LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

Similar documents
Sijil Akuan Juruukur Tanah Berlesen Pada Jadual Petak Pecah Bahagi Bangunan & Pecah Bahagi Tanah & Blok Sementara

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

ACTION AFTER APPLICATION FOR SUBDIVISION OF BUILDING AND LAND PARCEL APPROVED BY PTG (NEW)

GARISPANDUAN BERKAITAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PEMBERIAN ATAU SUBSIDI (GRANT) DAN PENDAPATAN PIHAK BERKUASA BERKANUN

SULIT 3472/1. Nama:.. Tingkatan: 3472/1 NO. KAD PENGENALAN Matematik Tambahan PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS DAN MATEMATIK 2009

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions

Pelantar Benua (Pindaan) 1 D.R. 6/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pelantar Benua 1966.

RUZIAH AHMAD BAHAGIAN PENGKATALOGAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

KOLEJ MULTIMEDIA JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

Bab 7 : Carian. proses untuk memeriksa satu atau serangkaian unsur untuk mendapatkan data yang dicari. Carian / gelintaran

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Section A [28 marks / markah] Answer all question Jawab semua soalan

EAK 263/4 Geomatic Engineering [Kejuruteraan Geomatik]

INFORMATION FOR CANDIDATES MAKLUMAN UNTUK CALON

PANITIA BIOLOGI DAERAH SEPANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIOLOGI KERTAS 3 Satu jam tiga puluh minit

... [1 mark] pembolehubah bergerakbalas the responding variable. ... [1 mark] pembolehubah yang dimalarkan constant variable. ...

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structure questions. Answer ALL questions.

EAA211 Engineering Mathematics for Civil Engineers [Matematik Kejuruteraan untuk Jurutera Awam]

REG 363 Site Investigation (Kajian Tapak)

SULIT /3. NAMA:... Tingkatan:.. Fizik

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS513 Computer Vision and Image Analysis [Penglihatan Komputer dan Analisis Imej]

(Kertas ini mengandungi 5 soalan dalam 5 halaman yang dicetak) (This paper consists of 5 questions in 5 printed pages)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 KIMIA Kertas 3 1 ½ jam Satu jam tiga puluh minit

Section B Bahagian B. [20 marks] [20 markah] Answer any one questions from this section. Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

SCES2242/ SCES2434 : KIMIA POLIMER/ KIMIA POLIMER I POLYMER CHEMISTRY/ POLYMER CHEMISTRY I

DCC6213: HYDRAULICS & HYDROLOGY

EAS 254E/3 Structural Analysis (Analisis Struktur)

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2011 (PERCUBAAN) SCIENCE 018 Bahagian B


SMK KHIR JOHARI SG SUMUN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2018 TINGKATAN 5

LOGO DAN NAMA SEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

tutormansor.wordpress.com

SULIT 3472/1 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TINGKATAN LIMA

WIND TUNNEL TEST TO INVESTIGATE TRANSITION TO TURBULENCE ON WIND TURBINE AIRFOIL MAHDI HOZHABRI NAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATEMATIK KERTAS 1 (1449/1) SET 6

SCES2250 : SPEKTROSKOPI MOLEKUL & INTERPRETASI MOLECULAR SPECTROSCOPY & INTERPRETATION

ESA 343/2 Aircraft Aerodynamics [Aerodinamik Pesawat]

MAT 100 Foundation Mathematics [Asas Matematik]

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 11 halaman yang bercetak) (This question paper consists of 3 questions on 11 printed pages)

MATEMATIK KERTAS 1 (1449/1) SET 1

CPT115 Mathematical Methods for Computer Sciences [Kaedah Matematik bagi Sains Komputer]

DCC5143: FLUID MECHANICS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. 1st. Semester Examination 2004/2005 Academic Session Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005.

SEDIMENTATION RATE AT SETIU LAGOON USING NATURAL. RADIOTRACER 210 Pb TECHNIQUE

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer TWO (2) questions. only.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 FIZIK. Kertas 3. Satu jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA

SULIT /1. Answer all questions. Jawab semua soalan.

