APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU

Similar documents
RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN PENGGUNAAN INTERNET ANAK-ANAK

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

SISTEM LATIHAN MENYELAMAT KETIKA KECEMASAN RENJATAN

APLIKASI MUDAH ALIH PENJAGAAN POSTPARTUM DAN BAYI (emumcare)

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

APLIKASI PERANCANGAN PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID (etourism) Nur Fatihatul Jannah Binti Nordin Dr. Ibrahim Mohamed

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

APLIKASI PENYUSUAN SUSU IBU SIMANJA.COM

SAVE MY KIDS: FAMILY LOCATOR AND GPS TRACKER APPLICATION

APLIKASI PEMPROSESAN IMEJ MENGGUNAKAN SCILAB

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI WARISAN TIDAK KETARA (SENI HALUS) BERASASKAN ONTOLOGI

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 13(2) 2017, Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

PORTAL MENGURUS BAHAN PEMBUANGAN KITAR SEMULA. Nur Athirah binti Irham Dr Amirah binti Ismail

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI INSTITUSI RAJA MELAYU BERDASARKAN ONTOLOGI

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

EFFECTS OF Ni 3 Ti (DO 24 ) PRECIPITATES AND COMPOSITION ON Ni-BASED SUPERALLOYS USING MOLECULAR DYNAMICS METHOD

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

Katakunci : perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)

CPT115 Mathematical Methods for Computer Sciences [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

APLIKASI WI-FI HOTSPOT BERBAYAR MOHD AKMAL BIN ABDUL RAHIM NOR EFFENDY OTHMAN. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAN WEB GIS OLEH PIHAK BERKUASA PERANCANGAN : TINJAUAN KANDUNGAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN HAIZA WAHIDA BINTI HARON

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

CPT244 Artificial Intelligence [Kecerdasan Buatan]

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

REG 363 Site Investigation (Kajian Tapak)

Pakej E-Learning UPSR Matematik

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEORI KETUMPATAN BERFUNGSI

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTERACTION DESIGN MODEL IN VIRTUAL MUSEUM ENVIRONMENT

KOT 222 Organic Chemistry II [Kimia Organik II]

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

CLASSIFICATION OF MULTIBEAM SNIPPETS DATA USING STATISTICAL ANALYSIS METHOD LAU KUM WENG UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT115 Mathematical Methods for Computer Science [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

EME 411 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

Section A [28 marks / markah] Answer all question Jawab semua soalan

EEE 208 TEORI LITAR II

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

Satu Pengalaman Di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENERATING MUTUALLY UNBIASED BASES AND DISCRETE WIGNER FUNCTION FOR THREE-QUBIT SYSTEM

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Proses Pendidikan Muzium: Satu Kajian Awal

MAT 222 Differential Equations II [Persamaan Pembezaan II]

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

... [1 mark] pembolehubah bergerakbalas the responding variable. ... [1 mark] pembolehubah yang dimalarkan constant variable. ...

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

APLIKASI DIAGNOS PENYAKIT CILI. Tang Hui Bee Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Transcription:

