TEKS UCAPAN YBHG DATUK IR (DR) ABDUL RAHIM HAJI HASHIM NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE 17 AHAD, 15 OCTOBER 2017 DEWAN CANSELOR, UTP

Similar documents
HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

P U A N Z A I N A H B I N T I R U J I H A N ( P E N G A R A H, B A H A G I A N H U B U N G A N I N D U S T R I D A N K E B O L E H PA S A R A N ) P O

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HASSAN, NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA, SEMPENA MAJLIS PESTA CAHAYA 2010 PERINGKAT UTEM

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

UCAPAN PERASMIAN HARI JEDA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKASA KE 46 & PENGANUGERAHAN KAKITANGAN ANGKASA Mei 2017 (Jumaat) 8.

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

LAPORAN AKTIVITI KE LUAR NEGARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 BUTIRAN AKTIVITI. Department of Tourism, Ho Chi Minh City, Vietnam

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ESA 380/3 Orbital Mechanics [Mekanik Orbit]

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

LAPORAN TAHUNAN ANNUAL REPORT 2002

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

Nilai Tambah Dalam Kurikulum Sains Sosial dan Sastera: Satu Perspektif Added Value in the Social Science and Literature Curriculum: A Perspective

MAT 100 Foundation Mathematics [Asas Matematik]

SCES2250 : SPEKTROSKOPI MOLEKUL & INTERPRETASI MOLECULAR SPECTROSCOPY & INTERPRETATION

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

MGM551 - Operations Research [ Penyelidikan Operasi]

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

SOLUBILITY MODEL OF PALM OIL EXTRACTION FROM PALM FRUIT USING SUB-CRITICAL R134a NUR SYUHADA BINTI ABD RAHMAN

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Form 1 Mid year. 2 Find the value of each of the following. Cari nilai bagi setiap yang berikut. (a)

1.2 Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian di atas semua sebab adalah seperti berikut: - (71-75 tahun) RM250 RM625 RM625 RM625

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 KIMIA Kertas 3 1 ½ jam Satu jam tiga puluh minit

COMPUTATIONAL STUDY OF TURBULENT UNCONFINED SWIRL FLAMES ANIS ATHIRAH BINTI MOHD AZLI

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

Satu Pengalaman Di Malaysia

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

EAS151 Statics and Dynamics [Statik dan Dinamik]

MONTE CARLO SIMULATION OF NEUTRON RADIOGRAPHY 2 (NUR-2) SYSTEM AT TRIGA MARK II RESEARCH REACTOR OF MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

MSG 356 Mathematical Programming [Pengaturcaraan Matematik]

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

MODELING AND CONTROL OF A CLASS OF AERIAL ROBOTIC SYSTEMS TAN ENG TECK UNIVERSITI TEKNOLOGY MALAYSIA

EFFECTS OF Ni 3 Ti (DO 24 ) PRECIPITATES AND COMPOSITION ON Ni-BASED SUPERALLOYS USING MOLECULAR DYNAMICS METHOD

NUMERICAL INVESTIGATION OF TURBULENT NANOFLUID FLOW EFFECT ON ENHANCING HEAT TRANSFER IN STRAIGHT CHANNELS DHAFIR GIYATH JEHAD

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

FLOOD MAPPING OF NORTHERN PENINSULAR MALAYSIA USING SAR IMAGES HAFSAT SALEH DUTSENWAI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA VARIABLE STEP VARIABLE ORDER BLOCK BACKWARD DIFFERENTIATION FORMULAE FOR SOLVING STIFF ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATIONS

PREDICTION OF FREE FATTY ACID IN CRUDE PALM OIL USING NEAR INFRARED SPECTROSCOPY SITI NURHIDAYAH NAQIAH BINTI ABDULL RANI

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ESA 380/3 Orbital Mechanics Mekanik Orbit

EMH 211 Thermodynamics [Termodinamik]

EAS 254E/3 Structural Analysis (Analisis Struktur)

PREDICTING TURBULENT FLOW IN A STAGGERED TUBE MOHD ADIB MUIZZUDDIN BIN MOHLIS

Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui

CHANGE DETECTION ON KLANG AREA USING LANDSAT 5-TM DATA NURAMALINA BINTI MAT SERAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EMH 211 Thermodynamics [Termodinamik]

SULIT /1. Answer all questions. Jawab semua soalan.

