PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM PENYELESAIAN PERSAMAAN KUADRATIK, PUNCA KUASA DUA DAN PUNCA KUASA TIGA NATASHA BINTI DOLZAKIPI

Similar documents
PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lima Tonggak Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik. Five pillars in teaching and learning mathematics

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK HASIL SUMBANGAN EUCLID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK JACINTA EMILY ANAK CHARLES RIAM

HUBUNGAN JARINGAN ANTARA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA INDUSTRI PELANCONGAN DI KAMPUNG CHERATING LAMA, PAHANG SUHAINI BINTI IBRAHIM

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK BAGI NOMBOR NEGATIF DI SEKOLAH MENENGAH RENDAH MUHAMMAD ASYRAF BIN ASBULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]

MASALAH STURM LIOUVILLE DAN PENGGUNAANNYA DALAM MASALAH-MASALAH KHUSUS YANG LAIN SOH MEN CHEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM MENENTUKAN NILAI PI DAN KEBARANGKALIAN HERLINDA BINTI ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

APLIKASI PERMAINAN PENELUSURAN POKOK (TREE TRAVERSAL) DALAM MATEMATIK DISKRET

PENGARUH RUANGAN TOKOH DAN TAHUKAH ANDA MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

DYNAMIC SIMULATION OF COLUMNS CONSIDERING GEOMETRIC NONLINEARITY MOSTAFA MIRSHEKARI

FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

EFFECT OF ROCK MASS PROPERTIES ON SKIN FRICTION OF ROCK SOCKET. YUSLIZA BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYSTEM IDENTIFICATION MODEL AND PREDICTIVE FUNCTIONAL CONTROL OF AN ELECTRO-HYDRAULIC ACTUATOR SYSTEM NOOR HANIS IZZUDDIN BIN MAT LAZIM

COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

MULTISTAGE ARTIFICIAL NEURAL NETWORK IN STRUCTURAL DAMAGE DETECTION GOH LYN DEE

ANALISIS ITEM SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2003, 2004, 2005 DAN 2006 MENGIKUT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

APLIKASI PERMAINAN TERMA-TERMA POKOK (TREE TERMS) DALAM MATEMATIK DISKRET. Dr. Ruzzakiah Jenal Abdul Hafiz Bin Rohhaizan ABSTRAK

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

Lampiran A. Ini adalah satu kajian bertajuk Penerapan Metakognisi dalam kalangan murid tingkatan empat

MORPHOLOGICAL, GENETIC AND BIOLOGICAL STUDIES OF RED PALM WEEVIL, Rhynchophorus spp. (COLEOPTERA: CURCULIONIDAE) IN TERENGGANU, MALAYSIA

EME 411 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

ULTIMATE STRENGTH ANALYSIS OF SHIPS PLATE DUE TO CORROSION ZULFAQIH BIN LAZIM

EMH 451/3 Numerical Methods For Engineers Kaedah Berangka Untuk Jurutera

DENSITY FUNCTIONAL THEORY SIMULATION OF MAGNETISM DUE TO ATOMIC VACANCIES IN GRAPHENE USING SIESTA

Perbandingan Stail Kognitif di Kalangan Guru Pelatih Berpengkhususan Matematik dan Implikasi Terhadap Pemilihan Bakal Calon Guru Pelatih.

PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

MUZIUM SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH KAJIAN KES: MUZIUM KOTA TINGGI, JOHOR. Roniza Binti Norrani 39610

DEVELOPMENT OF PROCESS-BASED ENTROPY MEASUREMENT FRAMEWORK FOR ORGANIZATIONS MAHMOOD OLYAIY

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

EVALUATION OF FUSION SCORE FOR FACE VERIFICATION SYSTEM REZA ARFA

PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK NADIAH BT MOHD TAHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: SEJARAH DALAM MATEMATIK DAN STATISTIK

PORTAL PENGURUSAN LATIHAN UKM (e-latihan)

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF MICROWAVE-MODIFIED ADSORBENTS FROM Casuarina equisetifolia SEEDS FOR DYE ADSORPTION APPLICATION

EFFECT OF GRAPHENE OXIDE (GO) IN IMPROVING THE PERFORMANCE OF HIGH VOLTAGE INSULATOR NUR FARAH AIN BINTI ISA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANITIA BIOLOGI DAERAH SEPANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIOLOGI KERTAS 3 Satu jam tiga puluh minit

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

EMH 451 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

RAINFALL SERIES LIM TOU HIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EAS 254E/3 Structural Analysis (Analisis Struktur)