DETECTION OF STRUCTURAL DEFORMATION FROM 3D POINT CLOUDS JONATHAN NYOKA CHIVATSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MIHARJA KUALA LUMPUR PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN DUA 2014 MATEMATIK Dua jam

Nama Sekolah / School Name Test Name / Nama Ujian

EAS151 Statics and Dynamics [Statik dan Dinamik]

EME 411 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

EEE 350 SISTEM KAWALAN

EAS152 Strength of Materials

Section A / Bahagian A. [ 52 marks / 52 markah ]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CIT562 Bioinformatics Computing [Perkomputeran Bioinformatik]


COVRE OPTIMIZATION FOR IMAGE STEGANOGRAPHY BY USING IMAGE FEATURES ZAID NIDHAL KHUDHAIR

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) essay questions. Answer any FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/01. September/Oktober EAL 534/4 Perancangan Dan Dasar Pengangkutan

KOT 222 Organic Chemistry II [Kimia Organik II]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 ADDITIONAL MATHEMATICS

Dibentang oleh: Dr. Wong Khai Ming Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia

Arahan : Jawab semua soalan. Instructions: Answer all questions.

[Lihat sebelah 50/2 SULIT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

INTEGRATED MALAYSIAN METEOROLOGICAL DATA ATMOSPHERIC DISPERSION SOFTWARE FOR AIR POLLUTANT DISPERSION SIMULATION

EMH 451 Numerical Methods For Engineers [Kaedah Berangka Untuk Jurutera]

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 4541/3

A STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF RAINFALL DATA AND ITS PARAMETER ESTIMATES JAYANTI A/P ARUMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUMERICAL INVESTIGATION OF TURBULENT NANOFLUID FLOW EFFECT ON ENHANCING HEAT TRANSFER IN STRAIGHT CHANNELS DHAFIR GIYATH JEHAD

Proses Pembuatan (Manufacturing Process)


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober CPT102 - Struktur Diskret

SULIT 3472/1. Answer all questions. Jawab semua soalan.

KOT 222 Organic Chemistry II [Kimia Organik II]

SULIT 3472/1. DENGAN KERJASAMA Ogos/September PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Penggunaan Data-Data Lapangan Bagi Menentukan Kestabilan Cerun Batuan: Kes Kajian di Lebuhraya Utara Selatan

EEE 208 TEORI LITAR II


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS511 Evolutionary Computing [Perkomputeran Berevolusi]

SCES2250 : SPEKTROSKOPI MOLEKUL & INTERPRETASI MOLECULAR SPECTROSCOPY INTERPRETATION

IIUM Mathematics Competition (IMC 2016)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK KOTA SAMARAHAN SARAWAK FIFTH, SIXTH, EIGHTH & NINTH SEMESTER EXAMINATION, 2013 SESSION MTH2033 DISCRETE MATHEMATICS

MAA 111 Algebra for Science Students [Aljabar untuk Pelajar Sains]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

QSO15 Mathematics Semester /

EAS 566/4 Special Structures EAS 566/4 Struktur Khas


ARTIFICIAL NEURAL NETWORK AND KALMAN FILTER APPROACHES BASED ON ARIMA FOR DAILY WIND SPEED FORECASTING OSAMAH BASHEER SHUKUR

Transcription:

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313) WEEK 12-STRATA TITLES-5 SR DR. TAN LIAT CHOON 07-5530844 016-4975551 1

OUTLINE Preparation of plan of lot, parcel, land parcel, accessory parcel and common property (Current) Allocated Share Units 2

PREPARATION OF PLAN OF LOT, PARCEL, LAND PARCEL, ACCESSORY PARCEL AND COMMON PROPERTY (CURRENT) 3

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Bangunan Dan Blok Sementara Tiap-tiap bangunan dalam sesuatu skim strata hendaklah diperuntukkan nombor mengikut siri dengan huruf awalan M. Tiap-tiap blok sementara hendaklah diperuntukkan dengan nombor mengikut siri dalam sesuatu skim strata dengan huruf awalan P. Bagi blok sementara di atas bangunan, hendaklah diikuti dengan nombor bangunan dalam kurungan bagi menunjukkan hubung kait blok sementara dengan bangunan yang berkenaan. 4

