Penilaian Produk Pelancongan Berasaskan Cabaran (PBC) di Daerah Tanjung Malim, Perak

Similar documents
DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

LAPORAN TAHUNAN ANNUAL REPORT 2002

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 10 questions on 5 printed pages)

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

APLIKASI PERANCANGAN PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID (etourism) Nur Fatihatul Jannah Binti Nordin Dr. Ibrahim Mohamed

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

EFFECTS OF Ni 3 Ti (DO 24 ) PRECIPITATES AND COMPOSITION ON Ni-BASED SUPERALLOYS USING MOLECULAR DYNAMICS METHOD

Pembentukkan Imej Destinasi Pelancongan di Sabah

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

Konsep Pemasaran Tempat dan Kepentingannya dalam Sektor Pelancongan: Kajian Kes di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOLUBILITY MODEL OF PALM OIL EXTRACTION FROM PALM FRUIT USING SUB-CRITICAL R134a NUR SYUHADA BINTI ABD RAHMAN

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Satu Pengalaman Di Malaysia

Uncertainty Evaluation for the Measurement of Gauge Block by Micrometer.

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN PENGURUSAN KAEDAH PAMERAN : MUZIUM ETNOLOGI

ENHANCED COPY-PASTE IMAGE FORGERY DETECTION BASED ON ARCHIMEDEAN SPIRAL AND COARSE-TO-FINE APPROACH MOHAMMAD AKBARPOUR SEKEH

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer TWO (2) questions. only.

Explain the differences between Geographical Information System (GIS) and other information system as the following:

DCG5112 : HYDROGRAPHIC SURVEYING

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

CHANGE DETECTION ON KLANG AREA USING LANDSAT 5-TM DATA NURAMALINA BINTI MAT SERAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Section B Bahagian B. [20 marks] [20 markah] Answer any one questions from this section. Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

ROCK SHAFT RESISTANCE OF BORED PILES SOCKETED INTO DECOMPOSED MALAYSIA GRANITE RAJA SHAHROM NIZAM SHAH BIN RAJA SHOIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ORGANOCHLORINE PESTICIDES (OCPS) IN SEDIMENTS OF NORTHEAST COAST OF BORNEO SABAH AND SULU SULAWESI SEA, MALAYSIA NOORKHALISAH BT KHAMARUDIN

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

MGM551 - Operations Research [ Penyelidikan Operasi]

PENGELASAN SOALAN PEPERIKSAAN BERLANDASKAN TAKSONOMI BLOOM MENGGUNAKAN N-GRAM DAN PENDEKATAN PERATURAN. Dellicia Tan Nazlia Omar

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

FRAGMENT REWEIGHTING IN LIGAND-BASED VIRTUAL SCREENING ALI AHMED ALFAKIABDALLA ABDELRAHIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

Kelestarian Kualiti Perkhidmatan Ekopelancongan: Aplikasi Model Analisa Gap bagi Memahami Kepuasan Pelancong Zoo Malaysia

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES: TAMAN NEGARA, PAHANG NURUL ISWANI BINTI ISMAIL

NEW SOL-GEL SILICA-BASED HYBRID MATERIALS AND THEIR APPLICATIONS IN THE ANALYSIS OF ORGANOPHOSPHORUS PESTICIDES IN VARIOUS MATRICES

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

STABILITY OF TRIAXIAL WEAVE FABRIC COMPOSITES EMPLOYING FINITE ELEMENT MODEL WITH HOMOGENIZED CONSTITUTIVE RELATION NORHIDAYAH RASIN

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

DEVELOPMENT OF GRAPHICAL USER INTERFACE (GUI) FOR BEARING FAULT DETECTION SYAHIDAH NAFISA BTE ABDUL MALIK

REG 363 Site Investigation (Kajian Tapak)

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

CLASSIFICATION OF MULTIBEAM SNIPPETS DATA USING STATISTICAL ANALYSIS METHOD LAU KUM WENG UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

A STUDY OF DYNAMIC CHARATERISTICS FOR CRACK IDENTIFICATION MOHD SHAFIQ AZRUL BIN AZMI

THE IMPACT OF WATERSHED HYDROLOGY ON THE LANDSCAPE DEVELOPMENT NAIM SHAUQI BIN MOHD NOOR

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

EAG141 Geology For Civil Engineer [Geologi Untuk Jurutera Awam]

