PORTAL MENGURUS BAHAN PEMBUANGAN KITAR SEMULA. Nur Athirah binti Irham Dr Amirah binti Ismail

Similar documents
RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN MENJEJAK PESAKIT DI JABATAN KECEMASAN PPUKM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

SISTEM LATIHAN MENYELAMAT KETIKA KECEMASAN RENJATAN

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

APLIKASI PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN PENGGUNAAN INTERNET ANAK-ANAK

PENYULITAN IMEJ MENGGUNAKAN ALGORITMA PIAWAI PENYULITAN LANJUTAN (AES)

ISOLATION AND CHARACTERIZATION OF NANOCELLULOSE FROM EMPTY FRUIT BUNCH FIBER FOR NANOCOMPOSITE APPLICATION

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MUZIUM MAYA TERENGGANU

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROOFTOP MAPPING AND INFORMATION SYSTEM FOR RAINWATER HARVESTING SURAYA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

APLIKASI PENYUSUAN SUSU IBU SIMANJA.COM

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

EME 451/3 Computational Fluid Dynamics Pengkomputeran Dinamik Bendalir

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

SISTEM KAWALAN LAMPU BERDASARKAN ISYARAT GERAKAN PADA TELEFON PINTAR

APLIKASI MUDAH ALIH PENJAGAAN POSTPARTUM DAN BAYI (emumcare)

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUJIAN KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR MELALUI KAEDAH SERANGAN

APLIKASI PEMPROSESAN IMEJ MENGGUNAKAN SCILAB

Analisis Penjanaan dan Komposisi Sisa Pepejal di Kafe Bangunan Pentadbiran: Kajian Kes

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

SIMULASI MASALAH GENETIK MENGGUNAKAN SCILAB

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INDEX SELECTION ENGINE FOR SPATIAL DATABASE SYSTEM MARUTO MASSERIE SARDADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUBMARINEPIPELINEROUTING ANDINSPECTION WITH GEOGRAPHICALINFORMATION SYSTEMTECHNOLOGY CHAI BENG CHUNG

APLIKASI PERMAINAN MUDAH ALIH ANATOMI MANUSIA BERASASKAN ANATOMI MANUSIA

GALERI INTERAKTIF MUDAH ALIH BERASASKAN AUGMENTASI REALITI

MSG 356 Mathematical Programming [Pengaturcaraan Matematik]

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

APLIKASI DIAGNOS PENYAKIT CILI. Tang Hui Bee Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

PENCERITAAN TENTANG TAMADUN ORANG PERAK MELALUI PEMETAAN 3-DIMENSI. Raja Muhammad Afif B Raja Fauzi Tengku Siti Meriam Bt Tengku Wook

SAVE MY KIDS: FAMILY LOCATOR AND GPS TRACKER APPLICATION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

COMPUTATIONAL STUDY OF PROTON TRANSFER IN RESTRICTED SULFONIC ACID FOR PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL SITI NADIAH BINTI MD AJEMAN

DEVELOPMENT AND CHARACTERIZATION OF MULTI-WAVELENGTH FIBER LASER LIGHT SOURCES BASED ON ERBIUM AND BRILLOUIN GAIN. By SUHAIRI SAHARUDIN

APLIKASI PERANCANGAN PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID (etourism) Nur Fatihatul Jannah Binti Nordin Dr. Ibrahim Mohamed

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

APLIKASI WI-FI HOTSPOT BERBAYAR MOHD AKMAL BIN ABDUL RAHIM NOR EFFENDY OTHMAN. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPTIMAL CONTROL BASED ON NONLINEAR CONJUGATE GRADIENT METHOD IN CARDIAC ELECTROPHYSIOLOGY NG KIN WEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EEM 423 KEJURUTERAAN KEBOLEHPERCAYAAN

HUBUNGAN SIKAP ALAM SEKITAR DAN AMALAN KITAR SEMULA DI NEGERI TERENGGANU

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

PENGELASAN SOALAN PEPERIKSAAN BERLANDASKAN TAKSONOMI BLOOM MENGGUNAKAN N-GRAM DAN PENDEKATAN PERATURAN. Dellicia Tan Nazlia Omar

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

CHANGE DETECTION ON KLANG AREA USING LANDSAT 5-TM DATA NURAMALINA BINTI MAT SERAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

LAPORAN TAHUNAN ANNUAL REPORT 2002

ABSTRACT. using substrates that are rich in organic matter, such as compost. Methanotrophs are

PANITIA BIOLOGI DAERAH SEPANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIOLOGI KERTAS 3 Satu jam tiga puluh minit