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Bangunan Dan Blok Sementara Penomboran blok/blok-blok sementara yang telah disiapkan hendaklah disambung daripada skim asal (skim strata yang mana hakmilik strata sementara telah dikeluarkan) kecuali bagi blok/blok-blok sementara di atas bangunan di mana nombor bangunan asal hendaklah digunakan. Sekiranya masih ada blok/blok-blok sementara yang belum disiapkan bagi sesuatu skim strata tersebut, maka nombor blok/blok-blok sementara asal bagi blok/blok-blok sementara berkenaan hendaklah dikekalkan kerana hakmilik strata sementara blok/blok-blok sementara berkenaan masih berkuatkuasa. 5

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Bangunan Dan Blok Sementara Tiap-tiap menara pada setiap bangunan hendaklah diperuntukkan dengan abjad mengikut siri Menara A, Menara B, Menara C dan seterusnya mengikut turutan Pelan Bangunan yang diluluskan. 6

Kaedah Penomboran Strata Bagi Tingkat Atas Paras Tanah (i) Tiap-tiap tingkat di atas paras bumi dalam sesuatu bangunan hendaklah diperuntukkan nombor mengikut siri bagi setiap bangunan bermula dengan tingkat paras bumi sebagai tingkat pertama. (ii) Tingkat paras bumi hendaklah ditentukan daripada pelan bangunan yang diluluskan. 7

Kaedah Penomboran Strata Bagi Tingkat Atas Paras Tanah (iii) Jika tingkat paras bumi tidak dinyatakan dalam pelan bangunan yang diluluskan, tingkat yang mempunyai pintu utama hendaklah dianggap sebagai tingkat pertama, dengan syarat jika sesuatu bangunan itu mempunyai lebih dari satu tingkat yang mempunyai pintu utama, maka tingkat terbawah yang mempunyai pintu utama hendaklah dianggap sebagai tingkat pertama. 8

Kaedah Penomboran Strata Bagi Tingkat Bawah Paras Tanah (i) Tiap-tiap tingkat bawah tanah hendaklah diperuntukkan nombor mengikut siri dalam sesuatu bangunan dengan huruf awalan B bermula daripada tingkat di bawah tingkat pertama bangunan itu dan seterusnya menghala ke bawah. 9

Kaedah Penomboran Strata Bagi Tingkat Mezanin Tiap-tiap tingkat mezanin hendaklah diperuntukkan dengan nombor bagi tingkat di mana ianya terletak dengan huruf awalan N. 10

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Petak Strata (i) Hanya satu siri nombor petak sahaja digunakan bagi setiap satu skim strata. (ii) Setiap petak hendaklah diperuntukkan dengan satu nombor bersiri secara sistematik bermula daripada tingkat paling bawah. (iii) Nombor petak hendaklah mengikut susunan nombor bangunan. (iv) Nombor petak yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula. 11

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Petak Strata (v) Bagi petak berbilang tingkat, nombor petak hendaklah mengikut petak yang berada di tingkat yang paling bawah. (vi) Penomboran petak bagi blok/blok-blok sementara yang telah disiapkan hendaklah disambung daripada siri nombor petak terakhir pada skim asal. (vii) Penomboran petak bagi pecah bahagi atau penyatuan petak hendaklah disambung daripada siri nombor petak terakhir pada skim asal. 12

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Petak Aksesori (i) (a) Hanya satu siri nombor petak aksesori sahaja hendaklah digunakan bagi setiap skim strata. (b) Setiap petak aksesori hendaklah diperuntukkan satu nombor bersiri dengan huruf awalan A dan diikuti dengan nombor petak dalam kurungan A1(100) bagi menunjukkan hubung kait petak aksesori dengan petak yang berkenaan. (c) Nombor petak aksesori yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula. 13