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) essay questions. Answer any FOUR (4) questions only.

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

ANOLYTE SOLUTION GENERATED FROM ELECTROCHEMICAL ACTIVATION PROCESS FOR THE TREATMENT OF PHENOL

MICROWAVE SYNTHESIS OF SODALITE FROM COAL FLY ASH AS SOLID BASE CATALYST FOR KNOEVENAGEL REACTION MOHD HILMI BIN MOHAMED

MST 562 Stochastic Processes [Proses Stokastik]

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

KONVENSYEN PENTADBIR UTM 2003

BUDAYA DAN PENGEMBARAAN SEBAGAI PENDORONG PEMILIHAN KERJAYA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Transcription:

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IR (DR) ABDUL RAHIM HAJI HASHIM NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE 17 AHAD, 15 OCTOBER 2017 DEWAN CANSELOR, UTP Bismillahirrahmanirrahim Yang Berbahagia Tan Sri Sidek Hassan Pro Canselor Universiti Teknologi PETRONAS Dan Yang Berbahagia Puan Sri Dato Wan Norlina Wan Hussin Yang Berbahagia Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin Pro Canselor Universiti Teknologi PETRONAS Dan Yang Berbahagia Puan Sri Dr Azura Ahmad Tajuddin Yang Berbahagia Dato Raiha Azni Abdul Rahman Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib-Naib Canselor dan Wakil-Wakil Universiti, Ahli-Ahli Senat dan Pengurusan UTP, Tetamu-Tetamu jemputan, para ibu-bapa, tuan-tuan dan puan-puan serta para graduan yang diraikan. Assalamua aikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera 1

Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa ta ala kerana dengan limpah rahmat dan keizinannya dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS bagi meraikan kejayaan para graduan di Majlis Konvokesyen UTP kali yang ke 17 ini. Pada Majlis Konvokesyen kali ini, seramai seribu dua ratus lima puluh (1250) graduan akan dianugerahkan ijazah mereka masing-masing. Dari jumlah tersebut, sembilan puluh enam (96) orang adalah graduan Ijazah Doktor Falsafah di mana ini merupakan jumlah yang paling tinggi pernah dihasilkan oleh UTP sejak Majlis Konvokesyennya yang pertama. Seratus sepuluh (110) orang akan menerima Ijazah Sarjana manakala seribu empat puluh empat (1,044) orang pula merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Teknologi. Peratusan graduan Ijazah Sarjana Muda yang mencapai Kepujian Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas juga telah meningkat sehingga mencecah tujuh puluh lima peratus (75%). Sembilan peratus (9%) graduan Sarjana Muda merupakan pelajar antarabangsa dari dua puluh dua (22) buah negara manakala enam puluh lima peratus (65%) graduan pascasiswazah adalah terdiri dari pelajar antarabangsa dari dua puluh lima (25) buah negara. Ternyata, proses pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar-pelajar UTP telah menyerlahkan lagi bakat dan kebolehan mereka untuk meneruskan kecemerlangan setelah melalui proses saringan yang amat teliti sebelum diterima masuk ke universiti ini. Kepada para graduan yang dikasihi, anda kini menyertai sebahagian dari lima belas ribu lapan ratus enam puluh tujuh (15,867) alumni yang telah UTP lahirkan sejak tahun 2001. Sesungguhnya, UTP amat berbangga dengan para alumninya yang kini menempa kejayaan di dalam kerjaya masing-masing di seluruh pelusuk dunia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan, kerana segala usaha dan kesungguhan anda selama beberapa tahun pengajian akhirnya membuahkan hasil. Majlis Konvokesyen kita pada hari ini 2

