Penilaian Kitar Hayat Sosial (SLCA): Beberapa Persoalan Penting dalam Mengiktiraf Pelaksanaanya.

Similar documents
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

P U A N Z A I N A H B I N T I R U J I H A N ( P E N G A R A H, B A H A G I A N H U B U N G A N I N D U S T R I D A N K E B O L E H PA S A R A N ) P O

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/01. September/Oktober EAL 534/4 Perancangan Dan Dasar Pengangkutan

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

ENHANCED COPY-PASTE IMAGE FORGERY DETECTION BASED ON ARCHIMEDEAN SPIRAL AND COARSE-TO-FINE APPROACH MOHAMMAD AKBARPOUR SEKEH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MAT 222 Differential Equations II [Persamaan Pembezaan II]

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

EME 451/3 Computational Fluid Dynamics Pengkomputeran Dinamik Bendalir

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT244 Artificial Intelligence [Kecerdasan Buatan]

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

EMH 451 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

KEPERLUAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN DALAM GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

FRAGMENT REWEIGHTING IN LIGAND-BASED VIRTUAL SCREENING ALI AHMED ALFAKIABDALLA ABDELRAHIM

Proses Pembuatan (Manufacturing Process)

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEORI KETUMPATAN BERFUNGSI

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

SOLUBILITY MODEL OF PALM OIL EXTRACTION FROM PALM FRUIT USING SUB-CRITICAL R134a NUR SYUHADA BINTI ABD RAHMAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Section A [28 marks / markah] Answer all question Jawab semua soalan

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

... [1 mark] pembolehubah bergerakbalas the responding variable. ... [1 mark] pembolehubah yang dimalarkan constant variable. ...

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

CPT244 Artificial Intelligence [Kecerdasan Buatan]

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

INFLUENCE OF RAINFALL ON THE CAPACITY OF SINGLE CARRIAGEWAY IN MALAYSIA HASHIM MOHAMMED ALHASSAN

MSG 356 Mathematical Programming [Pengaturcaraan Matematik]

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. This paper contains two sections, Section A and Section B.

EME 411 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 13(2) 2017, Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ESA461/2 Flight Stability and Control II [Kawalan dan Kestabilan Pesawat II]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT115 Mathematical Methods for Computer Science [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

REG 363 Site Investigation (Kajian Tapak)

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

SHAPE-BASED TWO DIMENSIONAL DESCRIPTOR FOR SEARCHING MOLECULAR DATABASE

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

NEW SOL-GEL SILICA-BASED HYBRID MATERIALS AND THEIR APPLICATIONS IN THE ANALYSIS OF ORGANOPHOSPHORUS PESTICIDES IN VARIOUS MATRICES

SMK KHIR JOHARI SG SUMUN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2018 TINGKATAN 5

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

ESA 367/2 Flight Stability & Control I Kestabilan & Kawalan Penerbangan I

ROCK SHAFT RESISTANCE OF BORED PILES SOCKETED INTO DECOMPOSED MALAYSIA GRANITE RAJA SHAHROM NIZAM SHAH BIN RAJA SHOIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

EMH 211 Thermodynamics [Termodinamik]

ONLINE LOCATION DETERMINATION OF SWITCHED CAPACITOR BANK IN DISTRIBUTION SYSTEM AHMED JAMAL NOORI AL-ANI

SCES2250 : SPEKTROSKOPI MOLEKUL & INTERPRETASI MOLECULAR SPECTROSCOPY INTERPRETATION

EMH 451/3 Numerical Methods For Engineers Kaedah Berangka Untuk Jurutera

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MAT 111 Linear Algebra [Aljabar Linear]

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

KOT 222 Organic Chemistry II [Kimia Organik II]

APLIKASI PEMPROSESAN IMEJ MENGGUNAKAN SCILAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

17. Power, P = energy. 1. a = v - u. 2. v 2 = u 2 + 2as. 3. s = ut + ½ at Power, P = IV Kuasa. 4. momentum = mv. 5. F = ma 19.