A COMPUTATIONAL FLUID DYNAMIC FRAMEWORK FOR MODELING AND SIMULATION OF PROTON EXCHANGE MEMBRANE FUEL CELL HAMID KAZEMI ESFEH

Strategi-Strategi Pemahaman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan dalam Kursus Statistik 1 SITI HAJJAR BINTI MOHD KHALID

POSITION CONTROL USING FUZZY-BASED CONTROLLER FOR PNEUMATIC-SERVO CYLINDER IN BALL AND BEAM APPLICATION MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMAN

MSG 356 Mathematical Programming [Pengaturcaraan Matematik]

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 8 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 8 printed pages)

SULIT 3472/1 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TINGKATAN LIMA

SCES2242/ SCES2434/SIC2005 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

SHADOW AND SKY COLOR RENDERING TECHNIQUE IN AUGMENTED REALITY ENVIRONMENTS HOSHANG KOLIVAND UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

AMPLIFICATION OF PARTIAL RICE FLORIGEN FROM MALAYSIAN UPLAND RICE CULTIVAR HITAM AND WAI ABDULRAHMAN MAHMOUD DOGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

MST 565 Linear Models [Model Linear]

MAT 111 Linear Algebra [Aljabar Linear]

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

Key words: Higher Order Thinking Skills (HOTS), mathematical skills, mathematics anxiety

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK MARLIA BINTI MAT ISA

IMK 308 Food Preservation Principles [Prinsip Pengawetan Makanan]

PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI - KECERDASAN LOGIK MATEMATIK.

Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

PENGELASAN SOALAN PEPERIKSAAN BERLANDASKAN TAKSONOMI BLOOM MENGGUNAKAN N-GRAM DAN PENDEKATAN PERATURAN. Dellicia Tan Nazlia Omar

Uncertainty Evaluation for the Measurement of Gauge Block by Micrometer.

ERODABLE DAM BREACHING PATTERNS DUE TO OVERTOPPING NOR AIN BINTI MAT LAZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : perisisan kamus matematik dianamik, (M-Addict)

(Kertas soalan ini mengandungi 11 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 11 questions on 6 printed pages)

MATHEMATICAL MODELING FOR TSUNAMI WAVES USING LATTICE BOLTZMANN METHOD SARA ZERGANI. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAi

MAT 518 Numerical Methods for Differential Equations [Kaedah Berangka untuk Persamaan Pembezaan]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 ADDITIONAL MATHEMATICS

SULIT 3472/1. Nama:.. Tingkatan: 3472/1 NO. KAD PENGENALAN Matematik Tambahan PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS DAN MATEMATIK 2009

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN ASAS PENGURUSAN DATA

(Kertas ini mengandungi 6 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 6 questions on 5 printed pages)

Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam setiap bahagian. Questions should be answered according to the instructions given in each section.

PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

AHMED MOKHTAR ALBSHIR BUDIEA

Section B Bahagian B. [20 marks] [20 markah] Answer any one questions from this section. Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer TWO (2) questions. only.

REKABENTUK BAHAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI PELAJAR DISKALKULIA

SOLUBILITY MODEL OF PALM OIL EXTRACTION FROM PALM FRUIT USING SUB-CRITICAL R134a NUR SYUHADA BINTI ABD RAHMAN

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CPT115 Mathematical Methods for Computer Sciences [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]


(Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan dalam 7 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 7 questions on 7 printed pages)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KIT FORMULA MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH(POLISAS)

MAT 100 Foundation Mathematics [Asas Matematik]

MAA 111 Algebra for Science Students [Aljabar untuk Pelajar Sains]

Transcription:

PENERAPAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DALAM PENYELESAIAN PERSAMAAN KUADRATIK, PUNCA KUASA DUA DAN PUNCA KUASA TIGA NATASHA BINTI DOLZAKIPI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

ii

iii Dedikasi Teristimewa buat abah dan ibu tersayang, Dolzakipi Selamat & Sarifah Faridah Syed Omar Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan motivasi kepada diri ini Sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang... Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi... Buat semua adik-beradik yang sentiasa di hati, Nadia, Nadzarul, Nadzrein, Nadira, Nadzuan, Naella & Nadjuwa, Terima kasih di atas segala-galanya... Buat yang dikasihi, Muhammad Asyraf, Jacinta Emily, Siti Hajar dan rakan seperjuangan, pengorbanan kalian terlalu besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini... Dan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung... Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T...

iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan hidayahnya, penulisan ini dapat disempurnakan juga akhirnya. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas ditujukan kepada Prof. Dr. Ismail Kailani selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar, menasihat, menyemak, meyumbang idea serta bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan. Dikesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada penulis serta memberi kekuatan dan ilham dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian

v ABSTRAK Antara objektif matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyarankan agar unsur sejarah diterapkan kepada para pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dibuat sejajar dengan matlamat tersebut iaitu untuk menerapkan unsur sejarah dalam pembelajaran matematik. Perbincangan difokuskan kepada penerapan unsur-unsur sejarah ke dalam subtopik punca kuasa dua dan punca kuasa tiga bagi matematik menengah rendah dan subtopik persamaan kuadratik bagi matematik menengah atas di samping cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan guru dalam proses pengajaran di bilik darjah. Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada kaedah-kaedah sejarah yang digunakan oleh tokoh-tokoh matematik yang merangkumi pelbagai tamadun dalam menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Penyelidikan yang dijalankan adalah penyelidikan pensejarahan di mana maklumat berkaitan sejarah penyelesaian persamaan kuadratik dan punca kuasa dua serta punca kuasa tiga akan dikenalpasti dan dikaji sebelum ia dijadikan cadangan sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ada di antara kaedah-kaedah tersebut boleh dijadikan kaedah alternatif di bilik darjah di samping kaedah-kaedah sedia ada yang digunakan hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kaedah yang tidak sesuai untuk diterapkan kepada pelajar di peringkat menengah ini. Namun kaedah tersebut boleh dikemukakan sebagai sebahagian daripada hasil sumbangan tokoh matematik dalam bidang algebra ini.

vi ABSTRACT One of the mathematics Integrated Curriculum for Secondary Schools objective is to appreciate the importance and the beauty of mathematics. In order to achieve this aim, the Malaysian Ministry of Education has suggested so that the historical elements should be instilled to students through teaching and learning process. The research is done to expose the historical elements in mathematics learning. The discussion is focus on instilling the historical elements in the subtopics of square roots and cube roots for lower secondary and quadratics equation for upper secondary besides the suggestion activities which can be used by teacher in teaching process. Besides that, the discussion is contemplate on historical methods that established by the mathematician who came from diverse civilizations in solving quadratic equation, square roots and cube roots. The research done is known as a historical research where the information related to the history of solution of quadratic equation, square roots and cube roots will identified and studied before they are considered as alternative methods in teaching and learning process. There are several methods that can be considered as alternative methods besides the methods used today. However, there are some methods that are not suitable to instill to students at this secondary level. But these methods can be express as a part of mathematicians contribution in the algebra field.

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS - PENGESAHAN PENYELIA - HALAMAN TAJUK i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Skop Dan Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 8 1.9 Penutup 9

viii 2 SOROTAN PENULISAN 10 2.1 Pengenalan 10 2.2 Senario Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 11 2.3 Penerapan Unsur-unsur Sejarah dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sebagai Alternatif Di Bilik Darjah 14 2.4 Minat Dan Motivasi terhadap Matematik 18 2.5 Penutup 20 3 METODOLOGI KAJIAN 22 3.1 Pengenalan 22 3.2 Reka Bentuk Kajian 22 3.3 Pengumpulan Data 24 3.4 Analisis Data 25 3.5 Penutup 25 4 DAPATAN KAJIAN 27 4.1 Pengenalan 27 4.2 Kaedah-Kaedah Sejarah Bagi Menyelesaikan Persamaan Kuadratik 27 4.2.1 Sumbangan Tokoh Matematik Greek 28 4.2.1.1 Kaedah geometri Euklid 28 4.2.2 Sumbangan Tokoh Matematik Arab 30 4.2.2.1 Kaedah Geomaetri al-khwarizmi 32 4.2.2.2 Kaedah Geomaetri Abu Kamil 34 4.2.3 Sumbangan Tokoh Matematik Eropah 38 4.2.3.1 Kaedah Viéta 38 4.2.3.2 Kaedah Descartes 40 4.2.4 Kaedah Lelaran Titik Tetap (KLTT) 43 4.2.5 Kaedah Newton Raphson 44 4.3 Kaedah-Kaedah Sejarah Bagi Menyelesaikan Punca Kuasa Dua 46 4.3.1 Sumbangan Tokoh Matematik Arab 47 4.3.1.1 Kaedah Ibnu al-banna (Punca Kuasa