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Petak Aksesori (ii) Pemberian nombor petak aksesori hendaklah dalam susunan yang berturutan seperti berikut: (a) bermula dari petak-petak aksesori yang terletak di luar bangunan; dan (b) diikuti dengan semua petak-petak aksesori yang berada di dalam bangunan, dalam susunan nombor bangunan yang berturutan bermula dari tingkat paling bawah. 14

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Petak Aksesori (iii) Petak Aksesori Berbilang Tingkat Nombor petak aksesori yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula. (iv) Petak Aksesori Blok/Blok-blok Sementara Yang Telah Disiapkan Penomboran petak aksesori (jika ada) bagi blok/blok-blok sementara yang telah disiapkan hendaklah disambung daripada siri nombor petak aksesori terakhir skim asal. 15

Kaedah Penomboran Strata Kaedah Menomborkan Petak Tanah (i) Tiap-tiap petak tanah dalam sesuatu skim strata hendaklah diperuntukkan nombor mengikut siri dengan huruf awalan L. (ii) Hanya satu siri nombor petak tanah sahaja digunakan bagi setiap satu skim strata. (iii) Setiap petak tanah hendaklah diperuntukkan dengan satu nombor bersiri secara sistematik. (iv) Nombor petak tanah yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula. 16

Penyediaan Pelan Strata Pelan Lokasi Setiap pelan lokasi hendaklah mengandungi maklumat: (i) tajuk; (ii) pelan tapakbina; (iii) keratan tegak bangunan dan blok sementara; (iv) sijil akuan juruukur tanah untuk pelan lokasi; dan (v) petunjuk yang menyatakan jumlah bilangan petak dan agihan petak dalam setiap tingkat, dalam kes blok/blok-blok sementara. 17

Penyediaan Pelan Strata Tajuk Tajuk pelan lokasi hendaklah mengandungi perkaraperkara dan mengikut susunan seperti berikut: (i) nama negeri atau wilayah persekutuan; (ii) nama daerah atau jajahan; (iii) nama bandar atau pekan atau mukim; (iv) nombor seksyen; (v) nombor lot bersama nombor pelan akui (PA); (vi) nombor hakmilik tanah; dan vii) keluasan lot. 18

Pelan Tapakbina Penyediaan Pelan Strata Pelan tapakbina hendaklah dilukis mengikut skala dan hendaklah menunjukkan maklumat: (i) tajuk, skala dan penunjuk utara; (ii) tanda-tanda sempadan dan sempadan lot tanpa bearing dan jarak; (iii) nombor lot; (iv) sempadan-sempadan lot bersebelahan, abutal, nombornombor lot bersebelahan dan jalan-jalan serta namanya; (v) hujung mendatar setiap bangunan dengan nombor nombornya sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi dengan garisan hitam pekat; 19

Penyediaan Pelan Strata (vi) hujung mendatar setiap blok menara dengan garisan hitam petak bersama dengan abjad pengenalan dalam susunan yang betul dalam kes sesuatu bangunan yang mengandungi lebih daripada satu blok menara; (vii) (a) hujung mendatar setiap blok sementara dengan nombor-nombornya, sama ada di atas atau di bawah umi, hendaklah ditunjukkan dengan garisan hitam putusputus; (b) garisan keliling tapak blok sementara di permukaan bumi dengan garisan hitam malar dan sekiranya garisan keliling tapak tersebut bertemu dengan hujung mendatar blok sementara, maka garisan keliling tapak berkenaan tidak perlu ditunjukkan; 20

Penyediaan Pelan Strata (c) simbol paip sempadan tanpa pemerihalan untuk pepenjuru garisan keliling tapak blok sementara; (viii) mana-mana cucur atap, kajang dan langkan yang bukan sebahagian mana-mana petak yang dicadangkan yang menganjur ke suatu rizab jalan ditunjukkan dengan garisan hitam putus-putus tanpa perlu berskala. (ix) sempadan dan nombor petak tanah, jika berkaitan. 21

Penyediaan Pelan Strata Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tapakbina 22

Penyediaan Pelan Strata Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tapakbina 23

Penyediaan Pelan Strata Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tapakbina 24