Transcription:

Penilaian Produk Pelancongan Berasaskan Cabaran (PBC) di Daerah Tanjung Malim, Perak Siti Zubaidah Nur Bt Marthuan @ Che Wan Abstrak -- Matlamat utama kajian ini adalah mengenalpasti, menyenarai dan mempromosikan lokasi berpotensi untuk dijadikan produk Pelancongan Berasaskan Cabaran (PBC) di Tanjung Malim. Bagi mencapai matlamat kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan kajian lapangan bagi mengenalpasti kawasan PBC yang berpotensi di sekitar 20km radius dari Tanjung Malim. Seterusnya prestasi setiap kawasan dianalisis menggunakan kaedah Importance Performance Analysis (IPA) untuk mengenalpasti kekuatan dan keperluan penambahbaikkan setiap lokasi. Kaedah mapping digunakan bagi membina sebuah pelan lokasi PBC yang terdapat di sekitar 20km radius dari Tanjung Malim. Data daripada analisis dokumen, temubual dan kajian lapangan mendapati bahawa Tanjung Malim mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai lokasi PBC. Kajian ini mendapati tujuh buah lokasi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan PBC iaitu 1) Air Terjun Strata, 2) Sungai Dara, 3) Sungai Bil, 4) Kolam Air Panas Ulu Slim, 5) Tumang Resort, 6) Tasik Ydp, 7) Taman Tasik Embayu (Proton City). Seterusnya Analisis IPA menemui beberapa kekuatan lokasi ini untuk dibangunkan sebagai lokasi PBC iaitu: 1) tarikan semulajadi, 2) alam semulajadi yang masih terpelihara, dan 3) aktiviti PBC yang pelbagai. Selain itu, Analisis IPA juga menemui beberapa kekurangan. Kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadikan lokasi tersebut sebagai tarikan pelancongan tersebut adalah: 1) infrastruktur yang tidak mencukupi, 2) promosi yang kurang, dan 3) akses yang lemah. Berdasarkan dapatan ini, pengkaji telah mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikkan pembangunan produk PBC di Tanjung Malim. Dapatan kajian ini dapat diaplikasikan oleh pihak yang terlibat seperti Majlis Daerah Tanjung Malim dan Kementerian Pelancongan Negeri Perak bagi membangunkan produk PBC di Tanjung Malim. Kata Kunci Produk Pelancongan Berasaskan Cabaran (PBC), Kaedah mapping, Analisis IPA I. PENGENALAN Menurut Mason (2003), pelancongan merupakan satu kajian tentang manusia daripada habitat asalnya yang mana memberi reaksi kepada industri dan kehendaknya serta memberi impak terhadap sosial, ekonomi dan persekitaran fizikal. Pelancongan berasaskan cabaran/pegembaraan telah ditakrifkan dalam pelbagai istilah (Bentley & Walker, 2005). Secara amnya, ianya membawa maksud petunjuk kepada pelancongan komersial di mana tarikan utamanya adalah sesuatu aktiviti yang bergantung kepada ciri-ciri muka bumi semula jadi, kebiasaannya memerlukan peralatan yang khusus, dan menarik kepada pelancong. Oleh kerana sifat pelancongan berasaskan pengembaraan Siti Zubaidah Nur Bt Marthuan @ Che