ix Dua Nombor Terbuka, Al-Maftuh) 47 4.3.1.2 Kaedah Pengiraan Penghampiran Kusyar (punca Kuasa Dua Nombor Bisu, Al-Asamm) 49 4.3.2 Sumbangan Tokoh Matematik China 52 4.3.2.1 Kaedah Geometri Lui Hui 52 4.3.3 Sumbangan Tokoh Matematik Greek 53 4.3.3.1 Kaedah Lelaran Heron 53 4.3.4 Sumbangan Tokoh Matematik Hindu 54 4.3.4.1 Kaedah Aryabhata 54 4.4 Kaedah-Kaedah Sejarah Bagi Menyelesaikan Punca Kuasa Tiga 58 4.4.1 Sumbangan Tokoh Matematik Greek 59 4.4.1.1 Kaedah Lelaran Heron 59 4.4.2 Sumbangan Tokoh Matematik Hindu 60 4.4.2.1 Kaedah Aryabhata 60 4.5 Penutup 64 5 CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN YANG MENERAPKAN UNSUR SEJARAH MATEMATIK DAN PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH SEJARAH DENGAN KAEDAH MODEN 65 5.1 Pengenalan 65 5.2 Contoh Aktiviti Bagi Subtopik Persamaan Kuadratik 65 5.3 Contoh Aktiviti Bagi Subtopik Punca Kuasa Dua 73 5.4 Contoh Aktiviti Bagi Subtopik Punca Kuasa Tiga 76 5.5 Kaedah Moden Yang Digunakan Dalam Menyelesaikan Persamaan Kuadratik 82 5.5.1 Kaedah Pemerinyuan Atau Cuba-Cuba 83 5.5.2 Kaedah Pemfaktoran 84 5.5.3 Kaedah Penyempurnaan Kuasa Dua 85 5.5.4 Penggunaan Rumus 85 5.5.5 Kaedah Graf 87

x 5.6 Perbandingan Kaedah Sejarah Dengan Kaedah Moden Dalam Mencari Nilai Punca Persamaan Kuadratik 88 5.7 Kaedah Moden Yang Digunakan Dalam Menentukan Nilai Punca Kuasa Dua 90 5.7.1 Kaedah Penganggaran 91 5.7.2 Melalui Penggunaan Kalkulator 92 5.8 Perbandingan Kaedah Sejarah Dengan Kaedah Moden Dalam Mencari Nilai Punca Kuasa Dua Suatu Nombor 92 5.9 Kaedah Moden Yang Digunakan Dalam Menentukan Nilai Punca Kuasa Tiga 94 5.9.1 Kaedah Penganggaran 94 5.9.2 Melalui Penggunaan Kalkulator 95 5.10 Perbandingan Kaedah Sejarah Dengan Kaedah Moden Dalam Penentuan Nilai Punca Kuasa Tiga Suatu Nombor 95 5.11 Penutup 96 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 97 6.1 Pengenalan 97 6.2 Kesimpulan 98 6.2.1 Kesimpulan Mengikut Persoalan Kajian 98 6.2.1.1 Persoalan 1 (Apakah bahan- bahan sejarah matematik yang digunakan bagi menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga?) 98 6.2.1.2 Persoalan 2 (Bagaimanakah bahanbahan sejarah yang berkaitan dengan penyelesaian persaman kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga ini diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

xi matematik di sekolah?) 99 6.2.1.3 Persoalan 3 (Apakah perbandingan yang terdapat antara kaedah penyelesaian persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga yang dikemukakan oleh tokoh- tokoh matematik zaman dahulu dengan kaedah moden yang pada digunakan masa kini?) 100 6.2.2 Kesimpulan Mengikut Dapatan Kajian 100 6.2.2.1 Penyelesaian Persamaan Kuadratik 100 6.2.2.2 Penyelesaian Punca Kuasa Dua 101 6.2.2.3 Penyelesaian Punca Kuasa Tiga 102 6.3 Cadangan Hasil Kajian 102 6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 104 6.5 Penutup 105 RUJUKAN 106-107 \

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Lelaran KLTT 44 4.2 Lelaran Bagi Kaedah Newton-Raphson 46

