Pengenalan: Geopark dan Pembangunan Lestari Wilayah

Similar documents
Geopark sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TA N G G U N G J AWA B S O S I A L KO R P O R AT I N S T I T U T B I O S A I N S

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan

GEOTOURISM IN LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK

LAPORAN TAHUNAN ANNUAL REPORT 2002

ORGANOCHLORINE PESTICIDES (OCPS) IN SEDIMENTS OF NORTHEAST COAST OF BORNEO SABAH AND SULU SULAWESI SEA, MALAYSIA NOORKHALISAH BT KHAMARUDIN

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

Satu Pengalaman Di Malaysia

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

MODELING AND SIMULATION OF BILAYER GRAPHENE NANORIBBON FIELD EFFECT TRANSISTOR SEYED MAHDI MOUSAVI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENERATING MUTUALLY UNBIASED BASES AND DISCRETE WIGNER FUNCTION FOR THREE-QUBIT SYSTEM

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

Landskap berpemandangan indah di Pantai Penarak, Langkawi: Kajian saintifik dan persepsi komuniti setempat

ENHANCED COPY-PASTE IMAGE FORGERY DETECTION BASED ON ARCHIMEDEAN SPIRAL AND COARSE-TO-FINE APPROACH MOHAMMAD AKBARPOUR SEKEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INDIRECT TENSION TEST OF HOT MIX ASPHALT AS RELATED TO TEMPERATURE CHANGES AND BINDER TYPES AKRIMA BINTI ABU BAKAR

P U A N Z A I N A H B I N T I R U J I H A N ( P E N G A R A H, B A H A G I A N H U B U N G A N I N D U S T R I D A N K E B O L E H PA S A R A N ) P O

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

EMH 211 Thermodynamics [Termodinamik]

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

INFLUENCES OF GROUNDWATER, RAINFALL, AND TIDES ON BEACH PROFILES CHANGES AT DESARU BEACH FARIZUL NIZAM BIN ABDULLAH

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCES2242/ SCES2434 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

MODELING AND CONTROL OF A CLASS OF AERIAL ROBOTIC SYSTEMS TAN ENG TECK UNIVERSITI TEKNOLOGY MALAYSIA

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

Konsep Pemasaran Tempat dan Kepentingannya dalam Sektor Pelancongan: Kajian Kes di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

MSG 356 Mathematical Programming [Pengaturcaraan Matematik]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

LESTARI. On 1st January 2016, the 17 Sustainable Development. Salam SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EMPIRICAL STRENQTH ENVELOPE FOR SHALE NUR 'AIN BINTI MAT YUSOF

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

SCES1200 : PRINSIP-PRINSIP KIMIA PRINCIPLES OF CHEMISTRY

KEPERLUAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN DALAM GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 352 REKABENTUK MEKATRONIK II

ABSTRACT. using substrates that are rich in organic matter, such as compost. Methanotrophs are

BST 203/3 Population and Community Ecology [Ekologi Populasi dan Komuniti]

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

(Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 10 questions on 5 printed pages)

KOT 222 Organic Chemistry II [Kimia Organik II]

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 7 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 7 printed pages)

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

SOLUBILITY MODEL OF PALM OIL EXTRACTION FROM PALM FRUIT USING SUB-CRITICAL R134a NUR SYUHADA BINTI ABD RAHMAN

ADSORPTION OF ARSENATE BY HEXADECYLPYRIDINIUM BROMIDE MODIFIED NATURAL ZEOLITE MOHD AMMARUL AFFIQ BIN MD BUANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYNTHESIS, CHARACTERIZATION AND CATALYTIC APPLICATION OF

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Answer the questions according to the instructions given in each section.