Penyediaan Pelan Strata Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tapakbina 25

Penyediaan Pelan Strata Keratan Tegak Bangunan Dan Blok Sementara Keratan tegak, biasanya diambil dari pandangan hadapan tiap-tiap bangunan dan tiap-tiap blok sementara berdasarkan kepada pelan bangunan yang diluluskan atau pelan bangunan yang dilukis di bawah seksyen 10(6A)(a) AHS 1985, hendaklah dilukis pada skala yang sesuai dalam garisan hitam malar kecuali dalam kes blok sementara hendaklah dilukiskan dalam garisan hitam putus-putus serta menunjukkan: (i) Tajuk termasuk nombor bangunan dan nombor blok sementara dan skala; (ii) Tiap-tiap tingkat dalam bangunan dan nombor tingkat; (iii) Ketinggian tiap-tiap tingkat kepada 0.1 meter terhampir; (iv) Sijil Juruukur Tanah; dan (v) Apa-apa maklumat lain yang perlu. 26

Penyediaan Pelan Strata Format sijil akuan juruukur tanah pada keratan tegak bangunan 27

Penyediaan Pelan Strata Format sijil akuan juruukur tanah pada keratan tegak bangunan 28

Penyediaan Pelan Strata Penyediaan Pelan Tingkat Tiap-tiap pelan tingkat hendaklah mengandungi: (i) tajuk; (ii) pelan lantai; (iii) sijil pelan tingkat; (iv) pelan petak aksesori di luar bangunan; dan (v) Jadual Strata. Tajuk Tajuk pelan tingkat hendaklah mengandungi maklumat seperti pelan lokasi. 29

Penyediaan Pelan Strata Penyediaan Pelan Tingkat Pelan Lantai (i) Pelan lantai hendaklah dilukis mengikut skala dan hendaklah menunjukkan: (a) tiap-tiap petak dan tiap-tiap petak aksesori; dan (b) harta bersama secara keseluruhan, di samping menunjukkan secara terperinci pencawang elektrik dan tiap-tiap harta bersama yang kegunaannya ada kaitan dengan aspek laluan, sama ada diwarnakan kuning atau sisinya digariskan kuning. (ii) Satu pelan lantai berdasarkan pelan bangunan yang diluluskan hendaklah dilukis bagi setiap tingkat. 30

Penyediaan Pelan Strata Penyediaan Pelan Tingkat Pelan Lantai (iii) Pelan lantai hendaklah mengandungi: (a) tajuk, nombor bangunan, abjad pengenalan menara, nombor tingkat, nombor petak, nombor petak aksesori dan skala; (b) setiap sempadan petak dilukis dengan garisan hitam malar dengan hanya dimensi mendatar sahaja; (c) setiap langkan yang bukan sebahagian petak dalam garisan hitam putusputus dan pernyataan langkan ; (d) setiap nombor petak dan setiap nombor petak aksesori; (e) setiap keluasan petak dan petak aksesori ditunjukkan kepada meter persegi terhampir; (f) bahagian-bahagian keluasan bagi setiap petak berbilang tingkat dan petak aksesori berbilang tingkat hendaklah ditunjukkan dalam kurungan bersama dengan keluasan keseluruhannya; 31

Penyediaan Pelan Strata Penyediaan Pelan Tingkat Pelan Lantai (g) setiap ruang harta bersama dan kegunaannya, selain daripada untuk laluan; (h) kawasan harta bersama secara keseluruhan, melainkan pencawang elektrik dan harta bersama berkaitan dengan aspek laluan yang mana kedudukan dan tiaptiap kegunaannya ditunjukkan secara terperinci; (i) had bagi laluan kaki lima dan setiap ruang di bawah mana-mana tangga yang menjadi sebahagian petak atau petak aksesori, ditunjukkan dengan garisan hitam putus-putus; (j) abutal-abutal dan nombor-nombor petak bersebelahan, beserta dengan nombor folio sekiranya kesemua lantainya tidak boleh ditunjukkan dalam satu folio; (k) penunjuk utara; dan (l) apa-apa maklumat lain (jika perlu). 32