Wan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia (E-mel: zuechewan@gmail.com). dan cabaran ini begitu pelbagai, maka peserta akan menonjolkan pelbagai motif (Swarbrooke, 2003). Definisi pelancongan kembara dan motivasi yang sepatutnya adalah untuk pengalaman pelancongan pegembaraan yang menumpukan kepada pelbagai risiko bahaya dan adrenalin. Risiko dan bahaya yang berkaitan dengan potensi untuk kecederaan dan juga kerugian. Pelancongan yang lain pula menunjukkan sebaliknya iaitu untuk keseronokan, acara yang menarik dan pengalaman yang selamat. (Kane, Maurice.dan Tucker, 2004). Pelancongan berasaskan cabaran adalah merupakan suatu aktiviti masa lapang yang berlaku di destinasi yang bukan dari destinasi kebiasaannya, eksotik, jauh atau di hutan rimba. Ianya cenderung dikaitkan dengan tahap aktiviti yang tinggi oleh peserta, kebanyakkannya aktiviti di luar. Pelancong berasaskan cabaran menjangkakan diri mereka akan mengalami pelbagai peringkat risiko, kegembiraan dan ketenangan serta akan diuji secara peribadi. Secara amnya, mereka merupakan peneroka kepada bahagian-bahagian eksotik yang belum terusik di mukabumi ini dan juga mencari cabaran peribadi. (Novelli, 2005). Malaysia mempunyai pelbagai sumber alam dan sumber budaya yang unik dan menarik yang dapat dibangunkan sebagai produk-produk pelancongan (Badaruddin, 2003). Antaranya termasuklah destinasi pelancongan alam semulajadi dan eko-pelancongan, pelancongan berasaskan pertanian, program tinggal bersama keluarga, pelancongan warisan dan budaya, pendidikan, hiburan, kesenian, persidangan, insentif, konvesyen dan pameran (MICE), acara sukan antarabangsa dan aktiviti membeli-belah serta rekreasi (Kerajaan Malaysia, Rancangan Malaysia ke- 9). Malaysia juga merupakan sebuah negara yang masih kaya dengan keindahan alam semulajadi yang turut dikenali dengan keindahan flora dan faunanya. Berikutan hal ini, salah satu cabang atau aspek pelancongan yang perlu kerajaan berikan juga tumpuan serta perhatian yang khusus untuk tujuan pembangunan secara bersepadu adalah pelancongan kembaraan atau cabaran (adventure tourism). Hal ini adalah kerana pelancongan berasaskan pengembaraan dan cabaran ini memerlukan pelancongpelancong melibatkan diri mereka dalam sesuatu aktiviti, sekaligus hal ini akan menyebabkan mereka terlibat terus secara langsung dengan alam persekitaran yang terbabit. Pelancongan berasaskan pengembaraan ini juga dapat membantu negara dalam mengekalkan serta memelihara alam sekitar berbanding aktiviti pelancongan dalam bentuk yang lain. Di negara kita Malaysia, masih banyak lagi bentuk aktiviti pelancongan berasaskan cabaran (PBC) yang masih lagi belum diterokai serta di promosikan dengan baik, malahan negara kita masih mempunyai banyak tempat yang berpotensi besar untuk dimajukan sebagai satu destinasi 55

