APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

Similar documents
RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

APLIKASI WI-FI HOTSPOT BERBAYAR MOHD AKMAL BIN ABDUL RAHIM NOR EFFENDY OTHMAN. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

APLIKASI MUDAH ALIH PENJAGAAN POSTPARTUM DAN BAYI (emumcare)

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

APLIKASI PENYUSUAN SUSU IBU SIMANJA.COM

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

APLIKASI PERANCANGAN PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID (etourism) Nur Fatihatul Jannah Binti Nordin Dr. Ibrahim Mohamed

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

SAVE MY KIDS: FAMILY LOCATOR AND GPS TRACKER APPLICATION

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

APLIKASI PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN PENGGUNAAN INTERNET ANAK-ANAK

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

PORTAL MENGURUS BAHAN PEMBUANGAN KITAR SEMULA. Nur Athirah binti Irham Dr Amirah binti Ismail

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM LATIHAN MENYELAMAT KETIKA KECEMASAN RENJATAN

PENGGUNAN WEB GIS OLEH PIHAK BERKUASA PERANCANGAN : TINJAUAN KANDUNGAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN HAIZA WAHIDA BINTI HARON

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI WARISAN TIDAK KETARA (SENI HALUS) BERASASKAN ONTOLOGI

APLIKASI PEMPROSESAN IMEJ MENGGUNAKAN SCILAB

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CPT115 Mathematical Methods for Computer Sciences [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

APLIKASI DIAGNOS PENYAKIT CILI. Tang Hui Bee Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI INSTITUSI RAJA MELAYU BERDASARKAN ONTOLOGI

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU

UMPUKAN LEMBUT SETEMPAT UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN HOS: SUATU PERBANDINGAN

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

(Kertas ini mengandungi 6 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 5 printed pages)

SULIT 3472/1. Nama:.. Tingkatan: 3472/1 NO. KAD PENGENALAN Matematik Tambahan PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS DAN MATEMATIK 2009

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 13(2) 2017, Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

THE DEVELOPMENT OF PORTABLE SENSOR TO DETERMINE THE FRESHNESS AND QUALITY OF FRUITS USING CAPACITIVE TECHNIQUE LAI KAI LING

NUMERICAL SOLUTION OF MASS TRANSFER TO MICROPOLAR FLUID FLOW PAST A STENOSED ARTERY NUR SYAFIQAH BINTI A. SAMAD

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Laporan Kajian Kepuasan Pengguna Perpustakaan Universiti Malaya 2008

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

Pakej E-Learning UPSR Matematik

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

SCES3362 : TEKNIK-TEKNIK INSTRUMENTASI DALAM KIMIA INTRUMENTAL TECHNIQUES IN CHEMISTRY

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECTS OF Ni 3 Ti (DO 24 ) PRECIPITATES AND COMPOSITION ON Ni-BASED SUPERALLOYS USING MOLECULAR DYNAMICS METHOD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

COMMUNICATION IV ABSTRAK

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

ANOLYTE SOLUTION GENERATED FROM ELECTROCHEMICAL ACTIVATION PROCESS FOR THE TREATMENT OF PHENOL

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 7 printed pages)

CLASSIFICATION OF MULTIBEAM SNIPPETS DATA USING STATISTICAL ANALYSIS METHOD LAU KUM WENG UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

DEVELOPMENT OF GRAPHICAL USER INTERFACE (GUI) FOR BEARING FAULT DETECTION SYAHIDAH NAFISA BTE ABDUL MALIK

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKC 533 Industrial Catalysis And Reactor Engineering [Kejuruteraan Reaktor dan Pemangkinan Industri]

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

ONLINE LOCATION DETERMINATION OF SWITCHED CAPACITOR BANK IN DISTRIBUTION SYSTEM AHMED JAMAL NOORI AL-ANI

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI MALA YA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

Transcription:

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM FATIN AFIFA KASIM MASRI AYOB Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi Pengurusan Menjejak Pesakit di Jabatan Kecemasan PPUKM merupakan satu aplikasi yang berasaskan android. Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah untuk membantu pewaris untuk mengetahui lokasi dan status pesakit. Selain itu, aplikasi ini membolehkan staf melakukan aktiviti seperti mendaftar pesakit baru, mencari rekod pesakit yang sedia ada dan media untuk berkomunikasi dengan pewaris secara online. Bagi pewaris pula, membolehkan mereka mengisi borang bagi mendaftar pesakit secara atas talian, menerima notis pesanan ringkas daripada staf PPUKM dan menjejaki lokasi pesakit. Aplikasi berasaskan android ini dibangunkan dengan menggunakan perisian MIT App Inventor 2. PENGENALAN Hospital pada masa kini memerlukan satu aplikasi yang sistematik bagi membolehkan pewaris menjejak lokasi semasa pesakit yang berada di jabatan kecemasan. Hal ini disebabkan pewaris mengalami kesukaran untuk mengetahui lokasi pesakit kerana pesakit tidak sentiasa berada di katil. Isu lambakan pewaris dan pesakit ini menyebabkan berlakunya kesesakan di jabatan kecemasan kerana pewaris mencari pesakit dan pesakit menunggu untuk dirawat. Oleh itu, Aplikasi Pengurusan Pesakit di Jabatan Kecemasan sangat diperlukan untuk membendung masalah yang sedang berlaku ini. Berdasarkan kajian ini, saya telah mencadangkan satu aplikasi mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit di Jabatan Kecemasan. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) atau kini dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz merupakan sebuah pusat kemudahan yang berfungsi sebagai hospital di Malaysia. PPUKM menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada orang awam dan kakitangan UKM. Jabatan kecemasan merupakan salah satu jabatan di pusat perubatan UKM yang beroperasi selama 24 jam setiap hari. PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, masih berlakunya isu lambakan orang awam di hospital terutamanya di jabatan kecemasan. Antaranya adalah ramai pesakit yang sebenarnya tidak memerlukan rawatan segera, dan memilih untuk mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan hospital awam. Ini mendatangkan masalah kepada pihak di jabatan kecemasan kerana akan berlakunya kesesakan di jabatan tersebut kerana keutamaan diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan serius. Kekurangan doktor pakar untuk merawat pesakit juga menjadi masalah kerana akan menyebabkan kesesakan di jabatan kecemasan. Masalah yang lain adalah kekurangan katil ataupun wad sudah dipenuhi dengan pesakit yang sedia ada. Oleh itu, pesakit yang berada di jabatan kecemasan perlu menunggu sehingga terdapat katil yang kosong. Selain daripada itu, punca kesesakan adalah disebabkan oleh kehadiran ramai pewaris pesakit. Pewaris mengalami masalah untuk mengesan pesakit kerana pesakit tidak sentiasa berada di katil atau lokasi yang sama. Oleh itu, pewaris akan sentiasa bertanya staf di kaunter kecemasan untuk mengetahui keaadaan pesakit, dan ini menambahkan kesibukan di kaunter. Untuk menghubungi pewaris pesakit, kaedah manual digunakan iaitu dengan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara. Biasanya lebih daripada satu pengumuman terpaksa dibuat untuk setiap pesakit. Hampir setiap minit, pengumuman dibuat. Ini menambahkan ketidakselesaan pesakit, pewaris dan staf di jabatan kecemasan. Oleh itu, satu kaedah yang lebih efektif untuk membolehkan staf berkomunikasi dengan pewaris pesakit amat diperlukan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama adalah untuk membangunkan Aplikasi Mudah Alih Pengurusan Menjejak Pesakit di Jabatan Kecemasan PPUKM. Tujuan mencadangkan aplikasi ini adalah untuk : i Mendaftar pesakit secara atas talian. ii Membolehkan staf mencari maklumat pesakit. iii Membolehkan pewaris pesakit dihubungi secara atas talian iv Membolehkan pewaris pesakit mengesan lokasi pesakit secara atas talian. METOD KAJIAN