EEE 208 TEORI LITAR II

CLASSIFICATION OF MULTIBEAM SNIPPETS DATA USING STATISTICAL ANALYSIS METHOD LAU KUM WENG UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

FLOOD MAPPING OF NORTHERN PENINSULAR MALAYSIA USING SAR IMAGES HAFSAT SALEH DUTSENWAI

PORTAL MENGURUS BAHAN PEMBUANGAN KITAR SEMULA. Nur Athirah binti Irham Dr Amirah binti Ismail

PREPARATION AND PROPERTIES OF REDUCED GRAPHENE OXIDE FOR DIRECT METHANOL FUEL CELL APPLICATION

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

SYNTHESIS AND CHARACTERIZATION OF MESO-SUBSTITUTED PORPHYRIN MUHAMMAD TAHIR MUHAMMAD

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

BST 203E/3 - Community and Population Ecology BST 203E13 - Ekologi Populasi dan Komuniti

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

ADSORPTION AND STRIPPING OF ETHANOL FROM AQUEOUS SOLUTION USING SEPABEADS207 ADSORBENT

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 9 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 9 printed pages)

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

STABILITY OF TRIAXIAL WEAVE FABRIC COMPOSITES EMPLOYING FINITE ELEMENT MODEL WITH HOMOGENIZED CONSTITUTIVE RELATION NORHIDAYAH RASIN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

COMPUTATIONAL MODELLING AND SIMULATION OF BIOMAGNETIC FLUID FLOW IN A STENOTIC AND ANEURYSMAL ARTERY NURSALASAWATI BINTI RUSLI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

ESA 380/3 Orbital Mechanics [Mekanik Orbit]

Transcription:

Akademika 80 (Disember) 2010: 3-7 Pengenalan: Geopark dan Pembangunan Lestari Wilayah Introduction: Geopark and Regional Sustainable Development IBRAHIM KOMOO, MAZLIN MOKHTAR & SARAH AZIZ EDITOR JEMPUTAN Pada peringkat antarabangsa, gagasan ilmu geologi pemuliharaan dan geopark telah dipelopori oleh kumpulan penyelidik Warisan Geologi Malaysia (WGM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun usaha untuk memulihara sejumlah warisan geologi unggul telah bermula lebih 100 tahun yang lampau, khususnya pemuliharaan landskap berpandangan indah, kajian saintifik mengenai pendekatan pencirian, pengkelasan, penilaian dan pemuliharaan sumber warisan geologi hanya bermula pada awal tahun-tahun 1990-an. Mulai tahun 1996, penyelidik WGM telah menggunakan Langkawi sebagai makmal untuk mengenalpasti, menciri dan menilai lebih 90 tapak geologi yang bernilai warisan tinggi. Idea geopark tercetus apabila sebahagian daripada geotapak ini perlu dibangunkan dan digunakan untuk produk pelancongan. Konsep Langkawi Geopark mula diperkenalkan pada tahun 2000, iaitu seiring dengan pembangunan gagasan geopark di Eropah. Bagaimanapun, oleh kerana idea ini terlalu asing untuk kebanyakan pihak berkepentingan di Malaysia, usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat dilakukan secara berterusan, dan akhirnya pada tahun 2006, Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menjadikan kepulauan Langkawi sebagai geopark kebangsaan pertama di Malaysia. Hasil usaha gigih Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan UKM, pada 2007, Langkawi Geopark berjaya diterima sebagai ahli Global Geoparks Network (GGN) anjuran UNESCO. Ini menjadikan kepulauan