pelancongan berasaskan cabaran. Tanjung Malim, Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan berasaskan cabaran yang masih ramai belum ketahui serta menyedari kewujudannya di negara kita. II. OBJEKTIF Objektif utama kajian lapangan di Tanjung Malim, Perak ini adalah seperti berikut:- i. Mengenal pasti lokasi untuk aktiviti pelancongan berasaskan cabaran sekitar radius 20km di Tanjung Malim. ii. Membuat prototaip laluan pelancongan berasaskan cabaran di kawasan yang terpilih di Tanjung Malim. iii. Membentuk satu maklumat atau pendokumentasian berkaitan lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi pelancongan berasaskan cabaran (PBC) dengan maklumat koordinat latitud dan longtitud lokasi. iv. Mencadangkan aktiviti pelancongan berasaskan cabaran (PBC) yang sesuai untuk dilaksanakan di kawasan PBC yang dikenal pasti dalam kajian ini. III. SOROTAN LITERATUR Pelancongan berasaskan cabaran dan pengembaraan telah ditakrifkan dalam pelbagai istilah (Bentley & Page, 2001; Buckley, 2000; Hudson, 2002; Walker, 2005; Swarbrooke, 2003). Secara amnya, ianya membawa maksud petunjuk kepada pelancongan komersial di mana tarikan utamanya adalah sesuatu aktiviti yang bergantung kepada ciri-ciri muka bumi semula jadi, kebiasaannya memerlukan peralatan yang khusus, dan menarik kepada pelancong. Buckley (2007), menyatakan bahawa produk pelancongan pengembaraan sehingga kini masih belum diberi serta mendapat perhatian yang serius daripada penyelidik untuk dijalankan satu analisis yang lebih mendalam. Menurut Bucker juga, kerangka teoritikal yang telah ada bagi memahami pelancongan pegembaraan ini terhasil hampir sepenuhnya daripada literatur rekreasi di luar rumah dan pendidikan dengan hanya terlalu sedikit analisis ke atas produk komersial pelancongan pengembaraan. Antara beberapa faktor utama yang menyebabkan kepada situasi ini berlaku adalah disebabkan kekaburan dalam definisi serta konsep antara pelancongan pengembaraan, eko-pelancongan, rekreasi di luar rumah, dan pelancongan alam semulajadi (Newsome, Moore & Dowlin. 2004). Swarbrooke, (2003) telah menjelaskan bahawa pelancongan yang berasaskan pengembaraan ini melibatkan aktiviti perjalanan dan rekreasi yang digabungkan bagi menghasilkan satu pengalaman dalam kembaraan yang menghasilkan satu keseronokkan disamping beberapa bentuk emosi yang lain. Rekreasi berasaskan cabaran dikelaskan sebagai pelancongan alternatif didalam cabang pelancongan. Menurut Newsome et.al (2004), rekreasi berasaskan cabaran adalah berfokus kepada aktiviti didalam kawasan semulajadi samada didarat, air dan udara. Kajian terkini yang telah dijalankan oleh Xola (2007) menunjukkan bahawa terdapatnya corak peningkatan minat yang tinggi dalam pasaran global untuk aktiviti pelancongan kembaraan pada usia yang jauh lebih muda dan sanggup membelanjakan wang yang besar untuk tujuan tersebut. Pelancongan kembaraan yang berasaskan pakej keluarga juga mula mendapat perhatian khusus di samping pakej yang mempunyai atur-lawat (itineraries) yang seragam. Rantau Eropah Timur dan Asia Pasifik pula dijangkakan akan menjadi destinasi pelancongan berasaskan kembaraan yang popular. Menurut Newsome et al. (2004), pelancongan yang berasaskan pegembaraan, eko-pelancongan, dan pelancongan hidupan liar berada di bawah pelancongan alam semula jadi. Bagi kefahaman yang lebih serta sebagai rumusan apakah itu pelancongan yang berasaskan alam semula jadi pengkaji harus memahami tiga hubungan yang boleh berlaku di antara persekitaran semulajadi, dan pengunjung, (Newsome et al, 2002). Jadi sebarang pelancongan yang berasaskan atau berpusat pada persekitaran alam semulajadi, akan dipertimbangkan sebagai pelancongan alam semulajadi. Infrastruktur awam adalah merupakan faktor utama dari segi pembangunan destinasi dan pembangunan industri pelancongan kecil (Goeldner et al, 2000). Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang membangunkan industry pelancongan, ia menghasilkan kesan yang ketara ke atas sistem sosial. Jika Malaysia mahu industri pelancongan berjaya, ianya memerlukan infrastruktur awam yang sesuai untuk mempertingkatkan pembangunan pelancongan (Cheuk, 2010). IV. METODOLOGI Kajian ini adalah merupakan kajian yang berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif ini digunakan kerana ia lebih bersesuaian dengan objektif kajian yang akan berinteraksi secara terus dengan lokasi kajian lapangan serta dianalisis secara deskriptif. Menurut Bryman and Burgess (2004), kaedah kualitatif telah mula diterima dalam kajian kehidupan sosial bagi tempoh dua (2) dekad yang lepas. Beliau turut menyatakan buat masa ini, pengkaji-pengkaji kajian sosial adalah lebih cenderung memilih kajian berasaskan kualitatif sebagai strategi kajian terperinci yang mana membolehkan teoriteori dikemukakan dari kajian. Oleh itu, adalah perlu kaedah kualitatif digunakan bagi kajian ini. Ini kerana kaedah ini dirasakan berkesan oleh pengkaji untuk mengenalpasti produk-produk yang berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan yang berasaskan kembaraan dan cabaran di Tanjung Malim. 56