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

Transcription:

Life Cycle Thinking 1 Penilaian Kitar Hayat Sosial (SLCA): Beberapa Persoalan Penting dalam Mengiktiraf Pelaksanaanya. Amir Hamzah Sharaai Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang : amirhamzahsharaai@hotmail.com Diterima untuk diterbitkan pada: 23 APRIL 2012 Bolehkah impak sosial dikira? Secara umumnya Penilaian Kitar Hayat atau Life Cycle Assessment (LCA) adalah pendekatan utama yang menilai kesan alam sekitar pada sistem sesuatu produk. Penilaian ini mencakupi tiga aspek utama dalam kelestarian alam sekitar iaitu ekologi, ekonomi dan ekuiti sosial yang menggunakan unit berfungsi yang sama dan sempadanan sistem dalam bentuk kuantitatif dengan harapan dapat menilai sama ada sistem-sistem produk alternatif itu lebih atau kurang lestari (Klopffer 2003, 2008; Reap et al. 2008b). Pelbagai cabaran metodologi mungkin membawa kita mempersoalkan kemungkinan penilaian kitar hayat sosial (SLCA), meskipun kumpulan kerja UNEP menyatakan tidak terdapat sebarang halangan asas (Grießhammer et al. 2006). Kebimbangan sosial ini pelbagai hingga memperlihatkan lebih daripada 200 penunjuk dengan wajaran yang berbeza dari kumpulan-kumpulan yang berbeza (Hunkeler and Rebitzer 2005). Banyak penunjuk sosial samada menerangkan kesan atau kelakuan yang mempengaruhi satu kesan khusus dan bukan tingkah laku asas yang akan selari aliran di LCA (Joergensen et al. 2008). Terdapat juga percanggahan di mana kesan sosial tidak langsung berkaitan dengan aliran proses, tetapi lebih kepada cara sebuah syarikat tertentu berinteraksi dengan pihak berkepentingan (Dryer et al. 2006; Hauschild et al. 2008). Ini akan menekankan keperluan syarikat-lokasi-data spesifik dan seterusnya merumitkan bagi memperuntukkan impak kepada produk tertentu. Banyak petunjuk sukar untuk dikira dan ia hanya boleh dinilai dari segi kualitatif. Langkah-langkah tambahan pengumpulan data dan pemodelan perlu untuk menghubungkan sifat-sifat titik tengah kepada kemusnahan spesifik boleh menyebabkan ketidaktentuan yang besar. Kepelbagaian anggaran luaran untuk penjanaan elektrik yang disebabkan oleh ketidaktentuan metodologi adalah setanding dengan yang disebabkan oleh teknologi alternatif adalah berbeza seperti solar dan arang batu, mencadangkan bahawa pendekatan hanya boleh memberikan jawapan yang tidak jelas iaitu apabila pilihan adalah amat jelas bahawa analisis tidak perlu (Lenzen 2006). Einstein menegaskan bahawa Tidak semua yang boleh dikira perlu diambil kira, dan tidak semua yang dikira boleh dikira. Klopffer (2003, 2008) menekankan bahawa SLCA atau Penilaian Kitar Hidup Lestari (Life cycle sustainability assessments) adalah untuk memberi keputusan yang boleh dipercayai yang boleh memaklumkan keputusan (dan memudahkan pembelajaran) di pelbagai peringkat masyarakat. Orang ramai tidak perlu atau sering menggunakan pengetahuan terperinci laluan impak atau kos kerosakan untuk membuat pertimbangan mengenai risiko atau faedah relatif sesuatu produk alternatif atau teknologi