Langkawi sebagai Global Geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Geopark pada mula diperkenalkan bertujuan membangunkan suatu wilayah yang masih mundur, berada jauh dari arus pembangunan, tetapi memiliki warisan geologi dan landskap yang istimewa. Warisan tabii bertaraf kebangsaan atau antarabangsa, yang lazimnya berada di kawasan pendalaman, dan yang mempunyai keadaan landskap gunung-ganang tidak sesuai untuk dibangunkan selain kebiasaannya dihuni oleh golongan peribumi yang masih berkeadaan mundur. Pembangunan sumber warisan melalui aktiviti geopelancongan dalam gagasan geopark memberi harapan dan peluang kepada sesuatu wilayah yang masih belum mengecapi kemajuan untuk berbuat demikian. Geopark pada prinsipnya menerajui penerokaan mendekatkan pembangunan wilayah secara lestari. Akademika keluaran khas ini merupakan himpunan makalah hasil penyelidikan sekumpulan ahli akademik dari beberapa Fakulti dan Institut di UKM yang telah menyelidik secara berpasukan di bawah naungan Projek Arus Perdana berjudul Geopark Peraga Pembangunan Lestari Wilayah. Walaupun penyelidikan masih berterusan, mereka merasakan bahawa beberapa hasil yang ditemui setakat ini perlu dikongsi dengan rakan kesepakaran memandangkan idea dan konsep geopark merupakan cetusan pemikiran Bangi serta mempunyai potensi memperkenalkan keutuhan UKM sebagai universiti penyelidikan terunggul di rantau ini. Makalah pembuka oleh Ibrahim Komoo memperkenalkan idea dan konsep geopark serta menghuraikan sejarah perkembangannya. Konsep Geopark yang diperkenalkan pada tahun 2000 telah melalui beberapa fasa pengukuhan, bermula daripada keperluan untuk memulihara tapak geowarisan sambil memperkenalkan produk baru pelancongan, iaitu geopelancongan, kini dilihat sebagai pendekatan pembangunan yang memberikan tumpuan kepada mengimbangi tuntutan pemuliharaan warisan secara bersepadu, pembangunan sosioekonomi komuniti setempat melalui aktiviti pelancongan, dan meningkatkan pendidikan awam pihak berkepentingan ke arah pembangunan lestari. Idea geopark sebagai peraga pembangunan lestari wilayah diketengahkan dengan memberikan contoh pembangunan Langkawi Global Geopark. Makalah oleh Mohd Shafeea Leman meringkaskan dapatan hasil penyelidikan oleh kumpulan Warisan Geologi Malaysia mengenai pemuliharaan geowarisan sejak lebih 10 tahun lepas. Komuniti geologi telah mengenali keistimewaan kepulauan Langkawi daripada perspektif sejarah perkembangan bumi Malaysia dan menonjolkan kepentingan geowarisan melalui sejumlah geotapak yang mewakili batuan dan fosil tertua di Malaysia, susun-lapis batuan berusia Paleozoik paling lengkap, dan landskap kas kepulauan tropika paling indah di rantau Asia Tenggara. Kebanyakan khazanah geologi ini telah disyorkan untuk dipulihara berasaskan pendekatan tapak terpelihara, monumen geologi dan taman georimba. Pendekatan pemuliharaan berasaskan taman georimba atau geoforest park adalah yang paling berjaya, dan telah dijadikan tarikan pelancongan paling berkesan untuk memperkenalkan Langkawi Geopark. Bagaimanapun, beberapa isu pemuliharaan geowarisan dan keupayaan tampungan geotapak sebagai produk pelancongan masih perlu ditangani.