Kaedah Pengumpulan Data Sumber data bagi kajian penyelidikan ini pengkaji bahagikan kepada tiga kaedah pengumpulan data iaitu:- 1) Data Primer- Kajian Lapangan (Pemerhatian turut serta dan Pemerhatian tidak turut serta) 2) Data Sekunder - Kajian Perpustakaan/Literatur/Majlis Daerah Tanjung Malim 3) Temubual Separa Berstruktur Kaedah persampelan dalam kajian ini adalah dengan menyenaraikan kesemua tempat yang telah dikenal pasti sebagai produk pelancongan berasaskan cabaran yang terdapat di Tanjung Malim. Pengenalpastian lokasi PBC yang berpotensi ini diperolehi daripada hasil temu bual bersama wakil MDTM dan wakil Pengusaha pelancongan tempatan. Data atau maklumat daripada data sekunder diperolehi daripada Majlis Daerah Tanjung Malim, jurnal kajian lampau, Perpustakaan Tuanku Bainun dan temubual semi struktur. Kajian ini melibatkan temubual awal yang telah dilakukan dengan dua orang yang telah dipilih dan berupaya dalam mengenalpasti lokasi PBC yang berpotensi untuk dimajukan di Tanjung Malim. Kaedah Analisis Data Dalam menganalisis data, pengkaji menggunakan teknik perbandingan berterusan atau constant comparative analysis (Glesne 2006) bagi menentukan kategori yang paling sesuai dengan konstruk dalam objektif kajian. Dalam kajian ini, pengkaji bukan sahaja membandingkan data antara pelbagai sumber tetapi juga antara peserta kajian bagi mendapatkan kategori dan tema yang sesuai. Teknik ini dijalankan dengan bantuan perisian Nvivo8 untuk mengurus, memproses data iaitu transkripsi, organisasi data, pelaziman (membiasakan diri dengan data), koding, tema, demonstrasi kebolehpercayaan dan kesahan, dan laporan (Dayang et al t.t). Proses mentranskripsi atau menyalin data merupakan langkah pertama dalam proses penganalisisan data. Datadata yang telah dikutip dalam bentuk rakaman audio, dan video serta catatan kerja lapangan ditranskripsikan dengan terperinci secara verbatim iaitu perkataan demi perkataan. Pengkaji menggunkan perisian transcriber Sony Digital Zvoice Editor 3 dalam mentranskripsi data. Transkripsi perlu dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa sahaja yang diujarkan atau diperhatikan kerana setiap perkataan dan gerak laku mengandungi makna. Bagi kajian lapangan yang melibatkan alam semula jadi data perlu di catat sejelasnya agar pengkaji lebih memahami mengenai lokasi kajian. Setelah selesai transkripsi, satu salinan telah dihantar kepada peserta sebagai langkah pengesahan dan kebolehpercayaan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam (2009) iaitu data bermakna merupakan data yang telah melalui proses reduksi dan interprestasi oleh subjek kajian. Seterusnya, bagi mengenal pasti lokasi PBC berdasarkan ciri-ciri yang telah dikenal pasti pengkaji menggunakan Importance-Performance Analysis (IPA) yang dipelopori oleh Martilla dan James (1977). Ianya merupakan satu kaedah yang menekankan kepada kepelbagaian ciri-ciri. Melalui kaedah ini, ianya berdasarkan kepada andaian bahawa sesebuah industri boleh meningkatkan kejayaannya dengan memastikan ia boleh mencapai prestasi (pencapaian) yang baik di dalam ciri-ciri yang dianggap penting. Dalam kaedah ini juga, ianya membolehkan pengkaji melakukan penilaian terhadap ciri-ciri yang penting dalam membangunkan sesuatu tarikan pelancongan dan seterusnya dapat memastikan ianya boleh mencapai prestasi yang baik. Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana melalui IPA pengkaji akan dapat mengenal pasti produk yang telah dikaji itu berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berasaskan cabaran (PBC) di Tanjung Malim atau sebaliknya. Kaedah analisis ini ditentukan dengan menggunakan kepelbagian ciri-ciri. Bagi menentukan lokasi PBC yang berpontensi hasil daripada pemerhatian serta kajian lapangan oleh pengkaji ini berada pada prestasi serta kepentingan ditahap yang tinggi atau rendah pengkaji telah menetapkan empat (4) ciri yang perlu dinilai dan dilihat bagi menentukan lokasi tersebut berada pada kuadran yang mana. Antara empat ciri yang digunakan untuk menilai potensi produk PBC di Tanjung Malim adalah seperti berikut:- 1) Infrastruktur 2) Halangan 3) Promosi 4) Tarikan Aktiviti Cabaran V. HASIL KAJIAN Penghasilan Kajian Lapangan (Peta Lokasi PBC) Penghasilan peta lokasi PBC ini pengkaji lakukan dengan menggunakan bantuan data yang diambil dan ditanda oleh pengkaji menggunakan alat GPS lalu dikeluarkan koordinat yang ditanda. Kemudian pengkaji menghasilkan peta lokasi dengan menggunakan perisian seperti CorelDraw, dan Google Earth. Peta yang telah siap telah disimpan bagi tujuan pendokumentasian. Penghasilan peta lokasi adalah seperti berikut: i) Strata Waterfall ii) Sungai Dara dan Sungai Bil iii) Taman Tasik Embayu Proton City iv) Taman Tasik YDP v) Kolam Air Panas Ulu Slim dan Tumang Resor 57