Life Cycle Thinking 2 (Lenzen 2006). Teorem Mustahil Arrow menyatakan bahawa pilihan kolektif tidak boleh menjadi logik dan adil (Arrow 1963). Ia mungkin lebih penting bahawa SLCA mentakrifkan proses rasional yang akan dilihat sebagai adil daripada menghasilkan satu jawapan yang kuantitatif tidak kabur. Bilangan pertimbangan yang berpotensi berbanding dengan keberkesanan atau kelestarian tindakan organisasi menjadikan ia penting untuk memberi tumpuan kepada beberapa pilihan isu yang paling menonjol. Dalam dunia yang bergantung kepada keadaan di mana perhatian pengurusan sumber yang terhad, maklumat yang lebih terperinci boleh menjadi amat berharga yang hanya berfungsi untuk mengalih fokus dari perhatian sepatutnya kepada pihak yang berkepentingan yang terlibat (Simon 1978). Kerumitan adalah sifat yang begitu dalam sesuatu perkara, dan mencari prosedur penghampiran yang diterima dan heuristik yang membenarkan ruang yang besar untuk dicari secara selektif terletak pada kebijaksanaan... (ms 12). Bertanyakan soalan yang betul biasanya lebih penting daripada mengira-ngira jawatan yang betul. Apakah soalannya dan Siapakah pula yang bertanya? Untuk menjadi alat yang berguna SLCA mesti menyesuaikan diri dengan konteks sebenar yang berkaitan dengan pembuat keputusan (Hauschild et al. 2008). Semua kesan yang signifikan mesti dipertimbangkan, dan hubungan tindakan sesuatu organisasi dan impak atau kemusnahan kepada pihak berkepentingan yang terlibat sepatutnya jelas serta agak tertentu (Dreyer et al. 2006). Akhirnya, maklumat inventori yang diperlukan, prosedur terperinci bagi mengukur impak, dan beberapa persetujuan bagaimana untuk menilai atau menimbang kategori impak yang berbeza semua perlu untuk diseimbangkan mengikut keperluan pembuat keputusan (Joergensen et al. 2008). Pada masa yang sama, perlu ada beberapa ketekalan atau piawaian untuk membina kredibiliti dengan pihak-pihak berkepentingan dan untuk mengelakkan analisis yang pincang dengan andaian yang disesuaikan dengan jawapan yang dikehendaki. Projek pembangunan lestari oleh World Business Council khusus bagi penggunaan lestari mencadangkan tiga kelas yang luas bagi keputusan-keputusan yang mana SLCA boleh membantu perniagaan ke arah sistem produk yang lestari (2008) iaitu: 1. Inovasi proses perniagaan untuk pembangunan produk baru, perkhidmatan dan perniagaan yang lebih baik, 2. Pilihan Mempengaruh penggunaan pemasaran dan meningkatkan kempen kesedaran untuk menggalakkan pengguna untuk memilih dan menggunakan produk yang lestari, dan 3. Pilihan Menyunting (edit) penyingkiran produk dan perkhidmatan yang tidak lestari dari tempat pasaran. Setiap kelas keputusan akan mengenakan satu set keperluan minimum bagi setiap orang berkepentingan yang terlibat, jenis maklumat yang diperlukan, dan kriteria untuk menilai kualiti keputusan itu. Ia juga adalah penting untuk menyedari bahawa setiap soalan ini boleh diminta oleh perniagaan yang mencari masyarakat atau masyarakat yang mencari perniagaan.

Life Cycle Thinking 3 Inovasi pula pada dasarnya merupakan suatu proses dalaman perniagaan. Perspektif perniagaan akan bergantung kepada langkah-langkah yang kebanyakannya kuantitatif, dan kualiti keputusan mereka akhirnya akan diadili oleh kejayaan kewangan syarikat itu. Pihak berkepentingan yang berkaitan terutamanya akan menjadi orang yang terlibat secara langsung dengan transaksi kewangan yang berkaitan dengan membina, menjual, memberi perkhidmatan dan melupuskan produk. Kesan luaran atau orang berkepentingan yang dipengaruhi secara tidak langsung akan dimasukkan hanya apabila isu-isu tersebut boleh disepadukan ke dalam penawaran produk dan nilai yang terhasil diperolehi berdasarkan struktur kewangan semasa. Walau bagaimanapun, penerimaan sosial terhadap inovasi teknologi adalah satu keperluan untuk kejayaan dalam bentuk kewangan. Inovasi dipacu oleh pengguna bagi gajet baru dengan pengembangan fungsi, dan pengguna selalunya tidak menggunakan produk baru sebagaimana kehendak pereka bentuk. Cara produk tersebut diterima pakai dan diterapkan dalam struktur sosial dan teknikal yang sedia ada akan menentukan impak yang terhasil (Rohracher 2003). Melihat inovasi dari perspektif pengguna akhir boleh membawa kepada inovasi yang lebih berjaya serta lestari. Pilihan Mempengaruhi harus menjadi perbualan dua hala antara perniagaan dan masyarakat (awam dan kerajaan) untuk membangun satu kefahaman yang sama mengenai apa yang dianggap sebagai produk atau gaya hidup yang lestari. Pendekatan tersebut semestinya lebih inklusif dan kualitatif. Para pengguna sedang berusaha meyakinkan syarikat-syarikat menyedari kerosakan yang tidak dapat dilihat disebabkan oleh produk atau kerugian tidak langsung, dan begitu sukar untuk diukur serta hasil dari satu siri kesan majmuk (Turner et al. 2008). Kualiti keputusan akan dinilai dari segi maklumat yang dipercayai dan relevan, yang akhirnya, mendapat sokongan awam bagi syarikat yang berinisiatif lestari. Cabaran membangunkan satu penunjuk sosial umum yang diterima, memilih keputusan paling relevan, dan bersetuju pada data dan prosedur yang digunakan untuk mengukur dan menunjukkan prestasi menjadi perkara yang penting. Tidak semua masalah akan akur menyelesaikan masalah melalui inisiatif sukarela korporat dalam penyelesaian berasaskan pasaran. Akan sentiasa terdapat kerosakan tidak langsung yang disebabkan oleh tindakan-tindakan yang lain (Turner et al. 2008). Semua produk memberi manfaat kepada kumpulan pihak berkepentingan pada perbelanjaan kumpulan yang lain. Pada suatu ketika, faedah keseluruhan pada masyarakat tidak dapat memberi justifikasi kepada punca kerosakan. Proses politik digunakan untuk memutuskan satu produk tersebut tidak lestari mestilah bersifat menyeluruh dan mengesahkan semua pihak berkepentingan yang berminat kerana suara mereka didengari. Keperluan maklumat itu adalah kompleks. Data mesti dikumpulkan perlu bermakna kepada pihak berkepentingan yang terlibat, tetapi diproses dalam bentuk tertentu serasi dengan prosedur undang-undang dan peraturan. Kualiti satu keputusan itu akan dihakimi berdasarkan kepada keadilan dan kekonsistenan. Mewujudkan satu perkaitan sebab dan akibat dari tindakan syarikat kepada kesan akhir yang diterima oleh pihak berkepentingan yang terlibat dilihat sebagai munasabah dan mungkin juga sebagai satu cabaran utama untuk memacu tindakan dan memaklumkan dasar awam. Pilihan Penyuntingan adalah kebanyakkannya melibatkan proses sosiopolitik untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada perniagaan, tetapi boleh menjadi sama penting jika dilihat dari perspektif perniagaan sebagai satu proses pengurusan risiko.