4 Akademika 80 Makalah Abdul Latiff Mohamad dan Norhayati Ahmad pula membincangkan kelimpahan sumber kepelbagaian biologi, isu pemuliharaannya dan pembangunan ekopelancongan. Kajian mengenai kepelbagaian flora masih terbatas dan hanya tertumpu di kawasan Gunung Machinchang, Gunung Raya dan hutan paya bakau. Paya bakau di Langkawi sangat istimewa kerana memiliki kepelbagaian spesies tumbuhan bakau antara yang terkaya di Malaysia. Kajian mengenai flora di Langkawi meliputi vegetasi hutan kerangas (renek) di Machinchang dan flora paku pakis di beberapa kawasan hutan simpanan kekal. Kajian mengenai kepelbagaian fauna juga masih terbatas. Antara kajian yang telah diterbitkan ialah mamalia, khususnya spesies kelawar; dan kajian herpetofauna, avifauna dan serangga. Daripada kajian yang terbatas ini, kepulauan Langkawi menunjukkan jumlah spesies endemik yang tinggi. Sebahagian besar kepelbagaian biologi terpulihara melalui pewartaan 16 hutan simpanan kekal dan tujuh buah hutan rekreasi. Pada masa ini, hanya sebahagian kecil daripada sumber kepelbagaian biologi ini dimanfaatkan untuk industri ekopelancongan. Memandangkan geopark merupakan konsep baru untuk mengurus sumber warisan wilayah, isu governans untuk geopark masih memerlukan pendekatan yang berkesan. Makalah Halimaton Saadiah Hashim dan rakan-rakan menghuraikan cadangan sistem governans yang sesuai diguna pakai untuk Langkawi Geopark. Governans yang berkesan perlu mempunyai cirian pemuliharaan warisan (geologi, biologi dan budaya), pembangunan infrastruktur pelancongan yang lestari, dan pembangunan sosioekonomi komuniti tempatan secara syumul. Untuk membolehkan pendekatan pengurusan dibangunkan dengan berjaya, semua pihak berkepentingan perlu memahami dan menghayati konsep geopark, warisan dan pemuliharaan warisan, pembangunan secara lestari, dan pengurusan transisi. Sebelum sistem governans untuk geopark disyorkan, usaha meningkatkan kesedaran melalui pendidikan awam dan perundingan pelbagai pihak berkepentingan diperlukan. Makalah Ong Puay Liu dan rakan-rakan pula memperkenalkan konsep semangat kawi. Salah satu kelainan dalam konsep geopark ialah pengiktirafan adanya pertalian erat antara sumber geowarisan dengan komuniti tempatan. Komuniti perlu mempunyai pengetahuan mengenai warisan tabii dan hubungan eratnya dengan warisan budaya; perlu boleh menghayati kepentingan melindungi warisan ini; dan perlu mengamalkan budaya kelestarian. Berdasarkan konsep pengetahuan, penghayatan dan amalan, pihak berkepentingan di Langkawi Geopark perlu mempunyai semangat kawi, iaitu keinginan untuk melindungi dan memulihara warisan tabii dan budaya tempatan. Semangat ini dibayangkan mampu mendasari perubahan yang diperlukan untuk mengurus Langkawi sebagai geopark secara lestari. Hasil kajian awalan mengenai governans untuk Langkawi Geopark telah dihuraikan oleh Geraldine Chan dan rakan-rakan. Kupasan mereka mengenai pengurusan Langkawi sebagai geopark memperlihatkan unsur-unsur governans seperti hubungan kerja, struktur pengurusan, fungsi, peranan pihak berkepentingan dan pelbagai aktiviti pembangunan geopark. Dalam konteks ini, pentadbiran dan pengurusan Langkawi Geopark lebih sesuai dibangunkan sebagai satu sistem governans yang mampu meningkatkan status entiti geopark, yang berusaha memperjuangkan dasar pemajuan wilayah daripada perspektif pembangunan lestari dan pemuliharaan warisan. Apapun yang ingin dilakukan untuk Langkawi Geopark, salah satu keperluan asas ialah pendidikan awam. Makalah Norzaini Azman dan rakan-rakan membincangkan dapatan kajian mengenai pendidikan awam untuk pemuliharaan warisan. Dua perkara pokok yang perlu diberikan perhatian dalam usaha merancang, menyediakan peralatan dan mekanisme pendidikan awam ialah siapa pihak berkepentingan yang disasarkan, dan apakah matlamat asas aktiviti pendidikan tersebut. Penulis menghuraikan lima kelompok pihak berkepentingan, iaitu agensi pelaksana, pengusaha hotel dan resort, operator pelancongan dan para pelancong, komuniti tempatan, dan sekolah (guru dan pelajar) yang merupakan aktor yang perlu dididik mengenai pemuliharaan warisan. Sementara pendekatan dan mekanisma pendidikan untuk setiap pihak berkepentingan itu perlu kelainan tersendiri berasaskan matlamat pendidikan bagi mengukuhkan lima komponen teras, iaitu pengetahuan dan pemahaman, nilai bersama, peranan dan tanggungjawab, faedah dan peluang, serta pemerkasaan atau tanggungjawab sosial korporat. Ruslin Amir dan rakan-rakan menghuraikan dapatan kajian mengenai kesedaran, kefahaman dan nilai sepunya para pelajar dan guru di Langkawi Geopark. Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas sekolah sebagai agen mengubah minda anggota komuniti tempatan mengenai kepentingan menghargai dan memulihara warisan. Ternyata guru dan pelajar telah mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang baik terhadap geopark dan matlamat pewujudan Langkawi Geopark. Bagaimanapun, mereka masih merasakan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah perlu dilaksanakan bagi membolehkan sekolah memainkan peranan yang proaktif untuk sama-sama memajukan pembangunan Langkawi Geopark. Isu kualiti alam sekitar dan kesejahteraan komuniti di Langkawi dihuraikan melalui makalah oleh Mazlin Mokhtar dan rakan-rakan mengenai pendekatan bersepadu untuk melindungi alam sekitar, dan nota penyelidikan Talib Latiff dan rakan-rakan mengenai status kualiti udara. Pendekatan untuk melindungi alam sekitar telah disyorkan berasaskan tiga pendekatan, iaitu pengurusan sumber air bersepadu (IWRM), pengurusan sisa pepejal bersepadu (ISWM), dan pengurusan bahan