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENGUKUR KEBERKESANAN DINAMIK PROTOKOL PADA LAPISAN KAWALAN AKSES SEDERHANA

APLIKASI PEMBELAJARAN PRINSIP PIGEONHOLE BERASASKAN PERMAINAN

SCES2242/ SCES2434/SIC2005 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

THE DEVELOPMENT OF PORTABLE SENSOR TO DETERMINE THE FRESHNESS AND QUALITY OF FRUITS USING CAPACITIVE TECHNIQUE LAI KAI LING

KRIPTOGRAFI QUANTUM: SIMULASI PROTOKOL BB84

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

TEORI KETUMPATAN BERFUNGSI

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Uncertainty Evaluation for the Measurement of Gauge Block by Micrometer.

NEW SOL-GEL SILICA-BASED HYBRID MATERIALS AND THEIR APPLICATIONS IN THE ANALYSIS OF ORGANOPHOSPHORUS PESTICIDES IN VARIOUS MATRICES

SCES3362 : TEKNIK-TEKNIK INSTRUMENTASI DALAM KIMIA INTRUMENTAL TECHNIQUES IN CHEMISTRY

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 5 printed pages)

Nadirah Mohamad a*, Norazah Yusof a,b, Mohd Shahizan Othman a, Shaffika Mohd Suhaimi a

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Pelantar Benua (Pindaan) 1 D.R. 6/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pelantar Benua 1966.

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

t,' ij HAK r.jiilik QD478.N82015 desdestabilizing agent for solid state hydrogen storage / Nurul Shafikah Mohd Mustafa.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COMPUTATIONAL STUDY OF TURBULENT UNCONFINED SWIRL FLAMES ANIS ATHIRAH BINTI MOHD AZLI

EEE 208 TEORI LITAR II

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

SHAPE-BASED TWO DIMENSIONAL DESCRIPTOR FOR SEARCHING MOLECULAR DATABASE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

FLOOD MAPPING OF NORTHERN PENINSULAR MALAYSIA USING SAR IMAGES HAFSAT SALEH DUTSENWAI

UMPUKAN LEMBUT SETEMPAT UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN HOS: SUATU PERBANDINGAN

Transcription:

PORTAL MENGURUS BAHAN PEMBUANGAN KITAR SEMULA Nur Athirah binti Irham Dr Amirah binti Ismail Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula adalah sebuah portal yang dibangunkan khas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Bandar Baru Bangi. Kitar semula merupakan salah satu usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahanbahan yang telah digunakan. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenalpasti pengetahuan pengguna mengenai alam sekitar, mengenalpasti amalan kitar semula di kalangan pengguna dan mengenalpasti cara untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna. Kajian ini menggunakan teknik temubual dan teknik pemerhatian. Sampel kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada penduduk Bandar Baru Bangi dan warga UKM. Metodologi kajian yang diguna adalah Kaedah Inceremental Development sesuai digunakan jika mempunyai tempoh masa pembangunan portal yang singkat. Objektif kajian adalah mereka bentuk satu portal bahan buangan terbuang supaya ianya lebih pratikal dan sesuai digunakan, membangun satu sistem yang mengurus maklumat berkenaan bahan terbuang atau kitar semuladan menilai keberkesanan sistem. Justeru, bahan-bahan kitar semula seperti kertas, tin, kaca, botol, surat khabar, barang komputer dan sebagainya adalah salah satu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 1 PENGENALAN Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di bawah Akta 672, Kitar semula bermaksud, memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik, kertas, tin, botol plastik, surat khabar, majalah dan perkakasan komputer seperti disket, cakera padat, mikrofon dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dikumpul, diasing dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukar kepada produk atau bahan baharu.