Life Cycle Thinking 4 Jadual 1: Masalah dalam LCA mengikut Fasa (Reap et al. 2008a, b) Fasa 1. Definisi Matlamat dan Skop Masalah Definisi unit berfungsi Pemilihan sempadan Kesan sosial dan ekonomi Pertimbangan senario alternatif 2. Inventori Kitar Hayat Peruntukan (allocation) Kriteria pemotongan (cutoff) Keunikan teknikal tempatan 3. Penilaian Impak Kitar Hayat Kategori impak dan pemilihan metodologi variasi ruang (spatial variation) Keunikan persekitaran tempatan Dinamik persekitaran Horizon masa 4. Interpretasi Kitar Hayat Pewajaran (weighting) dan Nilaian (valuation) Ketidaktentuan dalam proses membuat keputusan 5. Keseluruhan Ketersediaan dan kualiti data Soalan-soalan penting bagi satu metadologi SLCA yang praktikal Matlamat yang munasabah bagi SLCA adalah dengan mentakrif satu proses yang boleh dipercayai yang akan membantu pembuat keputusan mempertimbangkan minat pihak berkepentingan luar secara efektif di luar sfera minat mereka misalnya sistem produk yang lain, kawasan geografi yang lain, generasi akan datang, dan sebagainya, serta membuat pilihan fungsi yang bergerak ke arah objektif yang saling boleh diterima (Musters et al 1998). Isu-isu kritikal untuk SLCA adalah hampir serupa dengan apa yang dikenalpasti dalam kaedah LCA yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan (Rujuk Jadual 1). Keperluan khusus bagi tiga kelas keputusan yang dibincangkan di atas boleh membantu penyelidik ke arah metodologi yang memberikan penyelesaian yang agak baik daripada soalan-soalan yang betul. Penyelidik SLCA akan perlu menimbangkan masalah-masalah seperti kesan sosial, dan sebaliknya, bagaimana boleh pertimbangan kesan sosial menyumbang kepada kemajuan metadologi berkaitan dengan LCA dan juga Kitar Hayat Kos (LCC). Kesan sosial pada dasarnya berlaku dalam mendefinisikan unit berfungsi dan menggariskan sempadan sistem. Kaedah kitar hayat cuba untuk mentakrifkan unit berfungsi yang membolehkan sistem produk yang berbeza untuk dibandingkan dengan satu asas yang sama. Walaubagaimanapun syarikat terus menerus berinovasi ke atas produk mereka dengan membina ciri-ciri atau fungsi baru yang membezakannya dengan syarikat lain untuk lebih berdaya saing dan juga mengelakkan saingan yang sengit dari segi kos dan penyampaiannya. Pelbagai ciri dan perkhidmatan sokongan pelanggan digunakan untuk mewujudkan kos penukaran dan membina kesetiaan terhadap jenama. Kaitan emosi pelanggan juga dihubungkan kepada faedah sosial dan kos produk itu. Oleh itu, ekonomi tumbuh dengan menyerap lebih banyak ciri-ciri sosial dan dunia semula jadi sebagai sumber-sumber untuk digerakkan sebagai kelebihan daya saing (Anderson 2006). Kesan luaran adalah zon konflik, yang mana ia memutuskan di mana untuk melukis sempadan merupakan soalan asas bagi kelestarian, dan satu yang akan terus berkembang