adalah bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada kejayaan para graduan sekalian. Kepada ibu bapa yang turut meraikan kejayaan anak-anak mereka hari ini, sesungguhnya hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan. Gembira kerana hasrat anda untuk melihat anak-anak anda berjaya dalam pelajaran kini menjadi kenyataan. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada para ibu bapa kerana sentiasa bersedia untuk berkorban tenaga dan wang ringgit bagi memastikan anakanak mereka dapat melanjutkan pelajaran, memperolehi segulung ijazah, dan meneruskan kehidupan dengan bekalan ilmu yang diperlukan. Bagi pihak UTP, kami turut berbesar hati kerana dapat membantu merealisasikan hasrat tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sesungguhnya, kejayaan para graduan adalah kejayaan kita semua. Pada 10 Januari tahun ini, UTP telah menyambut ulang tahunnya yang ke dua puluh (20) tahun. Ditubuhkan oleh PETRONAS pada 10 Januari 1997, UTP telah bermula sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang memfokuskan kepada misi untuk melahirkan graduan serba boleh yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara. Sebenarnya, dua dekad bukanlah satu tempoh yang panjang namun atas usaha yang berterusan serta bertawakkal, UTP telah berjaya mencapai pelbagai bentuk kejayaan dan kecemerlangan dan kini melakar namanya di sebagai salah sebuah universiti terbaik di Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 ini bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun UTP yang ke dua puluh (20) tahun ini. Bertemakan Twenty Transformational Years, sambutan ini memberi peluang untuk mengimbas kembali 3

segala pencapaian UTP sehingga kini sebagai pembakar semangat untuk warga kerjanya terus berusaha meningkatkan kecemerlangan di masa yang akan datang. Seperti tahun-tahun yang lalu, UTP telah meneruskan kecemerlangannya di peringkat nasional dan antarabangsa. Bagi tahun 2017, UTP telah tersenarai di dalam Times Higher Education Young University Rankings 2017 di kedudukan antara 150 hingga 200. Pengiktirafan ini membawa maksud bahawa UTP adalah antara 200 universiti terbaik dunia yang berusia kurang dari lima puluh (50) tahun. Manakala bagi Times Higher Education Asia-Pacific University Ranking, UTP berada di kedudukan antara 131 dan 140 universiti di Asia Tenggara. UTP juga turut senarai di kedudukan antara 601 hingga 650 di dalam QS World University Ranking 2018 di mana dari 26,000 buah universiti di seluruh dunia, UTP berada di dalam lingkungan 2.3% universiti terbaik dunia. Bagi QS Top 50 Under 50 World University Ranking, UTP telah tersenarai di kedudukan 100 teratas untuk universiti yang berusia kurang dari lima puluh (50) tahun dan merupakan universiti paling muda dari Malaysia yang mendapat pengiktirafan tersebut. Di peringkat Asia pula, sejak penyertaan pertama UTP di QS Asia University Ranking pada tahun 2013, prestasi UTP semakin meningkat dan UTP kini berada di kedudukan 127. Dan menurut informasi terbaru yang kami diterima, terdapat peningkatan yang signifikan dalam kedudukan UTP di dalam QS Asia University Ranking tahun 2017 di mana keputusan rasminya akan diumumkan minggu hadapan. 4

