sangat meluas dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Majalah web Dunia Matematik ini juga berperanan mengetengahkan tokoh tokoh matematik di negara ini bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat kejayaan kejayaan yang dikecapi oleh tokoh tokoh ini berdasarkan usaha mereka. Secara tidak langsung ianya dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokoh

9 tokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut bersyukur kerana mempunyai tokoh tokoh yang hebat, berjiwa besar dan berpandangan jauh di negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk mencapai kejayaan (Mingguan Malaysia, 11 November 2007). 1.3 Penyataan Masalah Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam matematik tidak hanya melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada murid semata mata. Pelajar mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KBSM telah menegaskan bahawa guru guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif kefahaman matematik mereka. Dengan ini suatu corak pembelajaran interaktif dengan menggunakan e-pembelajaran perlu dibina bagi mengurangkan masalah yang ditimbulkan oleh sistem pengajaran tradisional ke tahap yang paling minimun. Ini kerana proses pembelajaran menggunakan e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan seperti pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila bila masa dan dimana jua. Selain itu, bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan di seluruh dunia. Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), pembelajaran menerusi laman web juga menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan kehidupan yang sebenar. Oleh yang demikian, dengan wujudnya majalah web Dunia Matematik ini, diharap ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang pelbagai termasuk bidang kerjaya dan tokoh matematik.

10 1.4 Objektif Projek Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :- i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik kerjaya dalam matematik. ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik tokoh matematik. 1.5 Kepentingan Projek 1.5.1 Pelajar Para pelajar dapat menggunakan majalah web Dunia Matematik ini sebagai bahan rujukan tambahan bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad 2001). Oleh yang demikian, para pelajar boleh menggunakan majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan ulangkaji pelajaran di rumah kerana ia boleh dicapai pada bila bila masa dan di mana jua. Selain itu, para pelajar juga dapat meneroka (eksploratori) bahan atau maklumat yang disediakan dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama mereka dan dengan guru di dalam forum yang disediakan. Segala latihan-latihan, ujianujian serta aktiviti-aktiviti seperti forum, ruangan komen dan sebagainya yang