Life Cycle Thinking 5 dari masa ke semasa. Misalnya apakah unit berfungsi iphone berbanding beratus-ratus aplikasi yang lain? Teknologi telefon selular boleh meningkatkan keuntungan petani miskin dalam membangunkan ekonomi atau pengedar dadah di kawasan penduduk yang padat. Teknologi yang mempunyai pelbagai kesan terhadap bagaimana manusia berkomunikasi antara satu sama lain yang mungkin menjangkau lebih jauh daripada apa yang dibayangkan oleh pereka telefon awal. Mana-mana persempadanan sempadan sistem akan menjadi tentatif, berdasarkan kepada andaian semasa impak yang berkaitan dan pihak berkepentingan yang terlibat (Musters et al. 1998). Memandangkan kerumitan ini, satu cadangan yang praktikal adalah bahawa penggunaan produk dimodelkan berdasarkan definis kategori produk yang mantap (Joergensen et al. 2008). Penyelidikan dalam menyokong dasar produk bersepadu (IPP) untuk mengenalpasti dan mengutamakan mana kategori produk menghubung kepada kesan yang paling ketara yang boleh memberi maklumat yang berguna (Tukker dan Jansen 2006). Satu lagi cadangan yang baik adalah untuk menganalisis inventori alam sekitar untuk menentukan kawalan ke atas, organisasi dan tindakan dalam kitaran hayat untuk mengenal pasti memberi kesan kepada struktur sosial, budaya, dan politik (Hutchins dan Sutherland 2008). Menstruktur kajian LCA dan LCC dengan sempandan konsisten adalah penting untuk mendapatkan keputusan teknikal yang sah. Walaubagaimanapun, menilai zon konflik pada sempadan sistem yang ditakrifkan adalah proses sosial yang akhirnya akan menentukan jika keputusan diterima atau diambil tindakan. Ia akan menjadi sama penting untuk berkomunikasi secara efektif kriteria untuk siapa dan apa yang telah dimasukkan dan dikecualikan dari penilaian itu. Satu lagi soalan kritikal untuk SLCA sama ada kategori impak boleh dikaitkan dengan data inventori berasaskan proses yang sama digunakan dalam LCA dan LCC. Jika impak sosial tidak langsung berkaitan dengan aliran proses, maka akan perlu peraturan yang jelas untuk memperuntukkan kesan kepada sistem produk spesifik. Dreyer et al. (2006) mencadangkan menentukan satu faktor yang berkongsi untuk agregat berat setiap profil sosial syarikat di sepanjang rantaian produk. Norris (2006) mencadangkan satu kaedah untuk penilaian kitar hayat atribut untuk meringkaskan sifat-sifat proses di seluruh rantaian bekalan syarikat. Klopffer (2003, 2008) mempertikaikan bahawa, untuk penilaian kelestarian produk, semua impak mesti secara kuantitatif dikaitkan dengan satu unit berfungsi. Weidema (2006) mengambil dari analisis kos faedah dan LCA untuk mencadangkan satu set penunjuk komprehensif dan menyediakan contoh-contoh rantaian kesan, menghubungkan penunjuk inventori sosial kepada impak kepada kesejahteraan dan produktiviti manusia. Hunkeler (2006) menguraikan proses unit inventori kitar hayat ke dalam tempoh berkerja serantau, dan kemudian menilai impak sosial yang berdasarkan keupayaan untuk menggunakan pendapatan pekerja untuk mendapatkan keperluan asas, seperti makanan dan perumahan. Menyelesaikan soalan-soalan ini adalah langkah penting dalam menentukan dan mengesahkan petunjuk-petunjuk sosial. Satu set soalan ketiga berkaitan dengan putus hubungan yang wujud di antara logik global rantaian nilai produk dan penilaian kelestarian berasaskan tempat. Variasi ruang aspek-aspek alam sekitar dan kesan yang terhasil telah menunjukkan bukti yang boleh menyebabkan beberapa magnitud perubahan (Reap et al. 2008b). Walaupun data tapak generik telah digunakan, SLCA akan perlu untuk membolehkan penilaian khusus lokasi untuk keutamaan berbeza pada komuniti berbeza. Di sini sekali lagi, penyelidikan IPP boleh menawarkan hasrat yang bermakna