Daripada sepuluh (10) program sarjana muda yang ditawarkan di UTP pula, 3 daripadanya tersenarai di antara 200 program terbaik dunia iaitu Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Walaupun baru berusia dua puluh (20) tahun, UTP telah melakar pelbagai sejarahnya yang tersendiri dengan membuktikan bahawa ia mampu untuk bersaing dengan universiti lain di dunia. Kami yakin, kejayaan demi kejayaan yang UTP kecapi selama ini adalah hasil dari penerapan budaya kerja cemerlang melalui perlaksanaan PETRONAS Culture Beliefs di mana segala gerak kerja yang dilakukan adalah menjurus kepada Results Matter dengan memberi penumpuan kepada Focused Execution dalam segala perancangan kerja. UTP terus berbangga dengan kejayaan hampir 90% graduan UTP mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam (6) bulan sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka. Misi universiti untuk melahirkan graduan serbaboleh menjadi pemangkin kepada kebolehpasaran graduan UTP kerana kami bukan sahaja memberi penekanan terhadap keupayaan teknikal tetapi juga ciri-ciri lain seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berkomunikasi. Program latihan industri selama tujuh (7) bulan yang diiktiraf oleh Talent Corporation Jabatan Perdana Menteri sebagai antara program latihan industri yang terbaik di Malaysia, turut meningkatkan kebolehupayaan pelajar-pelajar UTP untuk lebih berdaya saing. Pelajar turut digalakkan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebudayaan, kesenian, sukan dan khidmat masyarakat bagi meningkatkan daya saing dan keyakinan diri. Bagi tahun 2017 sahaja, hampir 500 aktiviti dijalankan bagi memastikan pengalaman yang dilalui oleh setiap pelajar dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi serta sifat toleransi antara satu sama lain. 5

Penubuhan Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran atau CETaL bagi melaksanakan pembelajaran secara aktif dan berasaskan teknologi (seperti active and blended learning, flipped classroom) diharap dapat membantu menjadikan pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh pelajar UTP lebih bermakna. UTP terus mengorak langkah untuk memperkasakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan seperti tahun-tahun yang dahulu, lebih dari 90% ahli akademik UTP telah mendapat dana penyelidikan dari pelbagai agensi dan dilantik sebagai Penyelidik Utama (Principal Investigator) bagi projek-projek penyelidikan. Bagi mengukuhkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan di UTP, pada tahun 2017, enam (6) buah institusi penyelidikan dalam bidang pengkhususan yang berbeza telah ditubuhkan iaitu Transport Infrastructure, Contaminant Management, Self- Sustainable Building, Hydrocarbon Recovery, Health Analytics dan Autonomous Systems. Adalah menjadi harapan kami di UTP agar penubuhan institusi-institusi penyelidikan tersebut dapat menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berimpak tinggi bagi menjana teknologi baru yang akan memberi manfaat kepada ummah. Pada 10 Januari tahun ini juga, dua (2) buah bangunan yang dikhususkan untuk kegiatan penyelidikan dalam bidang Hydrocarbon Recovery dan Contaminant Management berjumlah seratus juta ringgit (RM100 juta) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi sempena sambutan ulangtahun ke 20 UTP. Dengan terbinanya dua bangunan ini diharapkan dapat memperkasakan lagi aktiviti penyelidikan dalam bidang-bidang tersebut supaya lebih fokus dan terancang. 6

Yayasan UTP yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 terus mendapat sokongan dari industri dan masyarakat. Pada tahun ini, Yayasan UTP telah mengadakan pelbagai aktiviti mengumpul dana hasil antaranya Konsert Tapestry of Colours dimana para pelajar telah menunjukkan kebolehan mereka di bidang kebudayaan dan kesenian dengan mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS. Melalui Majlis Konvokesyen ke 17 ini juga, Yayasan UTP turut menganjurkan aktiviti mengumpul dana seperti Convo Swing, Convo Ride, Convo Run dan Convo Dinner dengan jumlah kutipan hampir Tiga Ratus Ribu Ringgit (RM300,000). Pada tahun 2017 juga, Yayasan UTP telah membelanjakan hampir RM7 juta untuk memberi bantuan kewangan kepada lebih lima ratus dua puluh lapan (528) orang pelajar yang memerlukan dan memberi biasiswa penuh berjumlah lebih RM16 juta kepada seratus lapan (108) orang pelajar. Yayasan UTP turut menyokong aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar dengan memberi sumbangan berjumlah lebih RM 2 juta. Tabung Amanah Zakat UTP juga turut aktif mengadakan kempen galakan bayaran zakat melalui UTP yang merupakan amil institusi. Baru-baru ini Dana Asy-Syakirin telah menyumbangkan sebanyak Tiga Ratus Ribu Ringgit (RM300,000) untuk membantu pelajar UTP dari golongan asnaf fakir, miskin dan fi sabillillah. Pada tahun 2017, hampir Tujuh Ratus Ribu Ringgit (RM700,000) yang dikumpulkan melalui bayaran zakat telah diagihkan kepada Lima Ratus Dua Puluh Tujuh (527) pelajar yang layak menerima bantuan, di mana hampir 70% mereka adalah dari golongan B40. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UTP tidak terkecuali dari diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mencabar. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, ditambah pula dengan harga minyak dunia yang tidak stabil memberi kesan yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran di universiti. 7