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU PUTERI NURUL FAZLEEN JEFRRY HAIRULLIZA MOHD JUDI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Muzium Maya Terengganu merupakan projek kolabrasi pihak kerajaan Negeri Terengganu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Muzium Maya Terengganu merupakan muzium maya pertama yang diperkenalkan di Malaysia dan juga yang ketiga di dunia. Kesedaran masyarakat terhadap nilai sesebuah sejarah pada masa kini berada pada tahap yang membimbangkan. Dengan kepesatan teknologi kecenderungan masyarakat terhadap sejarah berada jauh dari diri mereka kerana ketaksuban meraka tehadap dunia teknologi lebih mendalam. Oleh itu cadangan Aplikasi Pemainan untuk Muzium Maya Terengganu diusulkan. Aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu merupakan permainan yang berunsurkan sejarah. Objektif utama kajian adalah untuk membangunkan aplikasi, menguji kebolehgunaan aplikasi ini. Aplikasi ini menjadi platform untuk pelajar mengenali sejarah dengan menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu teknologi terkini. Berdasarkan model ADDIE, pembangunan aplikasi ini melibatkan penggunaan perisian Unity untuk menghasilkan aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu yang berasaskan web. Hasil pembangunan aplikasi ini dijangka dapat menarik minat pengguna terutama pelajar untuk menghargai nilai sejarah melalui permainan. PENGENALAN Muzium Maya Terengganu diperkenalkan bagi membolehkan 33,000 bahan sejarah dan artifak milik Lembaga Muzium Negeri Terengganu dapat dilihat melalui capaian interaktif. Sistem muzium maya adalah muzium yang sebenar tetapi ianya boleh dilewati secara dalam talian. Pelawat akan dibawa untuk menjelajah dan memanipulasi artifak 360 0. Aplikasi permainan di komputer merupakan salah satu fenomena yang hebat pada masa kini. Aplikasi permainandi komputer telah menjadi siulan masyarakat tidak kira dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa (Wang et al 2011). Hal ini, mampu memberi impak sama ada ke arah positif atau negatif. Pada masa yang sama permainan komputer boleh meningkatkan daya kreativiti dan intelektual kepada penggunanya kerana permainan komputer lebih menarik minat manusia daripada aktiviti yang lain. Oleh itu, banyak pendekatan yang telah dilakukan beberapa pihak untuk menjalankan kehidupan seharian dengan bantuan aplikasi permainan seperti contoh bidang pendidikan. PENYATAAN MASALAH Kesedaran terhadap nilai sesebuah sejarah yang tinggi dalam kalangan masyarakat pada masa kini telah mencapai tahap yang amat membimbangkan. Hal ini dapat dilihatkan seperti contoh pada masa senggang atau musim cuti persekolahan ibu bapa lebih gemar membawa anak-anak mereka ke taman tema, pusat membeli belah atau melancong ke luar negara berbanding 1

membawa ke tempat yang berunsurkan elemen sejarah. Kesedaran terhadap betapa pentingnya menawan rasa minat terhadap sejarah kian luntur dalam golongan dewasa kerana kesibukan dengan kehidupan seharian (Tengku Siti Meriam et al 2016). Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, muzium adalah bangunan tempat menyimpan nilai sejarah, seni, saintifik dan sebagainya. Selain itu, muzium juga mampu menarik minat pelajar mempelajari sejarah, namun untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke muzium yang bedekatan oleh pihak sekolah adalah satu perkara yang sukar untuk diuruskan. Hal ini berlaku dalam kalangan ibubapa yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk pergi melawat muzium yang berdekatan. Oleh kerana bahan berunsur sejarah masih kurang diperkenalkan dengan mengikut trend zaman kini, pelajar dan masyarakat Malaysia tidak dapat mendalami secara terperinci mengenai warisan negara. Justeru muzium maya adalah platform yang terbaik bagi menyelesaikan kekangan yang sering dihadapi untuk melawat muzium sama ada bagi pelajar, pihak sekolah mahupun ibu bapa. Dengan teknologi terkini masyarakat boleh mengakses muzium maya dimana- mana dan ilmu yang diperolehi sama seperti melawat muzium yang sebenar OBJEKTIF KAJIAN Pembangunan aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan mengenai apakah yang telah dipelajari setelah melawat ke Muzium Maya Terengganu. Selain itu, aplikasi ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat menyelami dan memahami konsep sejarah pada platform yang berbeza. Di samping itu, aplikasi ini juga dapat membantu meningkatkan rasa cinta kepada negara dan warisan budaya. METOD KAJIAN Penggunaan model pembangunan yang sesuai penting untuk memastikan kelancaran projek dan penghasilan projek berada di tahap yang berkualiti. Aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu telah melalui beberapa fasa pembangunan dan ditambah dengan penggunaan perisian dan perkakasan yang bersesuaian. Fasa pembangunan termasuklah fasa perancangan, fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa penilaian. Model ini penting bagi memastikan perjalan projek lancar, teratur serta mengikut draf yang telah ditetapkan. Rajah 1 menunjukkkan model pembangunan yang digunakan untuk membina aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu Fasa Perancangan Antara perkara yang terlibat dan dibincangkan dalam fasa ini adalah mengenalpasti masalah, objektif dan menentukan skop kajian. Ia turut melibatkan perancangan tempoh masa yang akan diambil bagi membangunkan untuk menghasilkan satu projek yang terbaik kerana perincian yang telah dilakukan di fasa ini akan memberikan kesan positif atau negatif kepada projek. Fasa Analisis 2