Life Cycle Thinking 6 mengenai senibina maklumat yang diperlukan untuk menyokong membuat keputusan mengenai sistem teknikal (Tukker et al. 2006). Model tapak khusus mungkin akan menjadi terlalu kompleks untuk pereka cipta produk, tetapi ia mungkin boleh jadi untuk menggunakan modelmodel kebangsaan dan serantau sebagai piawaian penentukuran untuk alat sokongan reka bentuk yang lebih mudah (Reap et al. 2008b). Ia seolah-olahnya lokasi yang berbeza bukan sahaja akan memilih kategori impak secara berbeza tetap sebenarnya menumpukan kepada kategori impak yang berbeza sepenuhnya. Kategori impak boleh ditakrifkan kepada gabungan pendekatan atas ke bawah (top-down) dan bawah ke atas (bottom-up). Pengenalpastian bawah ke atas menumpukan kepada isu-isu berkaitan dengan keputsan konteks tertentu seperti sektor industri, kategori produk, dan kawasan geografi. Pengenalpastian atas ke bawah pula menumpukan kepada nilai sejagat seperti yang termaktub dalam perjanjian antara bangsa seperti Universal Declaration of Human Rights, yang mewujudkan keperluan minimum yang memuaskan hati dalam semua kes (Dreyer et al. 2006). Menggabungkan pendekatan -pendekatan ini ke dalam sistem yang jelas yang boleh digunakan secara praktikal akan menjadi satu lagi cabarannya. Rumusan dari Pembentangan Kertas kerja Kajian kemungkinan UNEP mengenalpasti satu set langkah-langkah lanjut untuk menggalakkan penggunaan pembangunan dan kegunaan praktikal SLCA yang juga bertindak sebagai satu cara berguna menjemput membentangkan kertas-kertas kerja ( Jadual 2). Perbincangan ini boleh menyediakan panduan tambahan bagi kerja-kerja pada masa akan datang untuk menyelesaikan beberapa soalan-soalan kritikal dan untuk menunjukkan bagaimana SLCA boleh digunakan untuk memaklumkan keputusan-keputusan di pelbagai peringkat masyarakat. Jadual 2: Langkah lanjut untuk membangunkan SLCA (Grieβhammer et al. 2006) 1. Melaksanakan kajian kes 2. Menetapkan satu senarai penunjuk sosial yang diterima secara umum 3. Mentakrif dan mencirikan penunjuk individu 4. Memeriksa dan memperbaikan pangkala data sedia ada untuk rantaian huluan 5. Bersetuju dengan satu cara menyediakan maklumat 6. Menghasilkan satu kod amalan Adalah dinasihatkan agar bila bermula dengan soalan-soalan yang besar, di mana walaupun penghampiran kasar boleh memberikan maklumat yang berguna. Makanan, tenaga, pengangkutan, dan perkumahan telah menunjukkan sebahagian besarnya menentukan footprint ekologi kita. Persembahan produk dalam sektor-sektor ini menyelesaikan keperluan asas kita, tetapi juga dalam ekonomi yang maju ia bersaing atas dasar psikologi, estetik, atau keinginan pengalaman (Anderson 2006). Kajian kes dalam sektor-sektor ini boleh meneroka definisi bagi unit berfungsi dan pemilihan sempadan sistem. Kajian retrospektif pada inovasi-inovasi teknologi terdahulu boleh memberi maklumat yang berguna pada inovasi yang gagal atau elemen-elemen utama sesuatu kod amalan (daripada inovasi yan g berjaya). Penerokaan kajian kes inovasi berstatus kontroversi, misalnya rekod-rekod digital perubatan, makanan GMO, atau nanoteknologi boleh mentaksir nilai SLCA untuk memaklumkan proses-proses keputusan inovasi.