Penyediaan Pelan Strata Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tingkat 33

Penyediaan Pelan Strata Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tingkat 34

Penyediaan Pelan Strata Penyediaan Pelan Tingkat Pelan Petak Aksesori Di Luar Bangunan Pelan untuk petak aksesori di luar bangunan hendaklah mengandungi: (i) maklumat seperti di pelan lantai; (ii) sambungan yang mencukupi dalam garisan hitam putus putus sama ada dengan bearing atau tidak bagi mengaitkan setiap aksesori kepada bangunan; dan (iii) Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tingkat. 35

Penyediaan Pelan Strata Penentuan Keluasan Lantai Keluasan lantai mana-mana petak dan petak aksesori hendaklah ditentukan dengan kaedah penskalaan dan ditunjukkan kepada meter persegi terhampir. 36

Pelan Tandaan Penyediaan Pelan Strata Setiap pelan tandaan hendaklah mengandungi maklumat: (i) pelan tapakbina; (ii) pelan petak tanah; dan (iii) sijil perakuan oleh Jurukur Tanah Berlesen. 37

Pelan Tandaan Penyediaan Pelan Strata Pelan petak tanah hendaklah dilukis mengikut skala dan hendaklah menunjukkan maklumat: (i) tajuk, skala dan penunjuk utara; (ii) tanda-tanda sempadan dan sempadan petak tanah dengan bearing dan jarak; (iii) ikatan yang mencukupi dengan bearing dan jarak dari sempadan lot kepada petak tanah; (iv) nombor petak tanah; (v) keluasan setiap petak tanah; dan (vi) ofset bangunan pada setiap petak tanah. 38

Penyediaan Pelan Strata Sijil perakuan oleh JTB pada pelan tandaan adalah seperti berikut: 39

Penyediaan Pelan Strata Nota: Perakuan yang dibuat oleh Jurukur Tanah Berlesen meliputi perkara-perkara seperti berikut: (i) Jumlah petak tanah adalah betul. (ii) Bilangan tingkat pada bangunan bagi setiap petak tanah adalah betul. (iii) Setiap bangunan berada di dalam petak tanah dan tidak melebihi empat (4) tingkat. 40

Penyediaan Pelan Strata Penentuan Keluasan Petak Tanah Keluasan petak tanah hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nilai ukuran dan ditunjukkan kepada meter persegi terhampir. 41

Pelan Akui Strata Pelan akui strata (PA strata) hendaklah disediakan bagi setiap pecah bahagi bangunan, pecah bahagi petak dan penyatuan petakpetak. Jika PA strata telah disediakan untuk pecah bahagi atau penyatuan petak, nombor PA strata yang baru hendaklah dicatatkan dengan warna merah dalam petak asal pada PA strata asal yang mengandungi lantai yang serupa, maka nota penjelasan hendaklah dibuat seperti berikut: 42

Pelan Akui Strata Format PA strata hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan. Nombor PA strata hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan. Suatu nombor dengan huruf awalan PA(B) hendaklah digunakan untuk PA strata. 43

Pelan Akui Strata Keperluan Asas Untuk Penyediaan Pelan Akui Strata Untuk penyediaan Pelan Akui strata, satu salinan pelan lokasi dan tingkat hendaklah diperolehi daripada PTG atau PTD. Semua dokumen hendaklah disimpan oleh PUPN. Kerjaluar Tambahan Kerjaluar tambahan bolehlah dijalankan sekiranya pelan lokasi dan pelan tingkat telah dipinda. 44

Pelan Akui Strata Penyediaan Pelan Akui Strata Setiap Pelan Akui strata hendaklah dilukis dengan skala yang sesuai dan hendaklah mengandungi: (i) pelan tapakbina; (ii) keratan tegak setiap bangunan dan setiap blok sementara, jika sekiranya ada beberapa Pelan Akui strata disediakan bagi bangunan yang sama (contoh bangunan M3) maka adalah mencukupi keratan tegak ini ditunjukkan pada Pelan Akui strata yang pertama bagi folio bangunan berkenaan (bangunan M3); (iii) pelan lantai; (iv) Jadual Strata (jika berkenaan); (v) pelan tandaan, jika berkaitan. 45