Fasa ini melibatkan pelbagai permasalahan yang dihadapi bagi menarik minat masyarakat terhadap sejarah warisan negara. Fasa ini juga menganalisis masyarakat dengan pelbagai cara seperti contoh perlaksanaan kajian soal selidik agar maklumat dapat diperolehi dengan tepat Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk dilaksanakan dengan menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, jenis media dan teknologi yang terlibat. Draf antara muka untuk aplikasi ini dibuat pada fasa ini untuk mengetahui ianya bersesuaian dengan sensitiviti dan kecenderungan masyarakat. Proses aplikasi juga direka untuk mendapatkan papan cerita mengenai aplikasi ini dan penambahbaikan dapat dilakukan. Implementasi Fasa implementasi merupakan fasa yang dimana aplikasi ini dibangunkan. Aplikasi akan dibangunkan dengan menggunakan perisian yang sesuai untuk menghasilkan satu produk yang baik. Pembangunan aplikasi ini adalahh berdasarkan objektif yang ingin dicapai serta mengikut draf yang telah direka pada fasa sebelum ini. Rajah 1 adalah model pembangunan yang digunakan Fasa Pengujian Setelah aplikasi ini berjaya dibangunkan menggunakan perisian yang telah ditetapkan, pengujian akan dilakukan diperingkat ini bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan dan fungsian yang telah ditetapkan. Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti. Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong pembangunan projek aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak tepat boleh menjejaskan kelancaran projek dan hasil projek. Spesifikasi keperluan perkakasan yang diguna untuk menghasil rekaan grafik dan animasi adalah perkakasan asas sesebuah komputer. Senarai spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadang untuk menghasil aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu adalah seperti berikut: i. Sistem Pengoperasian : Microsoft Windows XP Professional (SP3 atau ke atas) ii. Pemprosesan : Samsung RV413 iii. Ruang Cakera Keras (Hardisk) : 3GB atau ke atas iv. Ingatan Cakera Rawak (RAM) : 2GB atau ke atas v. Kad Grafik : VGA 64MB atau ke atas vi. Pemacu DVD ROM 8X atau ke atas Spesifikasi keperluan perisianyang diguna untuk membangun projek aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu harus dapat menghasil objek grafik tiga dimensi (2D) yang 3

l3cin dan menarik. Pelbagai jenis perisian yang telah dipilih. Perisian utama untuk menghasilkan permainan ini adalah Unity. Perisian Unity merupakan salah satu perisian yang sangat popular untuk membangunkan permainan komputer. Unity terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu 2D dan 3D. Untuk penghasilan aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu permainan yang berbentuk 2D telah dipilih. Selain itu, perisian Photoshop juga dipilih untuk mereka bentuk beberapa perkara seperti contoh logo, butang dan sebagainya. Untuk elemen audio pulak, perisian Audacity dipilih untuk menyunting audio yang digunakan dalam pembagunan aplikasi ini. Tidak terkecuali ada beberapa perisian atas talian yang digunakan dalam menghasilkan projek ini seperti contoh perisian membuat logo iaitu Canvas. HASIL KAJIAN Setelah melalui pelbagai proses seperti proses perancangan, analisis, reka bentuk,implementasi dan pengujian hasil pembagunan aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu. Aplikasi permainan terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu jigsaw puzzle dan memory puzzle. Untuk permainan jigsaw puzzle pengguna haruslah mencantumkan kepingan gambar menjadi satu gambar. Permainan ini haruslah diselesaikan secepat mungkin kerana masa yang diberikan adalah terhad. Seandainya permainan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan permainan akan berakhir dan bererti anda telah gagal untuk menyelesaikannya. Bagi permainan memory puzzle pula pengguna haruslah mengingati kedudukan gambar artifak yang telah disusun secara rawak. Sekali lagi permainan ini juga harus diselesaikan pada tempoh waktu yang ditetapkan. Seandainya permainan ini sukar untuk diselesaikan pengguna boleh reset agar kedudukan gambar artifak boleh disusun sekali lagi. Permainan yang telah melepasi tempoh masa akan diberhentikan serta merta. Secara keseluruhan aplikasi ini memerlukan kepantasan pemain untuk menyelasaikan setiap tugas yang diberikan. Rajah 2 menunjukkan antara muka mainmenu untuk aplikasi permainan untuk Muzium Maya Terengganu. Antara muka ini mempunyai 3 jenis butang. Butang Play Games adalah butang untuk anda memulakan permainan manakala butang Muzium Maya adalah butang untuk menghubungkan pemain kepada laman web rasmi Muzium Maya Terengganu. Butang yang terakhir iaitu Quit Games untuk menghentikan permainan. 4