Pengenalan: Geopark dan Pembangunan Lestari Wilayah 5 kimia bersepadu (ICM). Tumpuan kepada tiga komponen pengurusan alam sekitar ini akan meningkatkan keupayaan membangunkan Langkawi Geopark daripada perspektif pembangunan lestari. Kajian mengenai kualiti udara dilakukan berdasarkan data yang terkumpul oleh Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA), yang mempunyai stesen pemonitoran di Pulau Langkawi. Pada umumnya kualiti udara di Langkawi masih berada pada tahap baik dan hanya dipengaruhi oleh fenomena tabii. Bagaimanapun, kepekatan PM 10 terus meningkat bersesuaian dengan peningkatan jumlah kenderaan bermotor di pulau tersebut. Sumbangan sembilan makalah dan satu nota penyelidikan dalam keluaran khas Akademika ini merupakan sumbangan perintis penyelidik UKM dalam arena pembangunan ilmu di peringkat global berkaitan geopark, dengan tumpuan khusus diberikan kepada Langkawi Geopark sebagai satu contoh pembangunan lestari. Penyelidik di UKM telah menerajui gagasan ilmu pembangunan wilayah secara lestari dan mempelopori korpus ilmu mengenai geopark dan kaitannya dengan pemuliharaan warisan (tabii dan budaya) secara terkamir. Lebih penting lagi, sumbangan untuk keluaran khas ini melibatkan penyelidik dari pelbagai disiplin ilmu (sains dan sains sosial) yang telah berjaya bekerja sebagai sebuah pasukan. PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang makalah, kepada Sidang Editor Akademika, yang mengizinkan hasil penyelidikan berkaitan Langkawi Geopark diterbitkan sebagai sebuah keluaran khas. Penghargaan juga diberikan kepada UKM yang telah mengagihkan dana Penyelidikan Arus Perdana, No. UKM-AP-PLW-01-2009 kepada Kelompok Warisan dan Pemuliharan di bawah Nic Pembangunan Lestari Wilayah. Introduction: Geopark and Regional Sustainable Development Pengenalan: Geopark dan Pembangunan Lestari Wilayah IBRAHIM KOMOO, MAZLIN MOKHTAR & SARAH AZIZ GUEST EDITORS At the international level, advancing the corpus of knowledge that now serve as a basis for conservation geology and geopark characterisation has been the main thrust of the Geological Heritage Group (GHG) based at (UKM). Though much of the work to conserve outstanding geological heritage can be traced back 100 years, the focus on conserving landscapes based on its aesthetics value, the approach to be adopted in the characterisation, classification, evaluation and practices related to conservation took root in the 1990s. In 1996, The GHG researchers decided to use Langkawi as a lab where 90 geological sites were identified, characterised and evaluated as sites with high heritage value. It is from this exercise that gave the idea of establishing a geopark whereby the geosites could be developed and used as tourism products while promoting geoheritage conservation. The Langkawi Geopark concept was introduced in 2000, parallel to an initiative of the establishment of geoparks in Europe. Nonetheless, the idea mooted in 2000 remained foreign to many key stakeholders in Malaysia. However, efforts to promote and raise awareness continued until 2006, when the State Government of Kedah agreed to promote Langkawi as Malaysia s first geopark. Through the hard work put in by the Langkawi Development Authority (LADA) and UKM, in 2007 Langkawi was accepted as a member of the Global Geoparks Network (GGN), a network supported by UNESCO, and awarded a geopark status. Langkawi became the first Global Geopark in Malaysia and Southeast Asia. When the Geopark concept was first introduced, it was to develop an area that is still underdeveloped and located far from the mainstream development, but possessing unique geological heritage and landscape. Natural heritage of national or international stature that are generally found in the interior with mountainous landscape and inhabited by the aborigines are not suitable to be developed. The development of heritage sources through geotourism activities within the Geopark provide hope and opportunities of development to an area that has not been developed. In principle Geopark brings a step closer to achieving sustainable regional development. This special issue of Akademika on Geopark and Regional Sustainable Development presents a collection of research articles from a group of researchers from Faculties and Institutes at UKM working as a team under a Mainstream Research Project entitled Geoparks as Models for Sustainable Regional Development. Although the research is still ongoing, the researchers are of the opinion that some findings needed to be shared with others in the field. This is because the ideas and