Pelan Akui Strata Penyediaan Pelan Akui Strata (v) sijil JTB seperti format di bawah (jika kerja dikendalikan JTB); 46

Pelan Akui Strata Pelan Tapakbina Pelan tapakbina hendaklah dilukis dengan skala yang sesuai dan hendaklah menunjukkan: (i) tajuk; (ii) skala, penunjuk utara dan nombor skim strata yang diuntukkan oleh PUPN; (iii) maklumat seperti di pelan tapak bina dan Sijil Akuan Juruukur Tanah Pada Pelan Tapakbina; dan (iv) nombor PA strata dan nombor bangunan yang berkaitan di mana skim strata berkenaan mengandungi lebih daripada satu bangunan. 47

Pelan Akui Strata Keratan Tegak Bangunan Dan Blok Sementara Keratan tegak tiap-tiap bangunan dan tiap-tiap blok sementara hendaklah ditunjukkan 48

Pelan Akui Strata Pelan Lantai (i) Pelan lantai hendaklah dilukis dengan skala yang sesuai dan hendaklah menunjukkan sempadan setiap petak dan petak aksesori dalam tingkat itu dengan dimensi mendatar tanpa perlu menunjukkan bearing. (ii) Pelan lantai hendaklah dilukis bagi setiap tingkat. (iii) Hubung kait setiap petak atau petak bertingkat-tingkat dengan petak aksesori beserta nombor PA strata masingmasing (jika ada) dan jumlah unit syer bagi petak atau petak bertingkat-tingkat tersebut hendaklah ditunjukkan di dalam Jadual yang disediakan. Jika didapati ruang di atas pelan tidak dapat memuatkan keseluruhan jadual, maka ianya bolehlah ditunjukkan di dalam beberapa folio. (iv) Maklumat bagi setiap blok sementara yang terdiri daripada bilangan tingkat, bilangan petak dan jumlah unit syer baginya hendaklah ditunjukkan pada jadual. 49

Pelan Akui Strata Maklumat-maklumat Lain Atas PA Strata Pelan Akui strata hendaklah menunjukkan: (i) nombor PA strata; (ii) nombor buku kerjaluar; (iii) nombor fail ukur; (iv) nombor fail Pejabat Pentadbir Tanah Daerah; (v) nombor fail Pejabat Pengarah Tanah dan Galian; (vi) nombor lembar piawai; 50

Pelan Akui Strata Maklumat-maklumat Lain Atas Pelan Akui Strata Pelan Akui strata hendaklah menunjukkan: (vii) Diukur oleh dan nama pengukur (kecuali Pelan Akui strata yang disediakan oleh JTB); (viii) Siap pada dan tarikh (kecuali Pelan Akui strata yang disediakan oleh JTB); (ix) Disediakan oleh dan nama pemproses (kecuali bagi Pelan Akui strata yang disediakan oleh JTB); (x) Diperiksa oleh dan nama pemeriksa (kecuali Pelan Akui strata yang disediakan oleh JTB); dan (xi) Diluluskan oleh dan nama PUPN. 51

Jadual Strata Dalam Pelan Akui Strata Jadual Strata ini disediakan apabila memerlukan lebih daripada satu folio Pelan Akui strata. Jadual ini hendaklah memaparkan hubungkait maklumat-maklumat penuh skim strata berkenaan seperti maklumat tingkat, petak, nombor Pelan Akui strata, petak aksesori dan unit syer. 52

Penyediaan Pelan-Pelan Pelan Strata (i) Pelan strata adalah terdiri daripada pelan lokasi dan pelan tingkat (keratan tegak dan lantai bangunan) serta pelan tandaan, jika berkaitan. (ii) Suatu nombor dengan huruf awal SP hendaklah digunakan bagi setiap folio pelan strata untuk pecah bahagi bangunan. (iii) Suatu nombor dengan huruf awalan SP dan huruf akhiran P hendaklah digunakan di setiap folio pelan strata bagi tujuan pecahan dan penyatuan petak. (iv) Ketinggian setiap petak hendaklah diukur dari pertengahan lantai ke pertengahan siling, kecuali diperihalkan. 53