Rajah 2 Antara muka mainmenu Rajah 3 pula antara muka selepas pemain memilih butang Play Games iaitu paparan loading yang akan menghubungkan pemain dengan antara muka yang seterusnya iaitu antara muka pemilihan permainan. Rajah 3 Antara muka loading Rajah 4 menunjukkan antara muka pilih permainan. Permain haruslah membuat pilihan sama ada untuk bermain jigsaw puzzle atau memory puzzle. Pemain boleh kembali semula ke antara muka mainmenu dengan memilih butang anak panah di kiri bawah. 5

Rajah 4 Antara muka pilih permaianan Rajah 5 pula adalah antara muka untuk pemilihan artifak. Antara muka adalah hasil daripada pemilihan butang jigsaw puzzle. Pemain haruslah memilih antara salah satu artifak sebelum permainan bermula. Rajah 5 Antara muka pilih permaianan Rajah 6 adalah antara muka dimana pemain memilih butang memory puzzle. Seperti yang dapat dilihat permainan telah bermula. 6

Rajah 6 Antara muka memory puzzle Rajah 7 adalah antara muka permainan memory puzzle sedang berlangsung. Pemain haruslah memadankan dua kepingan agar kemenangan dapat dicapai. Rajah 7 Antara muka memory puzzle Rajah 8 adalah antara muka apabila permainan telah berjaya diselesai. Enam kepingan artifak telah berjaya dibuka. 7

Rajah 8 Antara muka memory puzzle KESIMPULAN Secara kesimpulan, aplikasi permainan untuk Muzium Maya adalah satu aplikasi yang akan membantu masyarakat dalam meningkat kan pengetahuan mereka dalam bidang sejarah. pendekatan yang sering dilakukan apabila berkaitan dengan sejarah adalah hanya membaca. Melalui kecanggihan teknologi zaman kini serba sedikit akan membantu kita untuk memudahkan pemahaman dan meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah warisan budaya negara (Mohamad Zain 2010). Bimbingan serta dorongan ibubapa juga satu peranan yang sangat penting dalam mencorak minat anak-anak dalam cinta mereka kepada sejarah warisan negara. Dalam pada masa yang sama semangat patriotik boleh disemai dalam masyarakat dan terus kegigihan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada masa akan datang. RUJUKAN Anon,MuziumMaya.Available: http://muziummaya.terengganu.gov.my/index.php?page=gal. Kamus Dewan. 2007. Edisi ke 4, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamad Zain Musa 2010. Peranan Budaya dalam Mempromosikan Keharmonian di. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 1(2), 183 189. Tengku Siti Meriam Tengku Wook & Hairulliza Mohd Judi, Noraidah Sahari @ Ashaari, Hazura Mohamed, Siti Fadzilah Mat Noor, N.R., 2016. Interaction Design Model in Virtual Museum Environment. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 5(1), pp.71 81. Wang, P.Y., Vaughn, B.K. & Liu, M., 2011. The impact of animation interactivity on novices learning of introductory statistics. Computers and Education, 56(1), pp.300 311 8