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Penyelesaian persamaan kuadratik berbentuk x(a x) = b 2 29 4.2 Penyelesaian persamaan kuadratik berbentuk x(a + x) = b 2 30 4.3 Gabungan sebuah segiempat sama, x 2 dan empat buah segiempat, tepat, 2x 32 4.4 Gabungan segiempat sama, x 2 dan dua buah segiempat tepat, 4x 33 4.5 Lemma Euklid yang dinyatakan oleh Abu Kamil 35 4.6 Penerangan proposition II, 5 oleh Euklid 35 4.7 Penerangan proposition II, 6 oleh Euklid 36 4.8 Gabungan segiempat sama dan segiempat tepat 37 4.9 Aplikasi proposition II, 6 oleh Euklid 37 4.10 Penyelesaian persamaan kuadratik berbentuk x 2 ax b 2 = 0 41 4.11 Penyelesaian persamaan kuadratik berbentuk x 2 + ax b 2 = 0 42 4.12 Penyelesaian persamaan kuadratik berbentuk x 2 - ax + b 2 = 0 42 4.13 Kedudukan anggaran punca, x 0 dari punca sebenar,p 45 4.14 Pembelahan (dissection) segiempat sama 52

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matematik merupakan bidang yang tinggi perkembangannya dan boleh diaplikasikan kepada bidang-bidang lain dalam kehidupan seharian. Pelajaran matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan terhadap konsep, fakta dan kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang didorong oleh daya ingatan terhadap konsep tertentu fakta dan tatacara dalam ilmu matematik. Keperluan dan kepentingan matematik zaman ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Sekarang matematik bukan hanya memberi pengetahuan asas mengira sahaja tetapi lebih kepada membekalkan ilmu pengetahuan matematik bagi mengembangkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, pemikiran sistematik, komunikasi dan nilai murni kepada pelajar. Dewasa ini pelbagai perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara turut mempengaruhi kandungan dan pedagogi dalam pendidikan matematik di sekolah menengah. Para guru perlu bijak dan kreatif dalam mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Menurut Nik Azis (1996) dalam Tengku Zawawi, guru matematik perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif rasional dan bijaksana dalam

2 mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran.. Salah satu pendekatan yang relevan digunakan ialah penerapan unsur-unsur sejarah dalam pendidikan matematik. Pendekatan ini mungkin jarang diaplikasikan oleh para guru kerana ia memerlukan banyak sumber maklumat tambahan selain buku teks dan buku rujukan untuk dijadikan bahan pengajaran di dalam kelas serta perlu bijak merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan masa yang agak terhad. Namun, pendekatan ini mampu mengubah suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Penggunaan sumber bersesuaian adalah penting dalam membantu pelajar membentuk konsep-konsep matematik. Penerapan unsur-unsur sejarah dalam matematik perlu diberikan penekanan dalam usaha melahirkan pelajar yang menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu mengenai tokoh-tokoh matematik dan sejarah ringkas mengenai sesuatu konsep dan idea matematik dapat merangsang minat pelajar terhadap sesuatu topik matematik. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kerana pendekatan ini mampu meningkatkan semangat ingin tahu pelajar. Melalui aktiviti penerapan unsur-unsur sejarah dalam matematik yang dilaksanakan oleh guru di dalam atau di luar bilik darjah, pelajar akan lebih menghargai matematik merasai keindahannya di samping mendapat input baru yang tidak terdapat dalam buku teks. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan bosan malah menjadi lebih bermakna. 1.2 Latar Belakang Masalah Matematik merupakan jentera kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk negara maju. Kurikulum matematik yang digunakan hari ini adalah platform bagi menyediakan pengetahuan

3 dan kemahiran matematik kepada para pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keupayaan di samping menyediakan pendidikan yang relevan, terkini, dan unggul bagi melahirkan generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang. Kekerapan menggunakan buku teks, papan tulis dan kertas kerja semata-mata akan menyebabkan para pelajar menjadi hilang minat terhadap subjek matematik terutamanya bagi kalangan pelajar yang sememangnya lemah dalam subjek ini. Mereka tidak akan memberikan konsentrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan ini akan menyukarkan tugas para guru bagi membantu pelajar dalam membina konsep dan menguasai kemahiran secara menyeluruh terutamanya dari aspek penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi dalam matematik dan membuat perkaitan (Sharifah Maimunah Syed Zin, 2001). Pada masa kini kebanyakkan guru mengajar dengan tujuan untuk menghabiskan sukatan pelajaran sebelum waktu peperiksaan sama ada bagi peperiksaan selaras di peringkat sekolah, daerah atau negeri mahupun peperiksaan awam seperti PMR, SPM atau STPM tanpa mengambil kira aras kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar. Guru hanya bertindak sebagai penyampai maklumat atau penunjuk cara manakala pelajar berperanan sebagai penerima yang pasif atau pemerhati. Penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran biasanya terhad kepada memberikan respon kepada arahan atau soalan guru sahaja. Menurut Raja Sulaiman (1996) dalam Tengku Zawawi, guru yang tidak tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran matematik akan menyebabkan para pelajar berasa jemu, bosan dan benci kepada matematik dan seterusnya kepada guru matematik itu sendiri. Antara objektif kurikulum matematik diwujudkan ialah untuk menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Bagi memastikan objektif tersebut mampu dicapai, salah satu usaha yang boleh dipertimbangkan adalah dengan menerapkan unsur-unsur sejarah matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan unsur-unsur sejarah matematik perlu diberikan penekanan sewajarnya dalam usaha untuk mewujudkan pelajar yang menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang tokohtokoh matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep dan idea boleh diterapkan bersama aktiviti bersesuaian yang dirangka guru dalam proses pengajaran