6 Akademika 80 concept of Geopark, can be said to be homegrown, contributing to the Bangi School of Thought. The geopark concept has the potential to highlight UKM as a forefront Research University in the region. The opening article by Ibrahim Komoo sets out the idea and concept of a geopark as well as the history of its development. The concept introduced in 2000 has gone through phases that has strengthened it, beginning with the prerequisites to conserve geoheritage sites, in addition to introducing a new product geotourism, which can be looked at as a means to balance the need to conserve heritage in an integrated manner, local socioeconomic development through tourism and the raising awareness as well as education of stakeholders to ensure Langkawi is sustainably developed. The idea of using the geopark concept as a model for sustainable development is put forward using Langkawi Global Geopark as an example. The article by Mohd Shafeea Leman provides a summary of the research conducted and the findings of the GHG on geoheritage conservation in the last decade. The geological community already understood the uniqueness of the islands of Langkawi, as its geological evolutionary history. They had highlighted the importance of geoheritage conservation, as illustrated through the identification of the oldest known geological formation and fossils in Malaysia, the most complete Paleozoic rocks and karstic landscape located in one of the most beautiful cluster of tropical islands in Southeast Asia. Most of these geoheritage identified have been recommended for conservation based on approaches that are pegged on approaches related to protected areas, geological monument and geoforest park. The geoforest park approach has been the most successful as it has become an effective tool to attract tourists thus serving as a gateway to Langkawi Geopark. However, there are still issues pertaining to geoheritage conservation and carrying capacity in relation to geosites being tourism products that will have to be addressed. Abdul Latiff Mohamad and Norhayati Ahmad in their article discussed the biological diversity to be found in Langkawi, issues relating to conservation and the prerequisites to strengthen ecotourism. The study relating to flora and fauna is still ongoing and at present, it is focused in areas within Gunung Machinchang, Gunung Raya and wetland areas in Langkawi. These wetland areas are important, as they possess among the richest diversity of mangrove plant species in Malaysia. The findings presented in their article include forest vegetation in Machinchang and fern species in several permanent reserve forest areas. Researches on fauna species too is ongoing and among those highlighted include identified mammalian species, such as bats, herpetofauna, avifauna and insects. The initial findings indicate that there is high endemicity, of which is being conserved in the 16 gazetted permanent forests reserves and seven recreational forests. Presently, only a small part of the biological diversity is being benefited by the ecotourism industry. As the geopark concept is still in its fledgling stage, therefore to effect the management of resources at a regional scale, issues pertaining to instituting a fullyfledged approach for geopark governance are necessary. The article contributed by Halimaton Saadiah Hashim and co authors puts forth for consideration a system of governance that can be adopted for Langkawi Geopark governance. What is clear is that effective governance arguably will have to encompass characteristics that take into account heritage (geological, biological and cultural), infrastructure development for sustainable tourism and a holistic approach for the socio-economic development of local communities. To ensure its success will require greater stakeholders understanding and appreciation of the geopark concept, heritage and heritage conservation, sustainable development and transitional management. Before the governance system can be put forward, efforts will have to be made to raise the level of awareness through public education and stakeholder consultation. The concept of kawi spririt is what is purported by Ong Puay Liu and co authors, and which serves as a thread that binds geoheritage resources and the local communities. It is the knowledge about the natural heritage and its close link to cultural heritage that should be inculcated in local communities, so as to ensure the appreciation to protect these heritage as well as adoption of a sustainable culture. It is this kawi spirit that will serve to underlie knowledge, concept, appreciation and practice that will guide community protection and conservation of natural and cultural heritage. The article argues that it is this very spirit that can spur the change that will help manage Langkawi as a geopark which in turn will aid the sustainable development of the island. Geraldine Chan and co authors puts forward the need to establish a geopark governance framework so as to ensure that Langkawi Geopark is developed sustainably. The article discusses briefly the prerequisites for governance, focusing on networks, such as work relationships, management structures, stakeholder functions as well as roles, in addition to geopark development activities. The key thread that helps bind existing governance processes and systems for Langkawi Geopark would be the commonalities that form the networks that in turn affects the way Langkawi is administered and managed, in short, governed as a geopark. Whatever it is that Langkawi Geopark aspires, a fundamental need would be public education. Norzaini Azman and co writers put forward a brief discussion on findings related to public education for heritage conservation. Two key aspects were focused to facilitate planning, putting together mechanism and tools for public education that is the targeted stakeholder group and the