Life Cycle Thinking 7 Gambaran keseluruhan yang lebih luas daripada kajian kes boleh dilengkapkan dengan lebih produktif dengan kajian yang lebih terperinci dalam penunjuk sosial. Hal ini berkemungkinan akan mendapatkan manfaat dari pendekatan bawah ke atas dan atas ke bawah yang dibincangkan di atas. Pendekatan bawah ke atas memberi tumpuan kepada keperluan pihak berkepentingan dan relevan kepada keputusan yang dalam pertimbangan. Pendekatan dari atas ke bawah memberi tumpuan kepada keperluan asas yang menetapkan beberapa peringkat prestasi minimum bagi piawaian melalui perjanjian kod amalan industri antarabangsa, dan lainlain lagi. Butir-butir bagaimana untuk menentukan dan mengukur setiap penunjuk, ketersediaan dan kualiti data yang perlu, hubungan inventori breasaskan proses, dan kesesuaian penunjuk untuk membuat keputusan pada pelbagai peringkat merupakan topik-topik menarik. Penggunaan proses data inventori biasa dan model-model menawarkan sinergi yang jelas dan akan memudahkan penggunakan pendekatan kitar hayat dalam membuat keputusan (Hunkeler 2006; Hunkeler dan Rebitzer 2005. Mengesahkan bahawa penunjuk sosial dapat dikaitkan dengan unit berfungsi melalui struktur data inventori kitar hayat yang sama akan menjadi sumbangan yang berharga. Pendekatan Hunkeler (2008) dalam menggunakan waktu bekerja setiap elemen inventori memperlihatkan bagaimana berkesan ekonomi pasaran meningkatkan kesejahteraan kita, dan dengan itu ia perlu dilanjutkan usaha pendekatan ini. Ia akan menjadi lebih menarik untuk meneroka implikasi tahap kemahiran yang berbeza dalam pekerjaan dan pengagihan manfaat ekonomi antara buruh dan modal, yang mana ia merupakan persoalan-persoalan penting dalam mewujudkan kehidupan lestari. Menggabungkan penunjuk dan pengajaran dari kajian kes untuk melakarkan kod amalan adalah matlamat utama. Kritikan terhadap kelas-kelas keputusan yang dicadangkan sebagai satu prinsip kod organisasi sangat mengalu-alukan cadangan skema yang lain. Penerokaan Pilihan Keputusan Penyuntingan yang disebut sebelum ini boleh membantu menghalusi definisi dan matlamat pengeluaran dan penggunaan lestari. Ia akan kelihatan bahawa kesan negatif yang tidak lestari merentasi kategori produk yang begitu banyak, misalnya bahan kimia toksik, adalah satu analisis yang berasaskan produk mungkin tidak dapat membantu. Dalam kes lain, produk yang dikaitkan dengan jelas kepada kerosakan, misalnya alkohol dan tembakau. Kertas kerja menilai kebergunaan SLCA dalam dasar awam akan menjadi sumbangan yang begitu berharga. Perlu diingatkan bahawa produk lestari tidak semestinya akan menghasilkan komuniti yang lestari juga. Sekiranya matlamat kita adalah keputusan yang dimaklumkan pada pelbagai peringkat masyarakat, ia akan menjadi perlu untuk menghubungkan perspektif global dan berasaskan bahaya rantaian produk kepada perspektif komuniti berasaskan risiko dan serantau. Impak spesifik dalam masyarakat akan bergantung kepada campuran tertentu rantaian produk yang mengalir melalui kawasan itu. Ia adalah di luar skop mana-mana syarikat tunggal untuk mempertimbangkan interaksi kompleks ini dalam pilihan rekabentuk produk mereka. Pada masa yang sama, syarikat akan berminat dalam mengesahkan bahawa inisiatif mereka sebenarnya menghasilkan faedah yang disasarkan. Seni bina data yang membenarkan perkongsian data yang cekap antara model keputusan bagi pelbagai skala akan membantu meningkatkan nilai SLCA kepada pembuat keputusan awam dan juga swasta. Penyelidikan dalam pengurusan rantaian bekalan atau perancangan wilayah mungkin memberi maklumat yang berguna.