4 dan pembelajaran. Hal ini akan merangsang lagi minat pelajar terhadap sesuatu topik matematik sekaligus dapat meningkatkan naluri ingin tahu mereka terhadap sejarah matematik. 1.3 Pernyataan Masalah Kurikulum matematik sekolah menengah dirangka bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah matematik serta dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pencapaian yang diperoleh pelajar dalam subjek ini amat bergantung kepada kaedah pengajaran yang dipraktikkan guru di dalam bilik darjah. Guru perlu mempelbagaikan pendekatan pengajaran di dalam bilik darjah bagi mengelakkan pelajar merasa bosan terutamanya bagi mereka yang sememangnya lemah dalam subjek ini serta kurang keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Menurut Davis (1986), matematik melibatkan penggunaan simbol-simbol dan pengajaran di bilik darjah tertumpu kepada aktiviti memanipulasikan simbol-simbol tersebut berdasarkan petua dan hukum-hukum yang telah dihafal. Selain itu, penguasaan kemahiran mengira adalah penting kerana hasil pembelajaran lebih diutamakan berbanding dengan proses pembelajaran. Hal ini akan mengakibatkan pelajar lebih membenci serta sukar untuk memberi tumpuan terhadap matematik kerana tidak semua pelajar mampu menguasai kemahiran mengira atau mahir dengan penggunaan simbol-simbol matematik. Oleh itu, pendekatan pengajaran dengan menerapkan unsur-unsur sejarah dalam pendidikan matematik wajar dijadikan alternatif sebagai satu usaha berterusan bagi menarik minat pelajar supaya lebih mengenali matematik dari akar umbi. Pendekatan ini mampu merangsang semangat ingin tahu pelajar serta mendorong proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Dengan ini pelajar akan lebih

5 menghargai matematik serta merasai keindahannya kerana segala konsep matematik merupakan hasil usaha tokoh matematik sejak beribu tahun dahulu. Oleh itu, satu kajian tentang penerapan unsur-unsur sejarah dalam pendidikan matematik akan dijalankan dalam pengajaran matematik sekolah menengah. Kajian bertujuan untuk memperkayakan lagi pendekatan pengajaran di bilik darjah di samping pendekatan pengajaran yang kerap dipraktikkan seperti penggunaan papan hitam dan penggunaan buku teks dalam menerangkan isi pelajaran, pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme dan pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri-penemuan. Di samping itu, pengkaji berharap agar pendekatan alternatif ini mampu mambantu guru dalam merangka aktiviti yang lebih membina serta mampu menarik perhatian pelajar sekaligus meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam subjek matematik ini. Selain itu, penerapan unsur-unsur sejarah ini bertujuan mendedahkan pelajar secara lebih dekat dengan tokoh-tokoh matematik serta asal usul sesuatu topik matematik agar pelajar lebih mengenali dan menghargai matematik disamping menghayati keindahannya. 1.4 Objektif Kajian (i) (ii) (iii) Meninjau bahan-bahan sejarah matematik yang digunakan bagi menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Menerapkan bahan-bahan sejarah matematik yang digunakan bagi menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah. Membuat perbandingan antara kaedah sejarah yang digunakan dalam mencari penyelesaian persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh

6 matematik dengan kaedah moden yang digunakan pada pada hari ini. 1.5 Persoalan Kajian (i) Apakah bahan-bahan sejarah matematik yang digunakan bagi menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga? (ii) Bagaimanakah bahan-bahan sejarah yang berkaitan dengan penyelesaian persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah? (iii) Apakah perbandingan yang terdapat antara kaedah penyelesaian persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh matematik dengan kaedah moden yang digunakan pada hari ini?