JADUAL I. ANALISIS IPA KESELURUHAN Q1 - Kepentingan tinggi, prestasi rendah Q2 - Kepentingan tinggi, prestasi tinggi Q3 - Kepentingan rendah prestasi tinggi Q4 - Kepentingan rendah, prestasi rendah Rajah 1. Strata Waterfall Rajah 2. Sungai Dara dan Sungai Bil Rajah 3. Taman Tasik Embayu @ Tasik Proton City Rajah 5. Kolam Air Panas Ulu Slim dan Tumang Resort VI. PERBINCANGAN Terdapat beberapa lokasi yang telah dikenalpasti untuk dimajukan sebagai PBC di Tanjung Malim. Namun demikian, terdapat beberapa limitasi yang kita lakukan iaitu memilih lokasi yang hanya dalam lingkungan 20km sahaja dari Tanjung Malim. Terdapat banyak lokasi yang menarik di Tanjung Malim namun keupayaan dalam PBC tidak begitu menyerlah dan ketara. Contohnya seperti Tasik YDP. Tasik YDP merupakan satu lokasi yang amat sesuai untuk pelancong,pelawat atau pelancong tempatan datang berkunjung untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan bersiar-siar. Hal ini kerana disana terdapat peralatan untuk melakukan senaman yang lengkap. Namun lokasi tersebut dilihat kurang berkemampuan untuk dijadikan lokasi untuk melakukan aktiviti yang mencabar. Walau apa pun lokasi itu masih dilihat mampu menarik pelancong PBC kerana terdapat kolam atau tasik yang sesuai untuk dijadikan pusat aktiviti riadah seperti berkayak. Disebabkan peralatan yang sesuai untuk aktiviti berkayak di Tasik YDP tidak ada maka prestasinya untuk daya tarikan PBC menjadi rendah. Antara cadangan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan peralatan sendiri untuk berkayak di sana. Tanjung Malim mempunyai daya tarikan semulajadinya yang tersendiri. Tanjung Malim dilihat berpotensi untuk dimajukan sebagai PBC kerana faktor semulajadinya yang masih terpelihara. Terdapat banyak sungai-sungai yang masih terpelihara dan cantik airnya. Pelbagai aktivitiaktiviti PBC mampu dilakukan namun seperti yang diperjelaskan oleh responden temubual dan pemerhatian pengkaji sendiri pelbagai aspek perlu dititik beratkan andai mahu Tanjung Malim menjadi lokasi PBC. Antara aspek yang perlu dilihat adalah aspek kemampuan Tanjung Malim sendiri dari segi menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelancong PBC. Pelbagai kemudahan ini memerlukan dana yang sangat besar bagi merealisasikan impian yang mahukan Tanjung Malim menjadi lokasi pilihan di negeri Perak sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti PBC. VII. KESIMPULAN Rajah 4. Taman Tasik YDP Daripada hasil kajian yang telah dibuat, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa Produk Pelancongan berasaskan cabaran (PBC) ini sememangnya berpotensi untuk di majukan di Tanjung Malim. Walaupun asas 58