Pengurusan sisa pepejal yang cekap penting dalam pembangunan bandar lestari. Kadar penjanaan sisa yang semakin meningkat di dalam bandar pada masa kini menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, bilangan tapak pelupusan sampah di Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun untuk menampung kuantiti sisa pepejal yang dijana dari isi rumah, industri, tapak pembinaan dan institusi pendidikan seperti Sekolah, Kolej dan Universiti. Peningkatan bilangan tapak pelupusan sampah memberi kesan negatif kepada kesejahteraan alam sekitar, pembangunan sosial dan ekonomi. Sistem dan teknologi kitar semula yang mudah dan cekap perlu diperkenalkan kepada masyarakat untuk meningkatkan amalan kitar semula. Sistem kitar semula ialah satu aliran merupakan salah satu kaedah pengumpulan barangan kitar semula curbside. Sistem ini telah mula diperkenal dan dilaksanakan di Kanada sejak tahun 1983 untuk mengurangkan sisa pepejal yang dilupus. Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Malaysia untuk meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 2 PENYATAAN MASALAH Lambakan sisa kitar semula di tapak pelupusan sampah menjadi masalah kepada pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan alam sekitar. Peningkatan kualiti sisa kitar semula yang dilupus dari tahun ke tahun amat membimbangkan pelbagai pihak. Kitar semula merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan dengan memproses sisa pepejal menjadi produk baharu. Sehingga kini terdapat banyak sistem kitar semula yang diperkenalkan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat mengamalkannya. Namun sistem mengurus bahan buang kitar semula di Malaysia secara atas talian masih belum diwujudkan? Tahap tanggungjawab dan sikap penduduk berkenaan kitar semula sangat rendah dan menyebabkan sikap penduduk kurang mengambil tahu mengenai kepentingan kitar semula dan penjagaan alam sekitar pada masa hadapan. Tambahan pula, disebabkan oleh kekurangan pengetahuan berkaitan kitar semula, pihak kitar semula harus menerapkan pendidikan alam sekitar dan mengadakan program kitar semula dalam kalangan penduduk.

Kesannya, berlaku penambahan bilangan tapak pelupusan sampah yang memberi impak negatif kepada kesejahteraan alam sekitar, sosial dan ekonomi. Purata tapak perlupusan sampah di Malaysia hanya mampu menampung penjanaan sisa pepejal selama 2 tahun. Situasi ini berbeza dengan tapak pelupusan sampah di barat kerana tapak pelupusan sampah mereka mampu bertahan selama 5 ke 10 tahun (Agamuthu, 2009). Justeru itu, keberkesanaan dan kualiti proses kitar semula bergantung sepenuhnya kepada ketulenan dan ketepatan bahan yang diasingkan. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi mengenalpasti dan mengasingkan bahan yang berbeza seperti besi, kaca, kertas dan plastik. Di Malaysia, menyedari masalah ini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Program Perintis Kitar Semula (Program Kitar Semula Fasa 1) pada Disember 2000 sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kitar semula. Proses kitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang dianggap sisa. 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah: i. Mereka bentuk satu portal bahan buangan terbuang supaya ianya lebih pratikal dan ii. iii. sesuai digunakan. Membangun satu sistem yang mengurus maklumat berkenaan bahan terbuang atau kitarsemula. Menilai keberkesanan sistem. 4 METOD KAJIAN Penggunaan model pembangunan yang sesuai penting untuk memasti perjalanan projek berjalan dengan lancar dan menjamin hasil kerja yang berkualiti. Kaedah yang dipilih untuk membangunkan Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula ialah kaedah

Inceremental Development. Kaedah Inceremental Development sesuai digunakan jika mempunyai tempoh masa pembangunan portal yang singkat. Fasa pembangunan termasuk fasa perancangan, analisis, reka bentuk, pengujian dan dokumentasi. Model ini penting untuk memastikan perjalanan projek lancar dan teratur. Rajah 1 menunjukkan proses Inceremental Development. Rajah 1 Proses pembangunan menggunakan kaedah Inceremental Development 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan proses pengenalpastian masalah, objektif, persoalan kajian dan menentukan skop. Langkah seterusnya adalah sorotan susastera yang melibatkan pengumpulan, pencarian dan pembacaan jurnal dan kajian lepas bagi mencetus idea dan inspirasi. Contoh, setiap kelebihan dan kelemahan pada sistem atau aplikasi yang sedia ada perlu diteliti agar Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula yang akan dibangun adalah lebih daripada sistem yang sedia ada. Penggunaan internet untuk mencapai maklumat berkaitan dan pencarian maklumat menggunakan teknik temubual dengan penduduk Bandar Baru Bangi. Teknik temubual ini telah dilakukan yang bertarikh 17 Oktober 2017 bersama