Dalam membangunkan aplikasi mudah alih Aplikasi Pengurusan Menjejak Pesakit di Jabatan Kecemasan PPUKM, metodologi tangkas (Agile Methodology) telah dipilih. Metodologi ini dipilih kerana ia mempunyai perbualan muka-ke-muka. Ianya penting kerana kepuasan pelanggan dari awal hingga akhir adalah sangat berharga. Setiap fasa projek memerlukan persetujuan bersama pelanggan. Dalam metodologi ini, permintaan pengguna sentiasa berubah. Oleh itu, permintaan tidak boleh dikutip di awal kitaran pembangunan perisian (Scrum). Metodologi tangkas memberi tumpuan kepada maklum balas yang cepat kepada perubahan dan pembangunan yang berterusan (Scrum). Dalam aplikasi mudah alih ini, kehendak pelanggan amat diutamakan kerana mereka yang akan menggunakan aplikasi ini. Kitaran metodologi tangkas mempunyai penilaian proses dan struktur semasa syarikat. Didalam aplikasi ini, pengguna utama adalah staf yang bekerja di PPUKM dan pewaris mahupun pesakit. Untuk membangunkan aplikasi mudah alih ini, cadangan dan penambahbaikan sesuatu sistem amat diperlukan. Tambahan pula, reka bentuk aplikasi dibuat bersama-sama dengan pelanggan. Seterusnya adalah peringkat permohonan, pembinaan dan pelaksanaan dan akhir sekali adalah proses penilaian dan pemantauan dari pihak hospital. Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan pengenalpastian masalah, objektif, persoalan kajian dan menentukan skop. Langkah seterusnya adalah melibatkan pengumpulan, pencarian dan pembacaan jurnal dan kajian lepas bagi memdapatkan idea dan inspirasi. Contoh topik yang berkaitan dikaji terutama berkaitan dengan konsep reka bentuk Aplikasi Mudah Alih Pengurusan Menjejak Pesakit. Penggunaan internet untuk mencapai maklumat berkaitan dan pencarian bahan di Perpustakaan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia dilakukan. Maklumat dikumpul, distruktur dan dipersembah secara kritis dan kreatif dalam fasa analisis, Fasa Analisis

Fasa ini melibatkan cadangan untuk penambaikan dan pengoptimuman proses. Cadangan ini melibatkan reka bentuk aplikasi, perisian untuk membangunkan aplikasi. Fasa Reka Bentuk Fasa ini merupakan fasa yang penting dalam keseluruhan projek. Fasa ini dibuat bersamasama dengan pelanggan. Reka bentuk aplikasi dibuat berdasarkan kehendak pelanggan. Fasa pembinaan dan pelaksanaan Fasa ini juga merupakan fasa yang penting dalam keseluruhan projek. Fasa ini melibatkan perkakasan dan perisian. Perkakasan yang digunakan komputer dan android manakala perisian yang digunakan adalah MIT App Inventor 2. Fasa Penilaian Fasa ini merupakan fasa yang terakhir dalam projek ini. Fasa ini akan dibuat selepas aplikasi ini siap dibangunkan. Fasa ini akan ditunjukkan kepada pelanggan untuk dinilai sama ada aplikasi ini mengikut spesifikasi yang mereka mahu. HASIL KAJIAN Bab ini akan menerangkan pelaksanaan pembangunan dan pengujian aplikasi keatas fungsi yang terkandung dalam aplikasi mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit Di Jabatan Kecemasan. Bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan dapat memberikan output yang dikehendaki, proses pembangunan dan pengujian perlu dilakukan. Pembetulan pada aplikasi dilakukan sekiranya terdapat sebarang ralat dan kesalahan semasa proses pembangunan dan pengujian dijalankan. Dengan melalui fasa ini, aplikasi yang dijana dapat dipastikan berjalan dengan lancar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pembangunan merupakan proses implementasi aplikasi yang direalisasikan di suasana yang sebenar. Proses pembangunan aplikasi ini merupakan kod aturcara untuk menghasilkan sebuah aplikasi mudah alih yang berfungsi dengan baik. Pengujian yang menyeluruh perlu dijalankan sebelum aplikasi digunakan oleh pengguna. Hal ini untuk memastikan aplikasi mudah alih ini berfungsi dengan baik dan berkualiti.