kepada daya tarikan PBC ini melibatkan alam sekitar atau alam semula jadi namun prasarana dan kemudahan infrastruktur yang lain perlu ada bagi menjadikan daya penarik untuk pengunjung datang ke Tanjung Malim bagi tujuan PBC amnya. Secara keseluruhannya, pengkaji lihat yang menjadi faktor kepada berpotensinya sesuatu lokasi di Tanjung Malim sebagai lokasi PBC adalah datangnya dari faktor dalaman Tanjung Malim ini sendiri yang melibatkan kerajaan tempatan, MDTM serta masyarakat setempat dan faktor luaran yang datangnya daripada pihak luar seperti NGO, orang perseorangan dan pihak swasta. Oleh itu, kerjasama antara kedua-dua pihak iaitu pihak dalaman serta pihak luaran amat perlu bagi memajukan serta mengkomersialkan Tanjung Malim sebagai lokasi pilihan untuk PBC. Selain itu, aspek yang perlu diberikan penumpuan yang lebih agresif adalah aspek promosi serta pemasaran. Promosi serta pemasaran yang baik dapat mempromosikan Tanjung Malim sebagai tarikan PBC. RUJUKAN Addison, G. (1999). Adventure tourism and ecotourism: In (J.C.Miles and S.Priest eds), Adventure Programming, 2nd edn. pp. 415-430. Venture Publishing. Bentley, T. and Page,S.J. (2008). A decade of injury monitoring in the New Zealand adventure tourism sector: Asummary risk analysis. Tourism Management, 29(5), pp. 857-869. Bentley, T, and Walker, L. (2005). Scoping the nature and extent of adventure tourism operations in Scotland: now safe are they? Tourism Management. 26, pp. 281-397. Buckley, R. (2006). Adventure Tourism. UK: Wallingford Cabi Publishing. Buckley, R. (2007). Adventure tourism products: Price, duration, size, skill, remoteness, Tourism Management, 29, No. 5, pp. 857-869. Chua.Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc.Graw Hill. Sdn Bhd. Creswell, J.W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods Approaches. (3rd ed). Los Angles: Sage. Dayang Hajah Tiawa bt Awang Haji Hamid, Abdul Hafidz Haji Omar, & Rio Sumarni Sariffudin. (t.t) Aplikasi Perisian Nvivo Dalam Analisis Data Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Atas talian http://eprints.utm.my/2220/1/p24.dayang_hjh_tiawa.pd f Gay, L.R., Mills, G.E. and Airasian, P. (2006). Education Research: Competencies for Analysis and Application (8th. Ed). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Honey, M. (1999). Ecotourism and Sustainable Development. Who owns Paradise?Island Press : Washington D.C. pp.293-338. Inskeep, E. (1999). Tourism Planning: An Integrated and Sustainable Developmen Approach. New York. Van Nostrand Reinhold. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (2011). Tourism Satellite Account (2000-2010). Kuala Lumpur: Cetakan Jabatan Perangkaan Malaysia. Majlis Daerah Tanjung Malim. (2011). Latar Belakang Tanjung Malim. (di capai pada 10 November 2011). http://www.mdtm.gov.my/web/guest/latarbelakang Mohamad Suhaily dan Mazdi. (2003). Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Tanjung Malim, Perak, dalam e-wacana UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Newsome, D., Moore, S. A., et al. (2004). Natural Area Tourism : Ecology, Impacts and Management. Canada, Cromwell Press Paul,B. and Simon,. H. (2003). Emergence of Mountain- Based adventure Tourism.Annals of Tourism Research.30, No. 3, pp. 625-643. Page, S.J., Steele, W. and Connel, J. (2006). Analyzing the promotion of adventure tourism : A case study of Scotland. Journal of Sport and Tourism.11, No. 1, pp. 51-76. Swarbrooke, J., Beard, C., Leckie, S., & Pomfret, G. (2003). Adventure tourism: The new frontier. Oxford: Butterworth Heinemann. Taylor, S. J., & Bogdan, R. (1998). Introduction to qualitative research methods (3rd ed.). New York: John Wiley Publications. Tourism Malaysia (2011). Malaysia Tourism: Statistics. (di capai pada 23 September 2011). http://www.tourism.gov.my/stastistic/default.asp Utusan Malaysia. (2011). 37 Projek dijangka majukan Tanjung Malim. Arkib akhbar Utusan Malaysia Online, (di capai pada 15 Mac 2011). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt= 0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.ht m World Tourism Organization (2011) Facts & figure: Information analysis and know-how (di capai pada 11 November 2011). http://www.unwto.org/facts/menu.html. Xola Consulting Inc. (2007). New adventure tourism industry research reveals destination, traveler, technology trends. Santa Fe. Press Release. Yahaya Ibrahim. (2008). Pembangunan pelancongan dan perubahan komuniti. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 59