En. Mohd Baihaqi bin Ramli. Maklumat dikumpul, distruktur dan dipersembah secara kritis dan kreatif dalam fasa analisis. 4.2 Fasa Analisis Fasa ini melibatkan analisis dan tafsiran maklumat yang dikumpul dalam fasa perancangan. Analisis tentang kesesuaian topik dan menilai kepentingan untuk menjalankan kajian ini dilakukan. Selain daripada itu, analisis tentang perkakasan dan perisian juga dijalankan untuk memasti perkakasan dan persisian yang sedia ada adalah sesuai untuk membangun projek ini. 4.3 Fasa Reka Bentuk Fasa ini merupakan fasa yang penting dalam keseluruhan projek. Fasa ini melibatkan dua proses penting, iaitu mereka bentuk dan membangunkan portal. Reka bentuk portal dibangun dengan mengguna PHP Framework Bootstrap dan serta menggunakan HTML, Javascipt dan CSS. Pangkalan data yang digunakan ialah phpmyadmin untuk menyimpan data ke dalam MySQL secara percuma. 4.4 Fasa Pengujian Fasa ini bertujuan menguji portal dan mengesan kesilapan yang terdapat dalam portal dan mencatatkan kesilapan untuk membaiki dan menghapuskan kesilapan tersebut supaya portal yang dibangunkan berada dalam keadaan yang sempurna tanpa ada sebarang masalah dan kesilapan terjadi apabila pengguna menggunakan portal. Sekiranya gagal mencapai objektif projek, penyelarasan perlu dijalankan atau mengimbas kembali fasa analisis bagi membuat penambahbaikan kajian yang mendalam. Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti. Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong pembangunan

Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak tepat boleh menjejas hasil projek. Spesifikasi keperluan perkakasan yang diguna untuk menghasil reka bentuk antara muka adalah perkakasan asas sesebuah komputer. Senarai spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadang untuk membangun Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula adalah seperti berikut: i. Sistem Pengoperasian : Microsoft Windows 7 ii. Pemprosesan : Pentium (R) Dual Core CPU iii. Ingatan Cakera Rawak (RAM) : 4GB atau ke atas iv. Jenis Sistem : 64-bit Operating System Pelbagai perisian yang telah dipilih berdasarkan kesesuaian dan keperluan sistem. Jadual 1 menunjukkan jenis perisian yang digunakan dalam pembangunan sistem. Nama Jadual 1 Perisian dalam pembanguan Huraian Bootstrap dan W3Schools Rangka kerja web bebas dan terbuka untuk merancang laman web bagi membuat HTML dan CSS Draw.io Untuk melukis diagram seperti rajah konteks, rajah kes guna, rajah aktiviti dan rajah urutan Sublime Text PHPMyAdmin Filezilla Google Chrome IDE bagi HTML, CSS dan PHP Mencipta pangkalan data MySQL melalui rangkaian internet IDE untuk memindahkan file melalui FTP di jaringan komputer atau internet Pelayar web untuk mencari maklumat sepanjang pembangunan sistem

5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula. Fasa reka bentuk adalah fasa yang penting dalam pembangunan projek. Reka bentuk portal dibangun dengan mengguna PHP Framework Bootstrap dan serta menggunakan HTML, Javascipt dan CSS. Reka bentuk antara muka sistem adalah sangat penting untuk menentukan kesempurnaan portal ini. Ia menunjukkan bagaimana portal ini berinteraksi antara satu sama lain dan juga interaksi antara sistem dengan pengguna. Seterusnya pengujian terhadap reka bentuk antara muka dijalankan untuk memasti hasil pembangunan adalah selaras dengan objektif yang ditetapkan sebelumnya. Rajah 2 hingga rajah 4 merupakan antara muka halaman utama kepada pengguna. Rajah 2 Antara muka halaman utama Rajah 3 Antara muka halaman utama menu harga

Rajah 4 Antara muka halaman utama menu langkah Rajah 5 merupakan antara muka halaman untuk pengguna baharu bagi kedua pengguna iaitu penduduk Bandar Baru Bangi, warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pihak syarikat. Ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna baharu sebelum masuk ke dalam portal. Rajah 5 Antara muka pengguna baharu Rajah 6 merupakan antara muka halaman log masuk bagi kedua pengguna iaitu penduduk Bandar Baru Bangi dan pihak syarikat. Ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna baharu sebelum masuk ke dalam portal.

Rajah 6 Antara muka log masuk pengguna Rajah 7 merupakan antara muka halaman jenis barang kitar semula untuk memudahkan pengguna memilih jenis barang kitar semula yang telah ditentukan ke dalam portal. Rajah 7 Antara muka jenis barang kitar semula Rajah 8 merupakan antara muka halaman borang permohonan kitar semula untuk pengguna membuat permohonan kitar semula ke dalam portal. Ini proses untuk pengguna.