Rajah 5.1 Antaramuka halaman utama Rajah 5.1 menunjukkan halaman utama bagi pengguna seperti staf (atau pengurus wad) dan pewaris atau pesakit. Sekiranya pengguna adalah staf, mereka akan ke laman yang disediakan untuk mereka dan jika pengguna adalah pewaris atau pesakit, mereka akan ke laman yang disediakan untuk mereka. Rajah 5.2 Antaramuka halaman log masuk

Rajah 5.2 menunjukkan halaman log masuk bagi pengguna aplikasi mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit Di Jabatan Kecemasan PPUKM. Pengguna perlu masukkan id dan kata laluan yang betul untuk ke skrin seterusnya Rajah 5.3 Antaramuka halaman menu utama Rajah 5.3 menunjukkan halaman menu utama bagi pengguna mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit Di Jabatan Kecemasan PPUKM. Pengguna boleh memilih fungsi yang ada dalam menu utama ini. Rajah 5.4 Antaramuka halaman daftar pesakit baru

Rajah 5.4 menunjukkan halaman daftar pesakit baru bagi pengguna aplikasi mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit Di Jabatan Kecemasan PPUKM. Pengguna boleh memasukkan nama, nombor kad pengenalan, passport, nombor telefon dan bangsa. Setelah itu, butang simpan akan ditekan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan sebentar tadi. Butang kembali adalah untuk kembali ke halaman menu utama. Rajah 5.5 Antaramuka halaman carian pesakit Rajah 5.5 menunjukkan halaman carian pesakit bagi pengguna aplikasi mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit Di Jabatan Kecemasan PPUKM. Pengguna boleh mencari rekod pesakit dengan menaip nama pesakit pada ruangan teks yang disediakan. Sekiranya berjaya, maklumat pesakit akan dipaparkan pada skrin. Butang padam berfungsi untuk memadam maklumat yang pengguna kehendaki. Butang kembali pula adalah untuk kembali ke skrin menu utama.

Rajah 5.6 Antaramuka halaman menghantar notis Rajah 5.6 menunjukkan halaman menghantar notis kepada pewaris bagi pengguna aplikasi mudah alih Pengurusan Menjejak Pesakit Di Jabatan Kecemasan PPUKM. Pengguna akan menaip pesanan untuk dihantar kepada pewaris pesakit. Pesanan tersebut akan dihantar melalui aplikasi whatsapp. Pewaris juga perlu mempunyai aplikasi whatsapp supaya pesanan tersebut sampai kepada mereka. Rajah 5.7 Antaramuka halaman mengimbas kod QR Rajah 5.7 menunjukkan halaman mengimbas kod QR. Pengguna perlu menekan butang scan untuk mengimbas kod QR yang disediakan. Sekiranya berjaya, pengguna akan masuk

ke laman utama bagi pewaris @ pesakit. Butang kembali adalah untuk ke halaman utama bagi staf dan pewaris @ pesakit. 4.8 Antaramuka halaman jejak pesakit Rajah 4.8 menunjukkan halaman jejak pesakit. Pengguna perlu memasukkan nombar kad pengenalan pesakit pada ruang teks yang disediakan. Kemudian tekan butang jejak untuk menjejak lokasi pesakit. Butang kembali adalah untuk ke skrin sebelumnya. Rajah 4.9 Antaramuka halaman lokasi semasa pesakit

Rajah 4.9 menunjukkan halaman lokasi semasa pesakit. Dalam halaman ini, akan dipaparkan maklumat pesakit dan lokasi terkini pesakit. Paparan ini di paparkan setelah butang jejak ditekan. KESIMPULAN Aplikasi Mudah Alih Pengurusan Menjejak Pesakit di Jabatan Kecemasan PPUKM dijangka dapat memudahkan dan mempercepatkan proses mengetahui lokasi semasa pesakit. Kemudahan ini memberi peranan penting kerana yang dapat mengelakkan kesesakan yang berlaku di jabatan kecemasan.selain itu, ia juga dapat memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendaftar borang dengan hanya mengisi maklumat secara online. RUJUKAN Kong Ii San. 2013. Aplikasi Mudah Alih Unit Pergigian UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Sommerville Ian. 2009. Software Engineering, Ninth Edition. United States of America: Pearson Cohn Mike. 2004. User Stories Applied:For Agile Software Development. Addison-Wesley Professional Ling Ong Guey. 2012. Sistem Temujanji Klinik Pakar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Munir, D.L, 2012. Implementasi Sistem Absensi Pegawai Menggunakan QR Code pada SMARTPHONE berbasis Android. Bandung Jurnal Sarjana ITB Bidang Teknik Elektro dan Informatika Jit Biswas, Zhang Daqing, Qiao Guopei, Foo Victor, Qiu Qiang dan Yap Philip. 2013. A system for Activity Monitoring and Patient Tracking in a Smart Hospital. Singapura: Institute for Infocomm Research