Life Cycle Thinking 8 Senarai perbincangan di atas sudah tentu tidak lengkap. SLCA menawarkan satu landskap yang luas topik-topik penyelidikan yang berpotensi. Rumusan menjadi lebih baik sekiranya dapat memasukkan peringatan dari Hunkeler dan Rebitzer (2005) iaitu tambahan tahap kecanggihan, dan juga model-model baru, tidak seharus mengabaikan keperluan dan realiti membuat keputusan. Kita perlu pendekatan yang mudah tetapi tidak begitu mudah untuk mengimbas dunia yang kompleks dan memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran yang terbaik akan menggerakkan kita ke arah model perniagaan yang lestari (Klopffer 2003). Mungkin langkah pertama yang berguna untuk mengenalpasti soalan-soalan yang penting dalam menjawab isu-isu dalam SLCA adalah menjelaskan apa yang kita tidak tahu bagi memudahkan kita menjawab soalan-soalan itu, dan mengiktiraf bahawa apa-apa penilaian lestari akan menjadi satu perjalanan dalam mempelajarinya. RUJUKAN Anderson V (2006) Turning economics inside out. Int J Green Econ 1 (1/2):11 22 Arrow KJ (1963) Social choice and individual values, 2nd edn. Yale University Press, New Haven, CT Dreyer LC, Hauschild MZ, Schierbeck J (2006) A framework for social life cycle impact assessment. Int J Life Cycle Assess 11(2):88-97 Grießhammer R, Benoît C, Dreyer LC, Flysjö A, Manhart A, Mazjin B `(2006) Feasibility study: integration of social aspects into LCA. Available at http://fr1.estis.net/builder/includes/page.asp?site=lcinit&page_id=d45a9a8f- 10FA-4501-BF93-FB9AEAE4D163. Accessed 20 January 2009 Hauschild MZ, Dreyer LC, Joergensen A (2008) Assessing social impacts in a life cycle perspective lessons learned. CIRP Annals Manufacturing Technology 57:21 24 Hunkeler D (2006) Societal LCA methodology and case study. Int J Life Cycle Assess 11(6):371 382 Hunkeler D, Rebitzer G (2005) The future of life cycle assessment. Int J Life Cycle Assess 10(5):305 308 Hutchins MJ, Sutherland JW (2008) An exploration of measures of social sustainability and their application to supply chain decisions. J Clean Prod 16:1688 1698 Joergensen A, Le Bocq A, Nazarkina L, Hauschild MZ (2008) Methodologies for social life cycle assessment. Int J Life Cycle Assess 13(2):96 103 Klöpffer W (2003) Life-cycle based methods for sustainable product development. Int J Life Cycle Assess 8(3):157 159 Klöpffer W (2008) Life cycle sustainability assessment of products. Int J Life Cycle Assess 13(2):89 94 Lenzen M (2006) Uncertainty in impact and externality assessments: implications for decision-making. Int J Life Cycle Assess 11(3):189 199 Musters CJM, de Graaf HJ, ter Keurs WJ (1998) Defining socioenvironmental systems for sustainable development. Ecol Econ 26:243 258 Norris GA (2006) Social impacts in product life cycles: towards life cycle attribute assessment. Int J Life Cycle Assess 11(1):97 104 Reap J, Roman F, Duncan S, Bras B (2008a) A survey of unresolved problems in life cycle assessment. Part 1: goal and scope and inventory analysis. Int J Life Cycle Assess 13(4):290 300 Reap J, Roman F, Duncan S, Bras B (2008b) A survey of unresolved problems in life cycle assessment. Part 2: impact assessment and interpretation. Int J Life Cycle Assess 13(5):374 388 Rohracher H (2003) The role of users in the social shaping of environmental technologies. Innovation 16(2): 177 192 Simon HA (1978) Rationality as a process and product of thought. Am Econ Rev 68(2):1 16 Tukker A, Jansen B (2006) Environmental impacts of products: a detailed review of studies. J Ind Ecol 10(3): 159 182 TukkerA, Eder P, Suh S (2006) Environmental impacts of products: policy relevant information and data challenges. J Ind Ecol 10(3):183 198 Turner NJ, Gregory R, Brooks C, Failing L, Satterfield T (2008) From invisibility to transparency: identifying the implications. Ecol Soc 13(2), article 7. Available at http://www.ecologyandsociety.org/vol13/iss2/art7/ WBCSD (2008) Sustainable consumption facts and trends: from a business perspective. World Business Council for Sustainable Development, Geneva, Switzerland