Selepas klik butang Hantar Permohonan akan papar halaman dibawah Rajah 8 Antara muka borang permohonan kitar semula Rajah 9 merupakan notifikasi emel yang akan diberikan pihak syarikat untuk memudahkan mengambil barang kitar semula di rumah pengguna. Ini proses untuk pihak syarikat yang didaftarkan ke dalam portal. Rajah 9 Antara muka emel pengambilan barang kitar semula

Rajah 10 merupakan antara muka halaman untuk daftar masuk syarikat yang berdaftar ke dalam portal. Ini dibangunkan untuk memudahkan pihak syarikat untuk daftar masuk ke dalam portal. Ini proses untuk pihak syarikat selepas membuat pendaftaran ke dalam portal. Rajah 10 Antara muka daftar masuk syarikat Rajah 11 merupakan antara muka halaman senarai pemohon bagi permohonan ke dalam portal. Ini proses untuk pihak syarikat. Rajah 11 Antara muka senarai pemohon Rajah 12 merupakan antara muka halaman kemaskini permohonan selepas pengguna menghantar permohonan ke dalam portal. Pihak syarikat akan kemaskini permohonan pengguna tersebut. Ini proses untuk pihak syarikat.

Rajah 12 Antara muka kemaskini pemohon Rajah 13 merupakan antara muka halaman senarai syarikat yang berdaftar ke dalam portal. Ini proses untuk pihak syarikat. Rajah 13 Antara muka senarai syarikat yang berdaftar Rajah 14 merupakan antara muka halaman senarai syarikat yang berdaftar ke dalam portal. Ini proses untuk pihak syarikat.

6 KESIMPULAN Rajah 14 Antara muka senarai syarikat yang berdaftar Portal Mengurus Bahan Pembuangan Kitar Semula dibangunkan untuk memberi kesedaran kepada penduduk di Bandar Baru Bangi dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut tidak melibatkan diri dalam program kitar semula di kawasan kediaman mereka. Alasan utama mereka ialah mereka tidak mempraktikkan aktiviti kitar semula, jadual program tidak menentu dan kesibukan kerja. Hakikatnya, terdapat satu komunikasi di antara penduduk di kawasan tersebut dengan pihak yang bertanggungjawab bagi pertukaran informasi berkaitan dengan kepentingan kitar semula perlu dilakukan dan dilaksanakan. Mereka menyatakan pandangan bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar, sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan penduduk tempatan akan tetapi bagi mempraktikkan amalan ini agak sukar dipraktikan oleh masyarakat umum. Terdapat sebulat suara yang mengatakan satu isu yang perlu difikirkan secara mendalam ialah adakah promosi program kitar semula yang dijalankan selama ini telah berjaya? Adakah pihak yang bertanggungjawab dalam program kitar semula telah menjalankan tugas yang sepatutnya ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga? Pernahkah kita berfikir

dahulu sebelum membuang sampah? Sejauh manakah sumbangan kita ke atas program kitar semula di kawasan kejiranan kita? Adakah dengan adanya sistem kitar semula dapat memudahkan bagi mereka untuk mengumpul barang terbuang? Justeru, pihak bertanggungjawab perlu memikirkan satu acuan baharu agar sistem kitar semula ini dapat dibangunkan dengan jayanya agar penduduk di kawasan tersebut boleh mengubah sikap terhadap pentingnya kitar semula demi kebaikan bersama. 7 RUJUKAN Abas, M. A. (2013). Pelupusan sisa pepejal: Kajian sistem kitar semula satu aliran di pusat pengajian sains matematik dan sains komputer, bangunan g31. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Agamuthu P dan Fauziah Shahul Hamid (2011) Challenges and issues in moving towards sustainable landfilling in a transitory country - Malaysia. Waste Management & Research: 66-70. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) (2018). http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view_tag/634756796457356b5957356e5957343d [8 November 2017]: 9-17. Muhamad Azahar Abas (2013). Pelupusan Sisa Pepejal: Kajian Sistem Kitar Semula Satu Aliran di Pusat Pengajian Sains Matematik dan Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Johor. Universiti Tun Hussein Onn. Nur Dyah Ekowati, Hasnah Ali dan Sanep Ahmad (2010) Analisis Pengurusan Sisa Pepejal Di Pemukiman Berpendapatan Tinggi dan Rendah. Jakarta. Pichtel, J. (2005) Waste Management Practices: Municipal, Hazardous and Industrial. Boca Raton, Florida: Taylor and Francis Group: 205-253. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) (2008). http://www.swcorp.gov.my/ [06 September 2016]. Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (2018) Retrieved from https://www.doe.gov.my/portalv1/ [16 September 2016]. Pusat Kitar Semula (PKSUKM) Bandar Baru Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2012) Retrieved from http://pksukm.blogspot.my/ [18 September 2016]. Seow Ta Wee, Jamaluddin Md Jahl dan Indera Syahrul Mat Radzuan (2004). Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula. Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.