Selain itu, harapan para pelajar serta ibu bapa yang semakin meningkat serta saingan dari institusi pengajian tinggi lain turut memberi tekanan kepada UTP untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar serta pemegang kepentingan (stakeholders) kami. Selari dengan tema Majlis Konvokesyen pada tahun ini iaitu Ke Arah Keunggulan Global, UTP akan terus melaksanakan pelbagai transformasi bagi memastikan cabaran-cabaran tersebut ditangani dengan penuh bijaksana dan terancang agar kelestarian universiti ini dapat dikekalkan dan graduan-graduan yang dilahirkan bukan sahaja inovatif, mantap dan tangkas, malah berupaya menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. To the graduating class of 2017 Congratulations to all of you! The university is truly proud of you and what you have achieved, and we join your parents and loved ones in celebrating this special occasion with you. Today is a great time to feel really good about accomplishing something that very few people do in their lives, which is graduating from a university successfully. Remember that you are an undergraduate only once in your lifetime. After years of determination, persistence and perseverance, you have reached an important milestone in life. Remember that as this chapter of your life closes, a new one will begin. You have developed essential attributes at this university that will prepare you for more successes in life. As you enter the working environment, you will encounter different challenges. But don t despair, stand tall and strive to overcome all the obstacles. I would like to quote this beautiful words from an anonymous author In the end, it won t be how you walked in the sun but how you handled the storm. It won t be about how fast you ran but how you fell and got up over and over. It won t be about your wins but how you took defeat. It won t be about what you did when you won but who you were when you lost. Because character isn t made on the shores but character is born in the waves. 8

Because heroes aren t known by their trophies but by their scars. So don t forget that there are plenty of opportunities out there. Have courage and pursue your dreams. Develop a strong sense of purpose in what you choose to pursue, and continue to contribute to the community. Once in awhile, stop to reflect on your accomplishments, reaffirm your beliefs and continue to strive for excellence in everything you do. We sincerely hope you will continue to be part of this university and as an alumni, I very much hope that you will maintain strong ties with us and remain a vital part of the community. The university is proud of all our alumni and we equally hope that you too will be proud of being a UTP alumni. Para graduan, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan yang dihormati sekalian Sebagai penutup, bagi pihak universiti, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YABhg Tun Canselor, YBhg Tan Sri Tan Sri Pro Canselor, Pengurusan PETRONAS dan Lembaga Pengarah UTP atas sokongan, bimbingan dan inspirasi kepada semua kami di UTP. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja universiti kerana segala pencapaian UTP sehingga kini, tidak dapat dicapai tanpa kesetiaan, komitmen dan dedikasi anda. Sikap Own It yang tinggi dalam melaksanakan tugasan serta sikap berlapang dada melalui Tell Me menjadi tunggak untuk UTP merealisasikan Shared Success untuk universiti yang kita cintai ini.tidak dilupakan juga, semua rakan industri dan universiti - terima kasih di atas segala sumbangan anda terhadap UTP. Akhir sekali, terima kasih semua yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan majlis Konvokesyen kali ini. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 9