Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik Five pillars in teaching and learning mathematics
Lima Tonggak Dalam P&P Matematik 2 1. Penyelesaian Masalah Matematik 2. Komunikasi Matematik 3. Penaakulan Matematik 4. Perkaitan Matematik 5. Aplikasi Teknologi dalam Matematik (Rujuk HSP Matematik KBSR)
3 Fokus P&P Matematik Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.
4 Memupuk Kemahiran PM Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.
5 Kemahiran Menyelesai Masalah Model Polya: Memahami dan mentafsirkan masalah. Merancang strategi penyelesaian. Melaksanakan strategi. Menyemak semula penyelesaian.
6 Strategi-strategi Penyelesaian 1. Mencuba kes lebih mudah 2. Cuba jaya 3. Melukis gambar rajah 4. Mengenal pasti pola 5. Membuat jadual / carta atau senarai secara bersistem 6. Membuat simulasi 7. Mengguna analogi 8. Bekerja ke belakang 9. Menaakul secara mantik 10. Menggunakan algebra
7 PM & Kemahiran Berfikir Pendekatan PM memberi penekanan terhadap perkembangan pemikiran matematik keupayaan menaakul pemikiran yang sistematik dan logik
8 Komunikasi Matematik Kebolehan murid berkomunikasi tentang idea serta pemikiran matematik adalah suatu bukti empirikal tentang penguasaan pengetahuan matematik mereka.
9 Komunikasi Matematik Komunikasi matematik secara lisan, penulisan atau simbol dan perwakilan visual (carta, graf, gambar rajah dsb) membantu murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif.
10 Peluang Berkomunikasi Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang peka terhadap keperluan murid berasa selesa semasa bercakap bertanya serta menjawab soalan menghuraikan pernyataan kepada rakan sekelas dan juga guru
11 Penaakulan Matematik Penaakulan mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna.
12 Penaakulan Matematik Murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik.
13 Contoh Konjektur Matematik A conjecture is a statement that is believed to be true but not yet proved. A proven conjecture is a theorem Jika suatu nombor ditambah dengan diri sendiri, hasil tambahnya adalah suatu nombor genap
14 Aktiviti Menguji Konjektur Uji kebenaran konjektur tersebut dengan beberapa nombor yang berlainan Berapakah nombor yang perlu diuji untuk memastikan pernyataan itu sentiasa benar? Adakah ia benar untuk nombor yang sangat besar? Bagaimanakah pernyataan itu dapat diuji selain menggunakan nombor? Bagaimana anda dapat tunjukkan pernyataan itu sentiasa benar?
Menyata Semula Konjektur 15
Menguji Konjektur 16
Menaakul 17
Menguji Konjektur 18
Meneroka Pola 19
20 Membuat Perkaitan Matematik Membuat perkaitan meningkatkan kefahaman dan menjadikan matematik lebih jelas, bermakna dan menarik khususnya mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural topik-topik dalam matematik matematik dengan bidang lain
21 Perkaitan Topik Matematik Dengan mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalam bidang yang berbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik akan dilihat dan dipelajari sebagai satu disiplin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah difahami. Nombor, nombor pecahan, perpuluhan dan peratus
22 Matematik & Kehidupan Seharian Perkaitan matematik dengan pengalaman seharian memperlihatkan kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan matematik. Murid berpeluang menggunakan matematik secara kontekstual Perpuluhan dan peratus dalam urusan membeli belah
23 Aplikasi TMK Dlm P&P Matematik Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu digunakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran matematik lebih menarik dan berkesan
24 Aplikasi TMK Dlm P&P Matematik Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan mengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus, kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di Internet dan pakej pembelajaran.
25 Aplikasi TMK Dlm P&P Matematik Aplikasi TMK digunakan untuk: Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam. Membuat, menguji dan membuktikan konjektur. Meneroka idea matematik. Menyelesaikan masalah.