Pelan Strata Penyediaan Pelan-Pelan (v) Dalam keadaan di mana penentuan sempadan-sempadan mengikut pertengahan lantai, dinding atau siling tidak mengizin atau praktikal, maka sempadan yang dicadangkan yang berkaitan lantai, dinding atau siling hendaklah ditunjukkan di atas pelan strata. (vi) (a) Nilai-nilai ukuran yang ditunjukkan di atas pelan bangunan yang diluluskan boleh diterima untuk melukis pelan strata di mana had perbezaannya dengan nilai-nilai yang diukur tidak melebihi 0.1 meter. (b) Jika perbezaan melebihi 0.1 meter maka nilai-nilai yang diukur hendaklah diterima untuk penyediaan pelan strata. 54

Penyediaan Pelan-Pelan Pelan Akui Strata (i) Penyediaan pelan akui strata (PA strata) hendaklah berdasarkan kepada dimensi yang ditunjukkan dalam pelan strata yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau pihak yang diberi kuasa meluluskannya. (ii) Pelan Akui strata hendaklah disediakan mengikut format, media dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan. 55

ALOCATED SHARE UNITS 56

Allocated Share Units (Existing) Tiap-tiap petak dalam bangunan yang dipecah bahagi dan tiaptiap petak tanah adalah diuntukkan unit syer. [Petak-petak aksesori tidak diuntukkan unit syer berasingan kerana petakpetak tersebut dikaitkan dengan petak utama yang telahpun diuntukkan unit syer] Dalam skim strata yang melibatkan blok-blok sementara, blokblok sementara tersebut diuntukkan unit syer sementara atau provisional share unit. Jadual unit syer bagi semua petak dan blok sementara (jika ada) hendaklah difailkan oleh pemilik tanah kepada Pesuruhjaya Bangunan terlebih dahulu sebelum beliau kemukakannya kepada Pejabat Tanah semasa membuat permohonan untuk hakmilik strata dalam BORANG 1 atau BORANG 1A. 57

Allocated Share Units (Existing) Setiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer bermaksud semakin besar unit syer makin tinggi caruman yang dibayar. Rumah Jenis Bertingkat terbahagi kepada 5 jenis iaitu: Kondominium Apartment Service Apartment Rumah Pangsa Town House 58

Allocated Share Units (Existing) Cara lazim yang digunakan untuk menentukan bilangan unit syer bagi petak-petak dan blok-blok sementara (jika ada) adalah seperti berikut: mengikut harga pasaran petak iaitu petak yang mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi akan diuntukkan unit syer yang lebih banyak berbanding dengan petak yang mempunyai harga pasaran yang lebih rendah. mengikut harga jualan petak iaitu petak yang mempunyai harga jualan yang lebih tinggi akan diuntukkan unit syer yang lebih banyak. mengikut nilai petak yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu nilai sebagaimana ditaksirkan untuk tujuan pembayaran cukai pintu. 59

Allocated Share Units (Existing) mengikut keluasan petak iaitu petak yang lebih luas kawasan lantainya akan diuntukkan unit syer yang lebih banyak. mengikut jenis kegunaan petak iaitu petak yang digunakan untuk tujuan perniagaan akan diuntukkan unit syer yang lebih banyak daripada petak yang digunakan untuk tujuan kediaman. mengikut kedudukan atau lokasi petak iaitu jika pangsapuri jenis mewah, petak yang terletak di tingkat yang lebih tinggi akan diuntukkan unit syer yang lebih banyak jika dibandingkan dengan petak yang terletak di tingkat yang lebih rendah; atau jika rumah pangsa kos rendah pula, mungkin petak yang terletak di tingkat yang lebih rendah akan diuntukkan unit syer yang lebih banyak berbanding dengan petak yang terletak di tingkat yang lebih tinggi. 60

T H A N K YO U 61