Pengenalan: Geopark dan Pembangunan Lestari Wilayah 7 purpose of the activities. Five stakeholder groups were identified, as groups that could benefit i.e. implementing government agencies; hotel and resort operators; tourism operators and tourists; local communities; and schools (teachers and students). Further, the approach and mechanism for public education to be adopted need to be explored for each targeted group, structured in accordance with purpose that will strengthen the five core areas i.e. knowledge and understanding; shared value; role and responsibility; benefits and opportunities; as well as empowerment or corporate social responsibility. Ruslin Amir and co authors in their article present findings related to the awareness, understanding and shared value of teachers and students in Langkawi Geopark. The study conducted was to determine whether schools can operate as agents of change to help shift local community mindsets toward adopting a mindset that prioritises the appreciation and conservation of heritage. The results indicate that both teachers and students have an understanding as to what a geopark is as well as the purpose of creating Langkawi Geopark. However, there is a need to structure programmes and activities to enable schools to play a proactive role in the development of Langkawi Geopark. Environmental issues and community wellbeing set the scene for two other articles, one by Mazlin Mokhtar and co authors who sets out arguments advocating the adoption of integrated approaches for environmental protection such as Integrated Water Resources Management (IWRM), Integrated Solid Waste Management (ISWM) and Integrated Chemicals Management (ICM). The second article by Talib Latiff and fellow authors put forth an argument to better manage pollution emission, as evidenced by findings though localised, indicating poor air quality. Recommendations from both articles pertaining to the adoption of integrated approaches as well as review of measures to control air pollution will help improve community well-being in addition to protecting the environment and natural resources in Langkawi, which will inherently contribute to the sustainable development of Langkawi. The compilation of these nine articles and one research note are representative of the pioneering work undertaken at UKM that can transcend national and international application. The research that are helping generate and strengthen the corpus of knowledge relating to heritage conservation (natural and cultural) and geoparks as a whole have brought together academics and the application of knowledge that is multidisciplinary in nature in a collective manner. This issue draws its strengths from the contributors, whose efforts are much appreciated. The reviewers who provided insights and inputs had added dimensions which helped strengthen the contributions herein. ACKNOWLEDGEMENT This publication would not have been possible without the support of the Chief Editor of Akademika, which has resulted in this special edition, that went through a review and editorial process that was independent in nature. The contributors wish to express their gratitude to UKM (Arus Perdana UKM-AP-PLW-01-2009) that funded the Langkawi Geopark research projects which resulted in this publication. Essentially, this publication is a pertinent contribution to the Bangi School of Thought. Ibrahim Komoo, PhD. Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Mazlin Mokhtar, PhD. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Sarah Aziz Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)